online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Sunday, March 29, 2009

Kuih Keria




Masa balik umah mak mertua hari tu,dia buat kuih keria ni..sedap pulak,rasa tak puas makannya..so semalam gi pasar malam terus cari ubi untuk buat kue tu..tapi ubi aku beli ni ubi kaler biru ala2 purple gitu..ahaks!camno lak tu??keh!keh!takpe ler janji ubi..dan rasa dia tetap mcm ubi...wakaka....resepi samalah ngan ikan tu,nanti aku letak kedian ye....




Resepi:(dari syahmi dari myr)

Bahan-bahan ( 20 biji saiz comel2 )

  • 500gm ubi keledek putih-aku guna keledek biru
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula dan sedikit air

Cara-cara

  1. Rebus ubi keledek hingga empuk.
  2. Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
  3. Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
  4. Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
  5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
  6. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
  7. Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
  8. Didihkan gula hingga pekat.
  9. Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  10. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  11. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
  12. Jom kita makan.




Lovely Touch:

Ikan Masak Stim



Semalam pergi pasar tengok ada ikan beso..so aku pun apa lagi terus beli sebab dlm kepala dah kira2 nak masak ikan stim..erm..tima kasih jugak pada cik hubby cayang sebab tolong siang ikan tu..maklumlah bini dia ni bab2 siang ikan beso ni tak berapa rajin sikit..bese2 beli ikan beso ni suruh tokey jual ikan tu je siangkan,tapi semalam lupa pulak!untuk resepi ikan ni aku postpone dulu la ye..lain masa aku update resepi k!!huhu....




Resepi:

seekor ikan bersaiz besar
1 labu bawang besar-dimayang halus
3-4 ulas bawang putih-dimayang
2-3 inci halia-dimayang
3 biji cili padi-dimayang
2 btg serai-dimayang
1 sudu b sos tiram
1 sudu b kicap cair
1 sudu b sos ikan (optional)
sedikit air asam jawa
1 biji limau kasturi@limau nipis
garam
gula

Cara2:

Bersihkan ikan, lumurkan sedikit garam dan asam jawa, bubuh semua bahan2 yang dimayang, air asam jawa dan juga segala sos tadi ke atas ikan,jika mahukan sedikit kuah letakkan sedikit air,garam dan gula..then bolehla di masak di atas dapur secara stim atau masukkan saja dlm oven.kalau ikut akunye style,aku guna style atim oven,lagi senang..heh!heh!heh!.....siap!!habess!!



Lovely Touch:

Saturday, March 28, 2009

Tag dari Ela Qatar

Tadi jawab tag farah,ni jawab tag ela plk,aku pakej sekali lah senang..hahaha...

1. When was your engagement?
june, 2003

2. When is your marriage anniversary?
14 mac 2004,baru je lepas...

3. How long have you known your spouse?
About 4 years

4. How long did you date before you got engaged?
3 years..huhu..

5. Where did you meet your spous
hubby aku ni X student abg aku..so ceritanya bermula disitu....

7. Do you have any children?
yup

8. How many?
two-daughter and son

9. Do you have any pets?
takda..memang tak suka sangat ngan pets,ntah...

10. Do you own or rent?
now,umah hubby beli..

11. Do you live in the country, city/town?
bukan badar beso...bandar kecik je la...haha..

12. What is your favorite activity you do together?
jalan2,makan2,bercuti (tapi lama dah tak bercuti..uhuk!)

13. Do you have a favorite vacation spot?
seme tempat yang best2 nak pergi..

14. How many siblings do you have including in-laws?
Aku 8,hubby 9..mak aih..ramai tuh..huh!

15. What mosque do you attend?
.biasa pegi time bulan pose..surau kat umah...kalu gi jalan jauh2 baru singgah semayang kat masjid.

16. Is this the mosque you got marrried in?
akad nikah kat umah aku ler..dungun terengganu..

17. What town is your current address?
Paka Dungun Terengganu

18. Do you work or stay home?
home..housewife..sama lah kita Ela...

19. Where did you go for your honeymoon?
cherating and langkawi..

20. Leave a piece of marriage advice
Dalam melayari rumah tangga,mesti ada:
1-Good communication between husband and wife!Important
2-honest
3-Give and Take
4-Most important thing is LOVE forever and ever...

ok tag tamat disini je lah..ok tak ela...hihi...


Tag bersalin la pulak!!

Tag ni dah lama duk terperam dlm folder,tag dr farah,sorry ye farah..bzz sungguh le..baru leh jwb tag ni...jom kita tgk....

Here you go moms - a different kind of survey for a change - it’s all about your first born! Just copy and paste it in a new note for yourself!Let’s see how much you remember!


Let's flash back!

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED? -yep!sbb nk dpt first child tu kira agk lmbt jugak la dlm 7 bln gitu..hihi..


2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME? -aiyoo..lawak tul ini soklan ???of course i'm married!


3. WHAT WERE YOUR REACTIONS? -gumbira tak terkata,cik hubby pun sama..psl dah lama menunggu...


4. HOW OLD WERE YOU? -26 years old


5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT? -tunggu punya tunggu punya tunggu period tak dtg!pastu buat upt,3x..huhu..baru tahu pegnen!



6.WHO DID YOU TELL FIRST? -sape ek??family aku la kot!lupa lak den...



7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX? -of course..nak tahu sgt.....


8. DUE DATE? -26 july 2005



9. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN? -25 july 2005 malam..awal sari jek!ops stgh hari...keh!keh!



10. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH? ~2.80kg~



11. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS? -xde langsung..mmg tak alahan.....



12. WHAT DID YOU CRAVE? -air carrot susu, dan selalu nak mkn pizza,sampai hr nak bersalin nak mkn pizza lg,tp tak sempat,baby dah nak kuo...miahaha....



13. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST? -erm...takde kot,memang takde...kebal aku nih..


14. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD’S SEX?-Ge girl



15. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING?-memang aku nak baby girl pon..senang nak tolong aku kt dapo or wat keje umah nnti..



16. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY? -about 13kg
-



17. DID YOU HAVE A BABY SHOWER? -ndak ada...




18. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW?-tak de maknanya..



19. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY? -Sakit mcm org lain la kot!tapi jln lmbat terbuka..lama duk tahan sakit,sampai time nak meneran rasa cam nak tido sebab letih menahan kesakitan....adeh seksanya kalu ingat..



20. WHERE DID YOU GIVE BIRTH? ~PUSAT PERUBATAN INTAN,K.TERENGGANU...



21. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOUR? -start masuk wad kul
3 pm,masuk labour room kul 6 or 7 gitu ah..bersalin kul 10.20pm,tapi start sakit dari umah kul 4.30 am ko....


22. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?-of course my hubby cayang..sian dia baru balik keje mlm..xsempat tido...huhu...



23. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH? -my hubby...nurse,doc...




24. WAS IT NATURAL OR C-SECTION? ~Natural~




25. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN? -nope,aku nak mkn ubt yg aku bawak,tp nurse tak bagi...



26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER? -Nur Balqis Huda bt Shahabudin



27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY? -3years 8month

huh..at last..abih jugak jwb tag ni,tag terpanjang aku jwb setakat ni..adeh lotih den mikir farah weh....ok ye farah..

Apam Marmar



Hari tu gi blog kak ummi nampak dia buat apam,cantik je apam tu..nampak gebus je..so aku pun nak try lah jugak kan..alkisahnya aku pun wat lah apam pagi tadi,celik mata terus teringat nak wat apam tu..wakaka...inilah hasilnya,rupanya dah cantik dah..tapi apam aku tak nampak lembut cam apam k.ummi,sebabnya,hihi..bahan tak cukup..ngeh!ngeh!takpe..aku takkan putus asa,akan ku praktikkan lagi sehingga apam tu jadi lembut dan gebus...heh!heh!apepun apam aku ni buleh cicah ngan air..sebabnya...tak berapa nak lembut..wakaka...resepi aku c n p k.ummi lah...resepi asal dari mat gebu..

Bahan-bahan:- ( Tin berukuran 10 inci )
  • 250 gm tepung berserbuk penaik
  • 200 ml santan-aku guna susu
  • 200 gm gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 camca teh vanila esen
  • 1 camca makan ovallate-aku tak letak
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)
Cara-Cara:-
  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
  2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
  3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
  4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
  5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.



Lovely Touch:

Muffin Coklat


Abaikan rupa bentuknya yang kurang memuaskan tu ye...janji rasa dia tetap sedap!!

Hari ni terajin lah pulah wat muffin,pg tadi buat apam,tghari wat muffin plak,hai..kuat mkn tul aku ni..hihi..tapi kan,muffin ni dah pernah buat ritu, so resepi takyah letak lah..aku ni bab2 naip tak brp nak rajin..hoho..tapi kan apasal muffin aku ni tak berapa cantek ropa die ye!!muahaha...tulun!tulun!pada yang pakar tu blh bg nasihat kat aku sikit macammana nak comekan ropa muffin aku nih...ngeh!ngeh!plzzzzzzzzzzzzz..........

Lovely Touch:


Friday, March 27, 2009

Kelas Chicken Chop

Chicken Chop sauce


Chicken chop siap ngan sos nya...


Black Pepper steak


Black pepper sauce


Untuk Ditapau

Assalamualaikum...minggu lalu aku ada ikut kelas, kelas modul pertama aku ketinggalan,tak dpt attend,atas sebab yg tak dpt dielakkan,.untuk modul 2 kelas murtabak raja dan murtabak mini, kali ni modul 3 aku ikut kelas Chicken Chop n sauce,black pepper steak and black pepper sauce and mashed potatto and sauce.lps ni kalu nak mkn steak ke chicken chop ke,takyah gi kedai western food lagi,dah boleh buat sendiri...hihi....tapi untuk resepinya..tada..kena tunggu aku buat dulu ler dan untuk mashed potatto tu aku tak sempat nak ambik gambonye,nanti lah aku try buat dulu ye..heh!heh!


Note: Minggu lepas ikut kelas puding lapis keladi dan kek coklat kukus...nantikan kemunculannya...

Lovely Touch:

Wednesday, March 25, 2009

Apa pendapat korang???

Sebenarnya,hari ni ada 'sesuatu' yang menggerakkan hatiku untuk menulis n3 ini,Aku nak tanya korang?sebenarnya apa tujuan korang berblog ni?selain nak citekan tentang 'kehidupan' kita,mestilah kita nak cari kawan yang seramai mungkin kan??tu aku lah...dan harap2 dpt kawan yang betul2 jujur dan ikhlas nak berkawan ngan kita...tapi kawan di alam cyber ni kadang2 tu kena jaga..pasal kita tak pernah jumpa dan tak kenal betul2 hati budi,ye la ada yang cepat sensitive,ada yang cepat marah,ada yang cepat tersinggung.(eh tak ke sama tu)haha...tapi bagi aku apa yang korang nak komen aku terima ,tak salah kalau komen tu membawa kebaikan..untuk kita,kalau aku salah boleh korang betulkan..tak kisahla berapa banyak kali pun korang nak komen!aku terima seadanya..dan aku pun macam tu..kalu korang nak tahu,aku ni memang suka nyakat orang dan suka bergurau..ye la sekadar menghiburkan hati yang tgh boring...ye tak??tapi DISINI,DI N3 ini,aku nak mohon ribuan dan jutaan maaf pada kengkawan atau sesiapa yang berkenaan yang pernah tersinggung or terasa kalu segala kata2 aku menyebabkan korang sakit hati..tapi tu semua sebenarnya hanyalah gurauan dari aku..gurauan di alam cyber....hihi....tu lah kata orang tak kenal maka tak cinta!!sekian..wassalam...

Tuesday, March 24, 2009

Hoyee dapat hadiah!!





Selipar ni dibeli sempena menggantikan selipar lamaku yang telah koyak,oklah tu untuk pakai harian kan..walaupun tak mahal sgt tapi cukup bermakna bila yang tersayang berikan...dapat tu terus je pakai..hihi...syukran syukran!! ya habibi.....love u more than that......


Hadiah ke2 ni dah lama duk ngidam nak beli tapi asyik tangguh je..last2 hubby pun beli as a gift,
(maybe aku asyik ngadu sakit pale bila kena panas kot!hihi)
ye la kalu yang kat pasar mlm tu aku mampu lah nak beli kan!!tapi yang ni mmg betul2 ori maa....




huhu...aku dapat hadiah...sukanya...hadiah ni sempena anniversarry hari tu...2 lagi cik hubby bagi..tengkiu cayang!!!i like!



Lovely Touch:

Dinner @ Sara Thai Kitchen

Antara makanan yang kami order
Yang ni paling best...ikan siakap masak stim limau,masam,manis,masin semua cukup! pergh..memang mengancam!!!
Antara model2 yang beraksi kat Sara Thai..kwang!kwang!kwang!

Dah habis round2 kat kuantan parade tu,perut pulak lapar,so kitaorang pun apa lagi,terus gi jalan2 cari makan kat sara thai .....lagi....hihi....kali ni kitaorang makan ikan stim limau plk!pergh..sodap tak terkata....wa cakap lu!!!! Lovely Touch:

Monday, March 23, 2009

Artis ABPBH @ Kuantan Parade



22 hb hari tu,kebetulan aku ada kat kuantan,memang dah plan nak gi kuantan parade, bila sampai sana tgk org ramai semacam je tgh kumpul dekat stage,aku ingat apa lah...rupa2nya ada artis datang,artis2 yang dicalonkan dlm ABPBH rupanya..kebetulan aku bawak kamera,bese la blogger kan..kemana2 ngn kamera,tak dapat dipisahkan..ibarat irama dan lagu..Ahaks!! gambo ni bkn aku yg snap..ank sedara aku yg snap..mls aku nak masuk celah2 org ramai tu...tapi kan kalu nk bergambar ngan arti2 tu kena bayo rm10..hampehh!!!

Lovely Touch:

Makaroni Bakar

This one makaroni yang belum di bako!aku taruk banyak keju kat atas tu....sedap woo...



makan masa panas2 lagi sedap..cheesenya bergetah ala2 pizza hut gitu..



Adeh la..xlaratnya ari ni..nak naip pun malas...mlm tadi br balik gi jejalan..lotihnya....layan je la masakan aku hari ini..mls nk wat lauk..masak rona roni makaroni je...resepi aku taruk kedian la..malas lagi ni....

Edit resepi:baru nak edit resepi makaroni ni...hihi..resepi ni aku dah lama ambik,tapi lupa pulak kat mana aku ambik!kui!kui!

Bahan2:
150gm
250gm daging ayam-dipotong dadu (aku guna daging)
150 gm sayur campur
15 biji cendawan butang (dibelah tengah)-aku x letak
sebiji lada besar merah- (dimayang)aku tambah
sebiji lada besar hijau- (dimayang)aku tambah

Bahan A
4 sudu b marjerin
1 sudu b bwg putih(chop)
2 sudu b tepung gandum
1 1/2 sudu b stok ayam
1 keping kiub pati ayam
1/8 sudu teh lada sulah
1sudu b cili kisar- aku tambah

Bahan B
2 sudu b minyak masak
1 sudu b bwg merah (chop)
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh lada sulah

Bahan C
2 biji telur-dipukul sedikit
3 sudu besar keju parut(ikut suka nk letak byk mana pun)

Cara2:
Masak makaroni dlm periuk air mendidih,campurkan dengan 2 sudu minyak masak dan sedikit garam. Masak hingga makaronin lembut dan toskan hingga kering.

Untuk bahan tumis:
Cairkan marjerin,tumiskan bawang putih hingga wangi, masukkan bwg besar,cili kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit.masukkan pula stok ayam sikit demi sikit, kacau hingga licin,masukkan kiub dan lada sulah.angkat dan sejukkan sebentar.
tumis pula bhn B,panaskan minyak,tumis bawang hingga garing,masukkan lada sulah dan masukkan cendawan butang.kacau hingga rata,masukkan sayur campur,lada merah dan hijau,serbuk perasa,garam dan lada sulah.
Campurkan A dan B dlm makaroni dan tuangkan telur yang tlh dipukul sedikit,gaul sebati.
tuangkan dlm bekas atau koserol yang tlh disapu dgn mentega, bubuh keju diatasnya..bakar pada suhu 150'c hingga keju jadi perang!habesss!!!

Lovely Touch:

Saturday, March 21, 2009

Kelas Murtabak


Hoyee..aku dah masuk kelas...heh!heh!sukanye.....pestime masuk kelas masak ni..tu yang excited je...hari jumaat lepas, aku ikut kelas wat murtabak raja, murtabak mini dan roti canai segera.rupanya senag sesangat kengkawan..so kat sini aku nak kongsi apa yang telah aku belajar!tapi sorry yer coz gambo murtabak mini ni je yang aku leh tunjuk, sbb yg ni aku buat kat umah, murtabak raja atau murtabak lapis tu aku tak leh nak tunjuk pasal aku lupa bawak camera masa blajo ,cuma aku sempat snap ngan handphone je,malangnya kabel h.phone lak ilang ntah ke mana..adoiii!!!kalu korang nk tahu murtabak raja tu berlapis2 (5 layer) patutlah mahal kalu beli pon!so jom kita layan...



Murtabak mini

Untuk kulit murtabak/ roti canai

(untuk sukatan stgh kilo tepung)
500gm tepung gandum
1 1/2 sudu B gula
1 1/2 sudu B minyak
1 1/2 sudu B susu pekat
1 sudu B marjerin
1/2 B sudu garam
1/2 biji telur
250gm air suam

cara2:
campurkan kesemua bahan,uli hingga menjadi doh.(cukup sekadar semua sebati,xyah uli lelama)

inti
(untuk inti aku buat inti sardin coz senang dan sedap, tapi kalu nak guna serunding daging pun boleh)
1 tin sardin besar
1 labu bawang besar (dimayang)
3 biji lada besar merah (dimayang)
2@ 3 biji telur

Tumis dulu sardin bersama bhn2 tadi kecuali telur.(kalau x mau tumis sardin pun takpe!)hancur2kan ikan sardin tadi, bila masak angkat dan masukkan telur.gaul sebati.
then angkat sebati.ketepikan.

untuk doh roti/kulit, bulat2kan adunan (doh) kecil2 lebih kurang 20gm or 30 gm,then masukkan dalam bekas yang diisi minyak masak..biarkan doh tenggelam sikit.buat sampai habis. then bolehlah dicanai..just gunakan pinggan sederhana kecil utk tarik doh roti tadi..kemudian letakkan inti sardin dan bolehlah dibakar dlm pan.seperti goreng roti canai tu...kalu lebih bolehlah disimpan dlm esbox tapi pastikan goreng sedikit...okesss..habess selamat mencuba.

Note: kalu tak paham sorry le,boleh bertanya kat chatbox k!hari ni pun aku ikut kelas chicken chop,untuk n3 nya...tunggukan kemoncolannye!!!heh!heh!heh!

Murtabak ni boleh simpan dlm peti..macam frozen food,boleh simpan dlm esbox, bila kita nak makan just goreng je..kalu hubby or anak2 nak gi keje n skull, aku syorkan korang try make this murtabak mini, siap diorang boleh bawak bekal lagi...sangatlah senangnye....


Lovely Touch:

Ikan Masak Stim (oven)



Ikan stim ni aku masak untuk ayahanda yang datang umah aku ari tu..dia dtg ngn mak bonda n my sister n family...ye la kan ayahanda aku tu kena jaga mkn dia..so aku wat ikan stim ni spesel utk dia...tapi akunya style,masuk dlm oven je..again....

bahan2:

seekor ikan bersaiz sederhana (aku guna ikan cermin)

Bahan A:
1 labu bawang besar (dimayang)
3-4 ulas bawang putih (diketuk)
1.5 cm halia (dihiris)
serai 4 batang (diketuk)
2 sudu air asam jawa
cili padi
sedikit garam

cara2:
Bersihkan ikan, lumurkan dengan sedikit garam,lumurkan semua bahan pada ikan,letakkan dlm bekas yang tahan panas,masukkan dlm oven selama 30 minit atau hingga masak.

Lovely Touch:

Wednesday, March 18, 2009

Chicken Teriyaki




Aku tengok ramai kawan2 blog yang dah cuba buat ayam teriyaki yang berasal dari negara jepun ni..hari ni datang mood aku nak buat pulak!kalu ikutkan cara k.rinchan dia bakar dalam non stick pan, kalu ikut mat gebu dia panggang atas dapur arang(kan mat??) tapi akunya style aku bako dlm oven je..abih cite..hahaha.....senang kan??aku ni mls kalu bab2 nak naip resepi so skali lagi aku copipes mat gebu punye..sorry mat!



BAHAN-BAHANNYA :-)

3 kepingan besar ayam
3 camca besar madu
4 camca besar kicap manis
1 camca besar gula (aku guna brown sugar ikut mat)
3 inci halia, diparut halus
3 ulas bawang putih, diparut halus
1 camca teh garam halus (atau secukup rasa)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, kelar2. Kemudian gaul dengan semua bahan lain, simpan dalam peti sejuk dan biar perap 1 jam.
  2. Panaskan dapur oven, asingkan ayam dari bahan2 perap dan masak bahan perap tadi dengan suhu 170' selama 30 minit atau hingga sedikit pekat, tambah sedikit air jika perlu.
  3. Sekali sekali letakkan lebihan air perapan tadi ke atas ayam. Panggang hingga masak. Nak tau masak, hiris sikit bahagian paling tebal pada peha ayam tadi, kalau air yang keluar jernih dan daging kelihatan putih, tanda ayam dah masak.
Lovely Touch:

Nasi Ayam Vs Ayam Teriyaki


opps!!jangan marah..oleh kerana kali ni takde resepi,saja aku taruk gambo nasi ayam banyak sikit!eheh!heh!


Silalah jamu mata ngan nasi ayam simple touch cooking aku ni muahahaha.....




Nasi ayam ni sebenarnya menu on the spot, tadi teringin nak wat ayam teriyaki ,pastu pikir plk nak wat lauk sampingan yang lain..pikir nya pikir..ahh..senang wat nasi ayam je la,sedap gak mkn ngan ayam teriyaki ni, macam mat gebu jugak!ahaks!tapi nasi ayam ni ann's style la..ann's simple touch cooking gitu....hahaha...resepi aku tak letak la pasal nasi ayam simple jek!

Lovely Touch:

Tuesday, March 17, 2009

Kek Marble Trio


gebus memang gebus..satu kelainan pada cara membuatnya..memang betul kata mat gebu..memang lembut kek ni...tima kasih mat...

Semalam kakak aku yang duk penang balik ke sini..maklumlah cuti sekolah ni..so ari ni aku nak balik umah mak..jumpa diorang..terfikir plak nak wat kek..mula2 tu ingat nak wat kek cekelat..tapi pikir punya pikir...wat kek marble je la..resepi ni aku ambik dari blog tiffin biru..sapa lagi chef mat gebu tu la...

resepi c n p..matnye....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate-(aku tak letak)
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
  4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.

Lovely Touch:

Monday, March 16, 2009

Ikan Bakar



fuh!ikan bakar...mmg peberet!nak2 mkn time panas2 lagi...perencahnya aku buat sendiri..amat senang la sangat...kalu rajin...kalu malas beli je kat kedai..hahaha...... moh tengok resepi..aku ambik dari rinchan fp.. tapi gambo aku silau la pulak!





Ini rupa ikan yang belum dibakar

bahan2:
1 ekor ikan bersaiz besar(dilumur sedikit garam dan asam jawa)

bahan A:
Bwg besar-(dimayang)
bawang putih(diketuk)
bwg merah(dimayang)
halia(diketuk)
serai(diketuk)
lengkuas(diketuk)
cili kisar


santan
air asam jawa
garam
gula merah@gula melaka

cara2:
tumis semua bahan A hingga garing..masukkan air asam jawa, masak hingga likat dan naik minyak.tambahkan dengan gula melaka dan garam secukupnya.
then masukkan santan dan masak hingga warna putih santan tadi hilang.
lapikkan dulang dgn aluminium foil @ daun pisang.lumurkan dengan perencah tadi..dan bakar dlm oven hingga masak.sekali sekala lumurkan lagi sambal..memang perg!!wa cakap lu..yehaa.....!!!!

Lovely Touch:

Sup Siam





Menu tghari ni..sup siam...resepi ni aku ambik dlm majalah saji..dulu dah pernah try skali tapi aku guna ayam kali ni aku guna daging plak!cakap byk tak guna, pewott dah lapo...jom tgk resepi....

bahan2 nya:
Bahan A
3 cm halia(dihiris)
2 cm lengkuas(diketuk)
6 btg serai(ketuk)
2 ulas bwg putih(tumbuk)
2 ulas bwg merah(tumbuk)

Bahan B
100gm lobak merah
i biji tomato
3 tangkai cili padi

100gm bunga kobis
50 gm cendawan
1 labu bwg besar
300gm daging (rebus dan hiris)
1 liter stok daging
1 biji limau nipis
1/2 sudu besar pes tomyam
1 sup bunjut

cara2:

masukkan stok daging bersama perencah sup bunjut dan bahan A,biarkan mendidih.
then masukkan daging dan bahan B.
masukkan pula pes tomyam,garam dan gula
matikan api dan perahkan limau nipis.hidangkan..sedap mkn tika ujan2 begini...yehaaaa!!!

Lovely Touch:


Sunday, March 15, 2009

Sizzling Yee Mee



Sejuk betul ari ni..ujan tak renti2..lebat plak tu..aku mls nk masak nasi hari ni..memula plan nk masak nasi..tp ank aku plk wat hal..duk nangis je..so tkr plan..masak sizzling yee mee..cepat lg mudah!jom tgk resepi:

1/2 peket gulung yee mee
sedikit isi ayam
sedikit daging (direbus)
5 ulas bwg putih
1 sudu b lada hitam(ditumbuk kasar)
2 sudu b cili kisar
i kiub pati ayam
stock ayam@daging
1 sudu b kicap pekat
1 sudu b kicap cair
1 sudu b sos tiram
1 sudu b sos cili
sawi fatt choy
carrot
fillet ketam
sedikit gula
1 sudu tepung jagung(di bancuh dgn sedikit air)

cara2:

tumis bwg hingga naik bau..masukkan cili kisar..tumis hingga garing .then masukkan isi ayam,daging dan lada hitam.masak seketika..then masukkan pula kicap dan sos serta stock daging dan kiub ayam,kmudian masukkan carrot..masukkan pula tepung jagung,lastly masukkan sawi dan fillet ketam,tambah sedikit gula then bolehlah masukkan yee mee tadi..hidang panas2..baru lah umph!!habess!!



Lovely Touch: