online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Saturday, February 28, 2009

Award oh Award

Award ni datangnya dari Dr.Inahar Ali,wahh gitu!tima kasih kak Inahar ingat jugak kat kita walaupun lama tak update blog.heh!heh!heh!cantik kan stoberi tu!bekenan plak aku!'You're sweet',walaupun aku tak sweet,tapi takpe la,buat2 sweet gitu.... hahaha....



Yang ni pulak Super Duper chef,wow....super duper tu.....ca...yang k.inahar ni la....len kali kalu ada award lagi jgn lupa kasi kat kita ek!hahaha......erm..aku rasa ramai yang dah dpt award ni,cuma aku je yg ketinggalan, sbb lama tak update..tapi pada kawan2 yang belum dapat award ni,dipersilakan dengan segala hormatnya mengambil awad yg tantek ni!

Lovely Touch:

Ke mana menghilang?

Assalamualaikum semua...kawan2 yang sgt2 dirindui...rindunya nak on9, tentu korang tertanya2 kan?kenapa aku lama tak update?kenapa sunyi sepi?kemana aku menghilang?cheewwah...perasan pulak!!!!hahahaha..sebelum tu nak mintak maaf kat korang coz mesej2 yang dlm box tu baru leh jawab....sebenarnya macam ni citernya, pagi isnin tu ibu aku call, dia cakap ayah macam kena strok, tapi tak teruk sangat,memang sblm ni ayah ada darah tinggi,aku dah mula risau..hubby lak keje siang, so hubby balik keje terus kitorang balik rumah mak, nasib baik dekat je....
rupa-rupanya ayah kena strok sebelah badan kiri,tapi ok je..blh jln,blh cakap cuma kdg2 tak clear sgt,bese la kan....dr. pun cakap penyakit tu lalu je tapi tak sempat singgah..hahahah..buat lawak lak dr. tu...tapi syukur alhamdulillah tak teruk sangat.
sekarang ni ayah berurut je la and mkn ubt klinik, kitorang bawak ayah gi klinik specialist kat awana kijal, mmg bagus ah kat situ,ramai yg kata mujarab..tapi mahel beb.....takpe la nak baik punya pasal tak kesah lah kan!so dr. suruh pantang mkn,bkn ayah aku je kena pantang, semua anak-anak darah daging ayah aku kena pantang gak,sebab dah ada keturunan penyakit tu..tapi kalau dipikir2 kan, adik beradik belah ayah semua kena penyakit strok ni! so probability risiko kepada anak2 pun tinggi...terutama penyakit darah tinggi...hihihi...chewah macam doktor plak aku..byaklah kena pantang tu, mkanan yg kita bese mkn hari2,antaranya:

tak boleh mkn masin2
no perasa(ajinomoto)
tak boleh mkn mkanan berminyak
semua makanan yang di awet
jeruk dari siam
mee kuning
sebarang perencah segera(tomyam,perencah nasi goreng,dll)
sos tiram
cili boh
soscili
sos tomato
kicap
dan byk lagi......tapi kan...korang..kbnyakan benda2 tu kita masukkan dlm masakan harian kita kan?termasuklah aku yang suka memasak ni..kwang!kwang!kwang!macam mana tu???hahaha..bak kata nabil RL, Lu Pikir La Sendiri!!!!!!apa kata korang?bagi aku semua tu kita kena pandai2 kontrol la kan.berpada2 la....
2,3 hari lagi aku kena balik jaga ayah lagi,so kalu aku tak on9 tu korang tau la kan?sian kat ayah takde org pulak,mak pun tak brape sihat sgt...tapi aku tgk ayah dah ada perubahan positive,mudah-mudahan ayah cepat sembuh amin....

sorry la korang,catatan kali ni agak panjang skit,skali-skale je...hahahaha....nanti kalu ayah dah ok aku update balik blog yang ku rindui ini...dan aku takkan lupa utk ziarah blog korang!i miss u all....so much...

Lovely Touch:

Monday, February 23, 2009

Nasi Goreng Tomyam




Satu lagi menu hari ini,nak match ngan ayam goreng berempah tu..ni la dia..satu kelainan..kalu tak balik2 nasi goreng biasa tu je....tapi ubah2 la skit ikut suka ati aku je...hihihi...resepi pun amik dari hana jipunn....

Bahan-bahan
2 mangkuk nasi

5-6 ekor udang segar

1 ekor sotong sederhana - potong ring

200g daging ayam - potong kecil2

4 biji bawang merah - hiris

2 biji bawang putih - ketuk

3-4 biji cili padi - tumbuk@potong2 - klu nk pedas

1 peket perencah tomyam adabi@atau apa2 jenama

kubis - hiris kecil2
carrot - hiris memanjang

tomato - potong dadu

1 batang serai - ketuk

3 helai daun limau purut - racik2

1 biji telur
garam

Cara-cara > tumis bawang merah,bwg putih hingga naik bau. > masukkan perencah tomyam. kalau kering sgt tambah air sedikit. masukkan cili padi skali jika inginkan pedas. > masukkan ayam. biarkan ayam masak sekejap. > masukkan sotong, udang, carrot,tomato,serai dan daun limau purut.gaul rata. > pecahkan telur. gaul. masukkan nasi dan gaul rata. > last skali masukkan kobis. gaul mesra. dan tutup api. hiaskan ngan daun bawang n hirisan lada merah. > hidangkan bersama ayam goreng berempah, dan juga keropok ikan.

Lovely Touch:

Ayam Goreng Berempah



hari ini tekakku ini rasa nak mkn ayam goreng berempah la pulak, dah 2,3 hari nak mkn sebenonya,baru hari ini berpeluang nak buat,ingat nak match ngan nasi mentega,tapi tak jadi pulak nak buat,nanti lah nasi mentega tu nanti aku buat hari lain plak!ayam ni kalu perap lagi lama lagi sedap lah..nak rasa..cubalah sendiri..hahaha....resepi ni aku ambik dari blog Hana jepun tu...

Bahan2:
7-8 ketul ayam
5 ulas bwg putih (dikisar)

1 inci halia (dikisar)

3 btg serai (dikisar)

1 sb ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)

1 sk jintan manis(disangai dan ditumbuk kasar)

1 sudu serbuk kari ayam

2 sb tepung jagung

1 tangkai daun kari

1 biji telur

garam
perasa


Cara2:

Perapkan ayam dan semua bahan2 di atas selama sejam atau selama mana yang boleh, then gorengkan dengan minyak yang banyak. Habesss!!!

Lovely Touch:



Sunday, February 22, 2009

Telur Goreng Berlada



Salam semua, hari ini aku nak kongsi satu masakan yang sangat2 ringkas, cepat dan rasanya pun sangat sedap. Ini adalah resepi mak mertua aku benonya,sblm ni aku tak pernah mkn pun,ekeke...kalau telur masak merah dah biasa aku mkn la...tp telur goreng berlada ni aku tak pernah mkn pulok...shinggalah mak mertua aku buatkan....tapi mak mertua aku panggil telur mata kerbau....nama tu aku pandai2 je taruk sendiri.. eheh!heh!..resepinya mudah sajelah korang....

bahan2:
telur 3 biji
2 ulas bwg putih (dimayang)

3 ulas bawang merah (dimayang)

sedikit cili kisar @ serbuk cili
garam

perasa

minyak


cara2:

Panaskan minyak, (minyak kena banyak), goreng bawang dengan cili kisar sehingga garing,masukkan sedikit garam dan perasa,then masukkan telur,jangan balikkan telur tersebut, biarkan telur tenggelam sikit dlm minyak atau curah2kan minyak tersebut keatas telur tadi, api biar sederhana.then angkat,pastikan sejat minyak betul2..habesss!!

Lovely Touch:


Dapat Award Lagi.......





Hai..baik batul si farah ni...kasi award lagi kat aku...hihihi..mekasih farah...suka!suka!....tambah2 cayang lah kat farah ni...nanti ada masa kita gi jejalan kt tepi pantai tu farah...kita pekena kopok lekor ngn abc...k.ann blanjer...hihihi......
Award ni aku nak bg pada semua kwn2 yg pernah berkunjung kesini,so nanti korang ambik je la award ni ye, ikhlas daripada aku ni!eheh heh.....

Lovely touch:


Friday, February 20, 2009

Kunjungan tetamu



ini je gambo yg smpat di snap oleh camera ku...
Hari ni aku menerima seorang tetamu yang juga salah seorang blogger,nak tahu sape?heh!heh!heh! Farah si mommy otai tu la.....ptg td dia dtg ngan anak dia si Cha yg comel lg putih menggebu tu...hihihi......oleh krn si farah ni bgtahu last2 minit dah nak dtg,aku tak smpat nak wat kue2 segala...ingat nak wat kek lima tingkat tp dokdang lah pulok farah weh...hahaha....so rezeki farah ari ni sizzling yee mee je la...ok lah tu farah,nanti lain kali blh wat yg spesel2 skitt eh!tapi gambo kitorang tgh mkn td lupa lak nk tangkap dek masing2 excited ngat mkn yee mee tu!sedap ke????sedaplah tu kot(masuk bakul angkat sendiri aku ni...kui!kui!kui!)
Terima kasih la farah coz sudi mai umah k.an yg tak seberapa ni, si farh ni peramah orangnya,bila cakap ngn dia rasa mcm dah lama kenal...mmg satu kepala gak ngan aku ni!hahahah....buat farah jgn serik2 dtg umah k.an lg ye.....hihihi....

lovely Touch:

Thursday, February 19, 2009

Cupcake Mentega Pelangi



Sebenarnya plan nak buat cupcake ni semalam tapi atas sebab2 tertentu maka terpaksalah di 'postpone' kan hari ini....kek tu aku buat kek butter pelangi je....cuma ari ni gatal tangan nak mendeco kek walaupun aku sebenonya tak reti....dek sentuhan tangan aku yang tak berseni ini, maka jadilah cupcake yang tak berapa nak cantik itew!hua!hua!hua!jadi kalu korang tgk cupcake aku tu gelak lah..aku tak marah eh..........sabo je la.......ha!ha!ha!

Resepi kek pelangi

Bahan-bahan:

160 gm butter
150gm gula halus
3 biji telur size sederhana
140 gm tepung serbaguna
30gm tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
80 ml susu cair
pewarna:
merah jambu
coklat emulco
hijau

cara-cara:

Pukul butter dan gula hingga kembang. then masukkan satu persatu telur, pukul hingga kembang. masukkan susu cair,e.vanila dan campuran tepung tadi yg tlh diayak dgn baking powder. then pukul semua adunan dgn medium speed lebih kurang 3 minit gitu..then bahagi kan 3 bhg utk diwarnakan..pastu blh la dibakar dgn suhu 170'c selama 20-25 minit...habessss....

Lovely Touch:

Tuesday, February 17, 2009

Tag dari farah



Tag ni datangnya dari farah si mommy otai!hihihi....tapi sorry lah farah k.an baru nak jawab tag ni..takpe la kan asalkan ianya terjawab suda.......tag nya berbunyi begini:

Rules::
Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged

Inilah gambar dari folder ke-enam dan gambar ke-enam,kenapa dia pilih enam ek??
Yang sedang bergaya sambil tgn menunjukkan 'peace' tu,ialah tak lain tak bukan anak sulong aku,nama dia Nur Balqis Huda 4 tahun,kitaorang panggil dia Balqis. spek yang dia pakai tu sebenonya spek abahnya yang udah patah!cermin pun takde!hihihi..tapi budak2 kan..ye la bila terjumpa dijadikan mainan plak! cantik tak anak aku pakai spek tu?ada ropa proffesor tak?hahahaha.......Ok lah farah harap puas hati dgn gambo dan penjelasan yg diberi k.....
nak kena tag orang lain gak ke?aloh nak tag sapa la ni?kalu takyah tag leh dok ?hihihi!

Lovely Touch:

Monday, February 16, 2009

Bread & cheese pudding




Ari ni rasa dah ok skit..sakit perutku tak menyerang lagi..dah abih kua agaknya...heh heh heh....so ari ni aku terajin lak nak wat kue..bread & cheese pudding. resepi aku ambik kat blog princess haryati, dah lama aku ambik resepi ni baru la ni nak try buat..ermm anyway mudah je buatnya dan rasanya memang sedap,ala2 cisss kek gitu..hihihi...anak aku yang kecik tu suka banget mknnya...... jom tgk resepi:

bahan-bahan:

5 keping roti gardenia
250 ml susu uht@ fresh milk
150 ml whip@fresh cream
3 biji telur
60 gm gula castor
60 gm cheese
30 gm gula castor (utk ditabur atas puding just before bakar)
butter (untuk disapu pd setiap keping roti)
esen vanilla

Cara-caranya;

Telur dan gula di pukul hingga gula hancur. then add milk, cream, cheese and esen vanilla dan pukul sebati.susun roti yg telah disapu mentega dan dipotong kecil ke dlm loyang pembakar.bahagikan roti kpd 2 bhg,satu utk lapisan atas dan satu lagi untuk lapisan bawah,then tuangkan bancuhan susu tadi. Lastly taburkan gula castor diatas roti tadi sebelum dibakar supaya nanti ia akan caremelised on top of the pudding.(memberi bau yg lebih wangi lagi!)bakar didalam preheated oven @ 180 c secara water bath(letak loyang atas dulang berisi air utk memastikan kelembapan pudding itu) selama 25 minit.(ikut oven masing2).habesssss!

Lovely Touch:


Sunday, February 15, 2009

Sup Sayur dan Chicken Meat Ball


adehla...lotih tulla ari ni..byk keje nk kena buat ni..dahla ari ni aku sakit perut, asyik ulang alik masuk toilet je...ni tak lain tak bukan ni mesti aku minum air sirap kt kenduro kawin semalam..sah-sah diorang guna air PAIP!adehhh...menciii tau!!dah la perut aku jenis sensitip..so ari ni aku msk simple je la tapi tetap sedap.......

Bahan-bahan;
petola
carrot
bunga kobis
chicken meat ball(digoreng terlebih dahulu)
kiub pati ikan bilis
telur
3ulas bwg putih(dimayang)
1 labu bwg besar(dimayang)
sedikit sos tiram

Cara-cara:
Tumis bwg putih dan bwg besar hingga naik bau,masukkan air,then masukkan kiub pati ikan bilis,masukkan sedikit sos tiram then bila menggelegak masukkan sayur,masukkan pula telur dan last sekali masukkan chicken meatball tadi.boleh dihidangkan dengan nasi panas dan sambal belacan.

Lovely Touch:


Friday, February 13, 2009

Choc Cheese Muffin




Selamat petang semua..jemput minum petang ngan choc cheese muffin ni...ha ha..ari terajin lak nak wat muffin..kebetulan belen cheese ari tu masih ada so aku pun mencari-cari idea nak wat ape ngan cheese tu...kebetulan aku singgah blog mat gebu tgk resepi muffin dia, terjumpa lah dgn resepi ni..mmg kena sgt coz seme bhn2 dah ada kt umah aku ni.....mekaseh eh mat....
nak buat muffin ni teramat-amatlah mudah..senang dan sgt cepat...tapi rasanya..ermmm mmg best sgt....jom tgk resepi.

Bahan-Bahannya :-)
140 g coklat masakan, dipotong kecil
100 g cream cheese
80 g mentega
2 biji telur gred A*(aku guna 3 biji)
1 camca teh esen vanilla*(*dicampur dan pukul rata dgn garfu)
60 g gula halus
100 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
Sedikit kepingan badam utk hiasan (optional)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau gunakan muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Masukkan coklat masakan, cream cheese dan mentega dalam bekas tahan panas, cairkan dengan cara "double-boiler" (dengan meletak mangkuk yang berisi bahan2 tadi di atas air mendidih), kacau hingga semua cair dan sebati. Angkat.
  3. Masukkna gula dan telur, kacau menggunakan whisk (kalau benda ni tak de juga, boleh guna senduk) hingga sebati.
  4. Masukkan tepung dan gaul hingga rata dan mesra. Sudukan ke dalam muffin cup tadi 3/4 penuh, tabur dengan sedikit kepingan badam. Buat hingga siap. Bakar 20 - 25 minit atau hingga masak mengikut oven masing2. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.....


Lovely Touch:

Thursday, February 12, 2009

Bakso cintan


Bakso cintan?korang pernah dengar ke?aku papandai je taruk nama tu..korang jangan tertipu labenonya bakso tu aku campur ngan maggi cintan kwang!kwang!kwang!sedap gak oiiii....tapi kat sini aku tak taruk resepi dia,kalu korang nak nati mintak ngan aku,aku taruk kemudian la....heh!heh!heh!resepi ni aku ambil dari kawan indon aku..betul-betul pure punya tau.....hi hi..aku just panggil dia ibu..thanks ibu.


bahan-bahan
:
1/4kg tulang daging lembu (direbus)
1 paket bakso(aku guna mee cintan yg xde perencah tu)
1 labu bawang putih
1 sudu kecil lada sulah

cara2:
Rebus tulang selama beberapa jam..lagi lama lagi sedap, rendam mee dgn air sejuk(then ketepikan), blend lada sulah and bwg putih, tumis hngga wangi, masukkan ke dalam air tulang tadi, tambahkan garam dan sedikit perasa. hidangkan panas2 dengan bawang goreng, daun bawang, kicap, sos tomato,dan samal lada.

Lovely Touche:




Banana split




Akhirnya dapat jugak aku merasa banana split buatan sendiri ni, hari tu masa gi kuantan ingat nak pi mkn banana split gak,tp oleh kerana kesuntukan masa,so kena lah pendam je hasrat tu..tapi hari ni kebetulan bahan2 nya ada..yela senang je nk buatnya kan..aiskrim tu aku guna aiskrim jagung je...coz kebetulan aku buat ais krim jagung, tibai je ler....aiskrim tu dah cair skit..lmbat sgt aku snap gambonya..hi hi....

Resepi aiskrim jagung (
from my resepi)
2 1/2 cwn creamer coffemate (200gm)
2 cwn susu segar
1/2 cwn gula
1/2 tin jagung manis
sedikit pewarna kuning

cara2:

Masukkan creamer coffemate,susu segar, gula and kacau hingga sebati, masukkan pulak jagung krim dan kacau adunan hingga sebati, pukul aiskrim dengan mixer hingga gebu,then bolehlah dimasukkan kedalam peti ais.

tips:kalu pakai jagung manis satu tin kurangkan gula kepada 1/4 cawan.Aiskrim ni memang sedap sangat.

Lovely Touche:


Blueberry cheese cake




jangan di pandang pada rupa

yeh!akhirnya terbuat jugak kek ni, dah lama aku mencari resepi ni, yang betul-betul mcm kat kedai kek nya, akhirnya kutemui juga..chewwah mcm lagu plak rasanya...hi hi, ini pes time aku buat kek ni , tak sangka leh jadik cam tu..cuma satu je aku tak suka, time nak menghiasnya tu..mak oii commotnya..lotih aku meng'ejas'nya, last2 jadi la ropa gitu..ops! jgn pndg rupanya..pandang pada rasanya..ni aku nak cite skit, memula malu nk bwak gi majlis mlm td, coz ropa xbrp cantek!uwaa..tp hubby ckp bwk je ..ermm..masa tu hubby aku dh puji rasanya..so aku pun bwk je le..rupa-rupanya sekelip mata je habis, aku igt nak rasa gak tapi tgk dah licin..masing2 duk puji gak...jadi korang agak2 sendiri lah rasanya macammana..aku maleh nak cerita...ha ha ha...

resepi asalnya adalah dari k.norzailina(thank you k.norz)

bahan-bahan:
350gm krim keju (philadelphia)

80 gm mentega

180gm krim
putar(whipping cream)
20gm tepung jagung

20gm tepung superfine

4 biji kuning telur
4 biji putih telur

80gm gula kastor

1/2 sudu kecil garam


lapisan bawah/crust
100gm biskut disgestive/oreo/marrie(dikisar halus)

60gm mentega (cairkan)


utk hiasan
200gm krim putar(whipping cream)-pukul smpai gebu, tapi jgn terlalu lama coz cream akn jadi cair balik.

250gm inti blueberry


cara-cara:

gaul serbuk biskut dan mentega cair, tekan dlm acuan dan masukkan dlm peti sejuk selama 10 minit. pukul krim keju shg licin dan masukkan maentega,pukul hingga sebati.Then masukkan krim putar dan kuning telur sebiji demi sebiji,pukul hinga sebati lagi.. masukkan pula kedua2 jenis tepung tadi dan kacau sebati.ketepikan. pukul telur putih,gula dan garam sehingga gebu spt teknik marique. akhir sekali kaup balik putih telur dlm adunan krim keju tadi sehingga sebati lagi..then masukkan dlm acuan tadi. bakar selama 150' c selama 1 jam 10 minit. sejukkan kek yg sdh masak sebelum disimpan dlm peti ais selama 2 jam,then bolehlah dihias.

tips: kek ni memang sedikit rumit tapi memang sgt sedap, sebenonya kalu letak topping coklat lagi sedap sbb kalu aku beli kt kedai aku lbih suka yang ada topping coklat, tapi mahal wehh..rm5.60 per slice.dok tahu takut harga dia berubah doh...

Lovely Touch:

Wednesday, February 11, 2009

kek coklat lembap




Kek coklat ni dah banyak kali aku buat, resepi dia pun aku dah letak dlm kepala aku ni...sebelum ni aku pernah cuba byk resepi kek coklat, semuanya tak memuaskan hati..tapi resepi kek ni..memang betul2 menjadi dan betul2 moist. kalu korang tak caya..cuba lah wat sendiri....hi hi!sebenonya kek ni aku buat untuk majlis jamuan group hubby aku mlm tadi, fuhh memang dpt pujian wa cakap lu...kembang habislah aku yg tak kembang2 ni..eheh!heh!jom kita tengok resepi nak?

bahan-bahan:
2oo gm mentega (kira buttercup saiz biasa tu korang buang suku je)
2 cawan tepung gandum(diayak)

1 cawan serbuk koko(1/2 cwn pun boleh dan diayak)

2 cawan air panas

1 3/4 cawan gula(kalu suka manis skit guna 2 cawan dan diayak juga)

4 biji telur

1 sudu esen vanila

1 sudu teh baking powder


untuk ganache(topping)
175gm coklat nasakan(dicincang halus)
75ml krim putar(whipping cream)
1 camb mentega tanpa garam

cara-cara:

pukul gula dan mentega hingga kembang, pastu masuk lak telur sebiji demi sebiji,masukkan e.vanila, then satukan serbuk koko dan air panas tadi,jadikan paste, tunggu hingga ia suam sikit baru campurkan dengan bahan2 tadi dan diselang selikan dengan tepung.kalu nak sedaplagi masukkan serbuk badam.then masukkan dlm loyang dan bakar suhu 170'c selama 1 jam.

untuk topping:
letak coklat masakan ,krim putar dan mentega dlm periuk atau mangkuk.masak secara double boiler dgn api yang perlahan hg hmpir mndidih. kacau coklat sehingga sebati dan tidak bergentel.biarkan sejuk seketika sebelum dihiaskan di atas kek.habessss!

Lovely Touch:



Tuesday, February 10, 2009

Ayam Kurma


ha..ni resepi aku cilok dari mat gebu tu...tapi aku dah 'EDIT' kan mengikut bahan-bahan yang adoo kat dapur aku tu..kalu ikut resepi mat gebu,dia wat guna daging tapi aku ubah jadi ayam..dan rasanya..emm memang macam kurma yang sedappp, hi hi..
resepi, adeh maleh nak taip CP yang matnye la..

BAHAN UTAMA :-)
Ayam
5 biji kentang, kupas, belah 4 setiap biji dan rendam(aku x letak)
2 biji cili merah, belah 2 setiap biji, tapi tak putus
2 biji cili hijau, belah 2 setiap biji, tapi tak putus
1/4 cawan jus asam jawa
2 camca besar kerisik
1 1/2 camca besar gula melaka
4 camca besar rempah kurma
2 camca besar minyak sapi(pun aku xletak)
500 ml pati santan
1000 ml santan cair
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 camca besar lada hitam biji
2 biji cili merah
2 biji tomato

BAHAN TUMIS :-)
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
3 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci daging dan toskan. Bancuh bahan2 kisar dengan rempah kurma hingga rata. Panaskan minyak dalam periuk, tambah minyak sapi dan tumis bahan2 tumis hingga harum. Masukkan rempah+bahan kisar tadi dan tumis hingga garing dan terbit minyak, gunakan api kecil.
  2. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga daging kecut. Tuang santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih. Renih hingga daging lembut. Masukkan kerisik dan kentang. Kemudian tuang santan pekat.
  3. Masak hingga kentang lembut, tambah jus asam jawa, garam dan gula melaka. Biar mendidih dan akhir sekali masukkan belahan cili merah dan hijau. Biar mendidih perlahan hingga kuah sedikit pekat. Rasa dan tambah garam jika perlu. Matikan api dan boleh dihidangkan...
Lovely Touch:

Sotong goreng simple


Sebenonya tak tahu nak bg nama apa kat sotong aku ni, so aku taruk je nama sotong goreng simple.karang kalu letak sotong ann's style org jeles lak!ahaks!resepi seperti di bawah:

bahan2:
Sotong
sebiji telur
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
tepung jagung

cara:
ala senang je..pecahkan telur,campur ngan sdkit garam and kunyit,
pastu celup sotong dalam telur td, then celup plak dlm tepung jagung, sotong tu rebus dulu sekejap nak kasi lembut..pastu goreng biar garing baru boleh ngapp!

Lovely Touch:

Award dari Ela dan chef mat gebu




Ha..award ni datangnya dari ela yang duk nun jauh di qatar sana n chef mat gebu yang popular tu...hi!hi! banyak tul ela n mat ni bagi award kat aku, sekali sampai 4 dia kasi tau..eh 4+4=8 tuh..ha pepun thank you very-very much to ela n mat,caaaayaang korang ni tau....award ni pun adoi mak aii lawa bangettt...kan???mat kata award kembar 4 ha!ha!ha!


Yang ni pulak sebenonya ditujukan khas untuk org-org yang ada kucing tapi aku takde kucing pulak!ye la anak-anak aku takut ngan kucing, sebab tu aku tak bela...adeh....takpe la aku tujukan award ni untuk sape2 yang ada kucing tu...dan jugak untuk jiran aku yang pelihara kucing..tu..heh!heh!

Lovely Touch



Monday, February 9, 2009

Ikan kerapu masam manis



Ari tu gi pasar malam tgk ada ikan besar-besar je,so berkenan plak ngan ikan kerapu ni,boleh tahan besonya..so aku decide nak masak sweet sour je la...simple kann...aku ni sentiasa simple...resepi dia mcm biasa lah kuantiti bhn2 tu pandai-pandai korang ler...

bhn2:
seekor ikan kerapu
sebiji telur
tepung jagung
bwg putih(aku guna 6 ulas)
sos cili
sos tomato
sos plum
sedikit cili kisar
bawang besar dimayang

cara2:
ikan dibersihkan dan lumurkan garam,celupkan ngan telur n then gaul ngan tepung jagung.pastu goreng biar betul2 garing.ketepikan.
tumis bwg putih hingga kekuningan,masukkan cili kisar,then biar garing.pastu masukkan segala sos2 tadi,masukkan garam dan gula serta sedikit perasa, last masuk bwg besar atau ape2 je la hiasan yang korang nak taruk.then curahkan ke atas ikan tadi.bolehlah dihidangkan.

Lovely Touch