online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Monday, September 28, 2009

Makan2 kat pizza hut...

Salam semua....tengah makan kuih raya ke korang?meh nak mintak cikit,kat umah ni kuih raya dah abih..kesian tol..tak dapat makan kuih raya kat umah, kitorang gi makan pizza je lah..haha..so layan gambo kitorang makan2 kat pizza nih~!!!

nyum!nyum! sedapnya pizzaku ini..ahaks!!

Lambatnya pizza sampai!!

cedapnya kakak makan apa tus!!

Wahhhaha....adik pulun spagheti..


Habih dah spagheti adik makan...

jom makan pizza!!!!

Sunday, September 27, 2009

Kisah raya ke-3

Al-kisahnya,raya ke-2 pulak aku dah kena balik umah aku kat paka..seb baik kampung dekat je kan..hihi..oleh kerana nak kena siapkan kek hantaran pertunangan adik ipar aku dan pihak perempuan jugak,,so kena lah balik awal sikit,nasib baik ada 'pembantu' yang tolong aku..terima kasih pada 'pembantuku' itu heh!heh!
Raya ke-3 tu,after zohor , bergeraklah rombongan meminang dari pihak lelaki, (pihak kami la tu) , ke umah pihak perempuan, pun dekat je, sekampung..so meh layan gambo2 kat bawah ni..


Hantaran dari pihak lelaki

Mak mertua sedang menyarungkan cincin pada bakal menantunya..chewwah!!...


Possing depan umah pihak perempuan
Ni la mak mertua aku...

Hantaran dari pihak perempuan



Kek dan cupcake hasil 'keras tangan' aku..hihi..

ha..la ni aku dah balik umah...sapa2 yang nak datang beraya kat umah aku,sila lah datang ye,dijemput dengan tangan yang terbuka...tapi kuih raya takde..camno ni!!uhuk!!

Suasana hari raya...


Selamat hari raya, hari untuk bersuka ria...selamat kami ucapkan untuk kita hingga sampai tahun depan!!hihi..nyani jgn tak nyanyi...
selamat hari raya maaf zahir batin pada semua kawan2...amacam raya??mesti meriah kan? ye la seme berkumpul ramai2, yang jauh yang dekat semua balik kampung..aku pun balik kampung gak..ahaks!!walaupun kampung dekat je..hari2 pun boleh balik kampung..haha..raya pertama ritu kitorang raya kat umah mertua..tengok tu ramai kan keluarga kami, tu tak masuk semua..ada lagi yang tak balik tu..apapun meriah sangat bila dapat kumpul ramai2, tambah pulak hari raya..macam2 hidangan ada..nyum!nyum!tapi tak ambik gambo plak tang makanan tu..ngeh!ngeh!..
Keluarga sebelah mertua

Keluarga kami..
green theme...

Petang raya pertama tu pulak kitorang balik ke dungun,raya kat sana lak...yang kat atas tu separuh dari keluarga aku..ada lagi 4 buah keluarga, tapi masing2 dah balik....kat umah mak pulak, tetamu yang datang boleh tahan gak, sedara mara ramai tol datang berkunjung, maklumlah hari raya kan...meriah sungguh!!!

Monday, September 14, 2009

Kad Raya dari kawan2..

Kad raya dari k.Ayu Singapore...

Kad Raya dari K. Norli

Kad Raya dari K. Inahar

Salam semua...ni musin tempek kad 2 raya yang di beri oleh kawan2 cyber..terima kasih sgt2 pada k.inahar, k.norli dan k.ayu, coz sudi bagi kad raya pada kita..ingat jugak kat kita ye..uhuk!!nanti kalau datang terengganu jgn lupa koling2 kita tau, leh kita bg kopok lekor pree..hihi...sayang korang semua!!niway..dah dekat2 nak raya ni aku nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin pada semua pengunjung2 blog aku nih, terima kasih kerana setia mengunjungi blog aku...jgn jemu2 berkunjung ke sini lagi ye!!sorry jugak sbb tak sempat nak tempek kad raya untuk diberi pada kawan2..tp yang penting korang sentiasa di hatiku...tv9 ahaks!!dah dekat2 nak raya ni, aku dah mula membizikan diri dalam dunia membaking! chewwah!!!betolll!!aku bz sgt nih..sampai nak wat kuih raya pun tergendala..adeh!!beli gak nampaknya nih!..la ni nak kena siapkan tempahan orang...sepanjang bln pose ni pun byk rezeki datang,Alhamdulillah sgt2, sbb tu aku tak ter'update' masakan2 yang dihidangkan di bln pose kat umah aku nih..bz wes!!so penat jugak..hihi..InsyaAllah, lepas raya plk ler main masak2 k!haha...panjang lebar lak celoteh acik an kali ni..mekasih le pada yang sudi baca..ngeh!ngeh!ampun maaf dipinta pada semua..selamat beraya!!!

Friday, September 11, 2009

Majlis Berbuka Puasa di Rumbia

Semalam kitorang berbuka puasa di luar anjuran tempat hubby kerja, kitorang sampai agak awal jugak,org pun tak ramai lagi,sebenonya saja gi awal sikit coz tak mau jadi mcm thn lepas, kitorang gi lambat sgt, dahla masa tu hujan lebat, sampai2,mknn lak dah habih..mknla apa yg ado!!cedih..dh takde rezeki kan nak wat canne..so smlm kitorang 'decide' gi awak skit ler,leh pilih2 tempat strategik skit..heh!heh!byk woo mknn..seme cedap2 belaka,kalu ikut ati seme nak pulun,tp pewot lak takleh nk terima byk..ahaks!!

layan je la gambo2 yang ada kat sini..tu muiz tgh minum air kiwi..

nasi jagung ngn mcm2 lauk..ambik skit je, nasi sepinggan ni kongsi ngn hubby jek..sedap weh...rasa nk mkn lagi..ekeke...

Antara hidangan yg kitorang makan, gambo2 ni je la yg ado!!tak sempat nak ambik gambo2 mkanan yg terlalu byk tuh..hihi...



Antara menu lain gak yang aku mkn, mee goreng, yong tau foo dan rich choc puding, best!best!
kenyang sangat, Alhamdulillah...
malu lak si balqis ni time nk ambik gambo...

muiz ni mmg suka bebeno main sudu...ngeh!ngeh!

masa ni baru sampai,org tak ramai lagi...

Abah pun nak interprem da...



Overall, tahun ni puas hati la, makanan pun banyak, rasa2nya semua cukup..rasa pun boleh tahan, memenuhi citarasa dan membuka selera..terima kasih pada Petronas Ammonia...

Monday, September 7, 2009

Puding susu koktail

Jom makan puding!!ops!!belom lagik la...tunggu berbuka dulu..heh!heh!ari ni wat puding buah koktail ni sbb nak bawak gi kuantan umah my sister..resepi ambik dari umah kak jun
anak aku kata sedap sgt..agaknya betol2 sedap ni..tak sabo lak nak tunggu berbuka..ngeh!ngeh!

aku cam biasa la,tak berapa nak rajin menaip resepi neh..so ayat femesnya..aku kopipes resepi k.jun jek..leh ek k.jun cayang!!!hihi...

1 paket serbuk agar2 (11gm)
2 biji telur
1/2 tin susu cair
4 cawan air
1 cawan gula
2-3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail

masak agar2, air dan gula hingga larut.
sementara itu pukul telur, campurkan dengan tepung kastad, kacau rata n ketepikan.
bila agar2 mendidih, masukkan campuran telur dan fruit cocktail. masukkan kedalam loyang/acuan dan sejukkan. hidangkan.

Sunday, September 6, 2009

menu bulan pose....

Salam semua..lama tak mengupdate nih..sebenonya ni bukan menu ari ni ye...yang minggu2 lepas kot..ntah campur semua, dek kemalasan aku nak menghupdate blog,maka tertangguh la seme post neh..heh!heh!...yang kat atas tu malas tol nak cite..nama dia sotong masak merah..tentu korang dah kenal sgt dan expert sgt2 masak sotong cebggitu kan..masakan paling simple tapi sedap..tak gitu..huhu...


Yang ni pulak, pun resepi biasa2 gak..percik ikan kembung, salah satu lauk peberet aku masa bulan pose, kalu sahur makan lauk nih..pergh..amatlah berseleranya...Alhamdulillah..hihi...

Ha yang kat ateh dan kat bawah tu nama dia tauhu bunting!!jangan terkejut lak, mana2 yang rasa nak bunting tu leh la cuba tauhu ni..ahaks!!nakal tol..takde ler..korang jgn percaya lak, aku saje gurau je tuh..hahaha...ni indonesian punya resepi, penah makan yang teman indonesia aku buat, sedap..so aku try ler..

Resepi dia senang jek....

4 @ 5 keping tauhu- potong 2(segitiga)
isi ayam@ isi ikan tenggiri-cincang
2 ulas bawang merah-potong dadu halus
2 ulas bawang putih-potong dadu halus
daun bawang-hiris halus
1 btg carrot-parut halus
tauge-jika suka le...
sedikit lada putih
garam
gula
sedikit tepung campur ngan sedikit air-(biar pekat)untuk tutup isi tauhu.

cara2:
Goreng sekejap tauhu yang tlh dipotong dua, jgn samapai garing lak!pastu korek isi dia kat tgh2, campurkan dengan isi ayam atau ikan tadi.campurkan pula carrot dan tauge serta daun bawang.
tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan isi ayam@ikan yang tlh dicampur ngn bhn2 lain tadi, masukkan garam,serbuk lada putih dan gula..

ambik sekeping tauhu, sumbat isi yang di goreng tadi dan tutup ngan gandum pekat tadi di atasnya supaya isi tauhu tadi tak keluar..pastu bolehla goreng sehingga garing..buat sampai habis. angkat dan bolehlah dihidangkan dan dimakan dengan cili padi.(aku makan ngan sos) pun sedap!!cubalah!!!!

Tuesday, September 1, 2009

Triffle

Salam ramadhan semua...masak apa hari ni ye korang??erm..masak sedap2 ye, leh le aku tumpang 2 kaki..hihi..tumpang tengok ler..ok la, berbalik ke triffle aku ni,sebenonya dah lama wat triffle ni,tak silap aku minggu lepas,untuk buka puasa gak,dapat ler 2 bekas, bawak ke rumah mertua sebekas, aku dan rasa sikit je, tgk2 dah licin, tp siyes cakap la, triffle ni memang sedap rupa2nya, sejuk je anak tekak, sesuai sgt mkn untuk bln pose ni, hihi..terima kasih to my sifu..k.liza yang sudi kongsi resepi ni, so aku kopipes je resepi dia...

TRIFFLES

Bahan-Bahan:

1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.