online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Wednesday, July 21, 2010

Ikan goreng mangga

Assalamualaikum semua...uhuk!uhuk!batuk2..masuk umah yg penuh habuk ni..huhu..lama betul tak menghupdate...seb baik tak jadi pekasam ko blog..nasib ler..huhu...kali ni nak kongsi satu resepi je ,oleh kerana mangga kat umah sdg lebat berbuah,tak bleh thn tgk,so kita watlah ikan masak mangga ni..tapi aku pepandai lak ubah nama ikan goreng mangga ..ampooonn!!!tp best woo,kalu tak caya try la,rasa dia ala2 pecal pun ada,kerabu pun ada,kalu gabung dua2 tu jadi apa eh?hohoho..korang pikir sendirik lah eh..ni salin resepi yg ku ambik dr my resepi,terima kasih pd penyumbang resepi ni' kawan'..mabeles!!selamat mencuba!!


Bahan-bahan ( 2-4 orang )

  • 1 ekor ikan kerapu digoreng dengan tepung-aku guna ikan kembung jew!!
  • 2 biji mangga muda dihiris halus dan panjang-panjang
  • 4 biji cili api dihiris
  • 3 biji cili merah dihiris nipis
  • 4 biji bawang merah dihiris nipis
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 2 cawan santan1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan sos ikan

Cara-cara

  1. Campurkan santan, sos ikan dan gula.
  2. Kemudian masak di atas api yang kecildan biar sehingga ia mendidih.
  3. Padam api dapur,masukkan bawang merah,cili api, cili merah dan daun ketumbar.
  4. Gaul hingga rata.
  5. Letakkan ikan di dalam pinggan dan taburkan mangga yang telah dihiris halusdi atas ikan.
  6. Kemudian tuangkan kuah yang telah dimasak ke atas ikan dan hidangkan.