online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Wednesday, July 21, 2010

Ikan goreng mangga

Assalamualaikum semua...uhuk!uhuk!batuk2..masuk umah yg penuh habuk ni..huhu..lama betul tak menghupdate...seb baik tak jadi pekasam ko blog..nasib ler..huhu...kali ni nak kongsi satu resepi je ,oleh kerana mangga kat umah sdg lebat berbuah,tak bleh thn tgk,so kita watlah ikan masak mangga ni..tapi aku pepandai lak ubah nama ikan goreng mangga ..ampooonn!!!tp best woo,kalu tak caya try la,rasa dia ala2 pecal pun ada,kerabu pun ada,kalu gabung dua2 tu jadi apa eh?hohoho..korang pikir sendirik lah eh..ni salin resepi yg ku ambik dr my resepi,terima kasih pd penyumbang resepi ni' kawan'..mabeles!!selamat mencuba!!


Bahan-bahan ( 2-4 orang )

  • 1 ekor ikan kerapu digoreng dengan tepung-aku guna ikan kembung jew!!
  • 2 biji mangga muda dihiris halus dan panjang-panjang
  • 4 biji cili api dihiris
  • 3 biji cili merah dihiris nipis
  • 4 biji bawang merah dihiris nipis
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 2 cawan santan1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan sos ikan

Cara-cara

  1. Campurkan santan, sos ikan dan gula.
  2. Kemudian masak di atas api yang kecildan biar sehingga ia mendidih.
  3. Padam api dapur,masukkan bawang merah,cili api, cili merah dan daun ketumbar.
  4. Gaul hingga rata.
  5. Letakkan ikan di dalam pinggan dan taburkan mangga yang telah dihiris halusdi atas ikan.
  6. Kemudian tuangkan kuah yang telah dimasak ke atas ikan dan hidangkan.

Tuesday, April 20, 2010

Tuan umah tak sihat!!

Hai ubat hai ubat..mari makan ubat...huhu....Salam semua..ha korang tgk lah ubt2 yang aku kena makan ni..ni ubt dari 2 buah klinik yg aku pergi,masuk kali ni sebenarnya dah 3 buah klinik aku pergi..ubt2 ni ada yang dah nak habih pun,tp sakit tak ilang gak lagi..
Dan bulan ni jugak aku bercuti dari membizikan diri membuat kek..memang kena rehat dulu la ni nampaknya..segala tempahan terpaksa lah ku tolak dulu..sorry ye my beloved customer..hihi..
ok lah,kalu korang nak tahu..lps baik demam ari tu(3 hari demam), aku diserang sakit bahu plk,sakitnya melarat hingga ke telinga dan kepala,semuanya belah kiri..runsing jugak sebab sebelum ni tak pernah sakit camni..sakit dia tu rasa cam sengal2 je kat bahu,kat telinga,kat kepala..huhu..so bila buat check-up,doktor kata saraf, dan aku ni kekurangan kalsium,tulang tak kuat kew??huk!huk!
memang ler kalu aku pusing2 tgn belah kiri ni rasa sakit je,siap berbunyi2 lagi tu...huhu..tapi yang tak thn tu bila sakit ni dia mai skali ngn gastrik aku..huhu...tak bley nak cakap weh..tarik nafas pun sakit kat kedua2 belah bahu...campur ngn senak perut lagi..sabo je la..sebenarnya aku ni memang ada penyakit angin dlm badan,memang penyakit keturunan tu..bila mai angin tu tak tahan..huh....dan untuk pgtahuan semua,dah 2 minggu sakit bahu aku lom ilang lagi..sakit apakah aku ni?..sakit ni akn bertambah sakit bila menjelang malam,agaknya sebab tido lam ekon,doc pun kata kalu kena ekon lagi la sakit,dahla aku ni takde isi tinggal kulit ngn tulang je kat lengan ni ha...huhu..

pastu pagi td plk..rasa kaki ngn tgn belah kiri plk mcm berat je..adeh..melarat plk dah..kalu dah melarat macam ni tak blh dibiarkan lagi..nak kena jumpa ngn pakar jugak ni,baru puah hati kan??apapun korang doa2kanlah kesihatan aku ni yeap..moga2 aku dijauhkan dari penyakit yang tak diingini..amin!!

spagheti bebola daging


resepi:(resepi sdn bhd)

spagheti
1 biji bawang besar(cincang halus)
3 ulas bawang putih(cincang halus)
1 sudu B cili kisar
1 sudu B cili sos
2 sudu B tomato sos
2 biji buah tomato(cincang halus)
spagheti sos(aku guna yg traditional tu-byk mana ikut suka hati ler)
bebola daging
isi udang
cheese(untuk tabur)

cara2:
tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing,then masukkan cili kisar
tumis hingga garing,barulah masukkan segala sos yang ado!!!last masukkan bebola,isi udang dan buah tomato..then bolehlah dihidangkan bersama spagheti dan taburkan cheese ke atasnya..emmm sedapnya!!nyum!nyum!

Salam semua..sihat ke?aku macam ni ler..masih tak sihat sepenuhnya..bila la agaknya nak sihat seperti sedia kala ni yeap...bila bdn tak sihat ni,terasa malasnya lah nak masak2,kemas rumah..segala..maklumlah bdn jadi letih rasa nak tido,tido,tido je keje..huhu...
oklah...walaupun tak berapa sihat tp aku masih mampu lagi nak duk kat dapo tau..bknnya sakit sampai takleh bangun pun..cuma mood je kureng skit..hihi..so spagheti yang korang tgk kat atasa tu menu semalam punya,nak cite sikit,punyalah aku ni lapo,mkn spagheti ni bkn main byk weh..sampai bertambah tp malangnya masuk pinggan yg ke-2 dah takleh nak habiskan,sbbnya,penyakitku tiba2 datang menyerang lak..aduh sakit weh..terpaksalah tinggalkan spaghetiku tu..uhuk!uhuk!adakah aku mkn terlalu byk?huh...
mungkin korang tertanya2 apalah gaknye penyakitku tu..haha...nanti aku cite di lain rancangan okey...by!by!

Saturday, April 10, 2010

Award dari nenek


Salam semua,dah lama rasanya tak terima award dari kengkawan,ye la tuan umah pun asyik takdek kat umah je kan..manalah org nak kasi ..hihi...apapun jutaan terima kasih pada nenek yang sudi kasi award ni kat kita,walaupun dah lama diberi,kawan2 yg lain pun dah lama tayang kat blog memasing..hihi..maap ye nenek lambat bebeno kita menayangkan award ni..thanks again ye nenek...ingt jugak kat cucu ni..ahaks!hai bila lah kita dpt pakai crown tu ek>ada peluang ke>huhu..kalu tekde peluang tu..hmmm berangan je la...hahaha....okes friends...chow lu...

Friday, April 9, 2010

Salam bersiaran

Salam bersiaran semua...hihi...ari ni tuan umah dtg nak bersih kan habuk2 ,sawang2 segala..huhu..lama bebeno tak 'mengemas' kat umah ni...penuh ngn segala mcm benda dah ni...haha...ntah la ek sejak akhir2 ni malas je nak meng'update' blog..skali ingt mcm nak bersara je..tp sayang plk..sbb dengan berblogging ni la aku knl ramai kawan2 cyber,dan ada beberapa org yg dah jumpa pun...suka sgt...
Sebenarnya sejak berkecimpung dalam business baking ni,masa untuk mengupdate blog pun sgt lah kurangnya, kalu masak2 pun jarang sgt nak ambik gambo ,kdg tak sempat,kdg lupa..huhu..lgpun sejak akhir2 ni kesihatan aku plk tak brp nak baik..'sakit' ku ni blm ilang2 lagi..ntah nape lah..dah mkn ubt,dah berurut,tp tak jgk ilangnya...sampai nk wat keje pun takde mood je..huhu...so kwn2 dote blog..aku letaklah menu yg simple2 je yg sempat aku buat...ok layanzz....akan kesihatan ku kembali pulih ok..tq..
so ari ni dah alang2 angin rajin dtg nk mengupdate

Baked Potato and frittata cheese


yg ni menu 2,3 ari lps,saja nk perabihkan kentang yg mertua aku bg..kang kalu bio lelama tak elok plk kentang tu kan..so aku try la buat frittata ni,resepi kak ummi,saya mintak izin kongsi resepinya di sini yeap!!mekasih akakku cayam!hihi

Baked potato and frittata cheese

Bahan-bahan ( loyang bulat 7 in )

  • 4 biji kentang sederhana besar (800 gm)
  • 4 biji telor - dipukul sikit
  • 1/2 cawan daging cincang (hirisan sosej pun boleh)
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • 2 labu bawang besar - hiris nipis/dadu
  • 1 sudu besar hirisan daun parsley (boleh juga letak daun sup)
  • 1 cawan parutan cheddar cheese / mozarella cheese

Cara-cara

  1. Preheat oven pada suhu 180 C dan griskan loyang.
  2. Parut kentang dan perah buang sedikit airnya.
  3. Campurkan semua kentang, telor, sausage, tomato, bawang, daun sup/parsley dan separuh parutan cheese.
  4. Gaul rata dan tuangkan ke dalam loyang. Tabur rata lebihan parutan cheese tadi.
  5. Bakar selama 40 minit atau sehingga kekuningan.
  6. Sejukkan dan potong untuk hidangan bersama sos cili dan mayonis.

Jemput2 kentang


Belen2 kentang yg tinggal tu,aku buatlah jemput2 kentang ni..saja ubah selera skit kan..buat minum petang ok jugak..resepi ni pun ambik kt umah k.ummi..hihi...blh ye kak ummi,dititipkan resepinya disini ya buk!haha..

POTATO FRITTERS

Bahan:
  • 5 - 6 biji kentang (kupas dan basuh bersih)
  • 4 sudu besar tepung jagung (sukatan boleh adjust secukupnya)
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telor - dipukul sedikit
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa

Cara-Cara:-

  1. Kentang diparut hingga habis dalam penapis. Sambil tu, biarkan airnya keluar sekejap sambil ditekan2 sikit parutan. Buangkan airnya.
  2. Masukkan parutan kentang dalam mangkuk sesuai. Tambah tepung jagung, tepung gandum, lada sulah dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan telor dan gaul sebati kesemuanya. (Adunan mmg berair sedikit)
  4. Panaskan minyak dalam kuali secukupnya untuk goreng terendam. Sudukan adunan dan goreng hingga kuning keemasan atau garing lagi sedap. (Balik-balikkan selalu ya, agar rangup)
  5. Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran.

Sunday, March 14, 2010

gathering wif bloggers at majlis sambut menantu k.hanieliza

kitorang bergambar ngan pengantin n family

yang tudung hijau tu model iklan ubt gigi safi..huhu
ngan k.naemah..
antara tetamu yg hadir

semalam berlangsungnya majlis sambut menantu chef kita yang tersohor iaitu tak lain tak bkn k.hanieliza ler..hihi..memandangkan k.liza di kerteh,aku plk kat paka, dekat sgt la tu,rugi plk tak pergi,lagipun k.liza bgtau ada beberapa org blogger yg turut dijemput ke majlis,so,aku tak lepaskan peluang ni,bila lagi nak jumpa blogger2 lain kan..hihi...
sampai kat dewan majlis k.liza lebih kurang kul 2 lebih sbb sblm tu menghadiri satu lg majlis kahwin kat dungun,pastu terus ke majlis k.liza plk, huh..kenyang pewoott!!skali mkn 2 tempat..hihi..,.
mula2 sampai k.liza bgtau k.nor(secubit garam) dan k.ummi kuantan(home sweet home) dah dtg..seb baik blm balik..k.nor sampai awal lg rupanya,k.liza siap bawak gi jumpa ngn diorang lagi...terharu plk rasanya..huhu...pastu gi jumpa k.nor ngn k.ummi yg tgh ralit bersembang,salam2 peluk cium dulu pastu baru gi mkn, masa sampai tu tgk org dah penuh dewan,ramai betul jemputan k.liza, tp seb baik dpt tempat duduk,kat seblah k.naemah(naemah online bakeri)dah biasa jumpa sebenonya..hik!hik!,sambil mkn sambil pot pet ngn k.naemah..hihi..
pas mkn apa lg,kitorang pun menjalankan tugas sbg blogger,ambik gambo ler..senyum sana,senyum sini..penat bergaya memasing..huhu..pas abih sesi bergambo,kitorang pun memulakan sesi berborak sampai lebamm!!hahhaa..,mcm2 cite lah kuo..diselangi gelak ketawa seme tulah..hik!hik!masing2 ramah tamah betul,lama jugak duk borak2 sampai kering ank tekak,sblm balik kena minum air sirap dulu..dahaga weh..hihi...
ok lah itulah ceritanya,panjang plk aku bercerita yep!mcm wat karangan plk rasanya..hihi..takpe sekali sekala,apapun terima kasih pada tuan rumah,k. hanieliza dan suami kerana sudi menjemput kami sekeluarga,selamayt pengantin baru kepada azlan dan noorashitah,semoga kekal bahagia..dan terima kasih pada k.nor,k.ummi dan k.naemah yang sudi borak2 ngan kita yeap,seronok sgt blh gader2 ngn diorang ni..semua ramah tamah blake..lain kali ada rezeki,panjang umur blh la jumpa lg,kalu dtg paka jgn lupa la kol kita ni yeap!cayang semua!ummuah!

My 6th anniversarry

Assalamualaikum kawan2 semua..huh..lama bebeno tak mengupdate blog..almaklum ler,semenjak dua menjak ni,aku bizi skit..skit je tak banyak..ngeh!ngeh!...sebenarnya aku hari2 online cuma tak aktif kat blog,kalau nak tgk 'kewujudan' aku,korang tgk kat fb je..kat situ aku aktif skit..hihi...
Oklah ,sebenarnya hari ni ialah hari ulangtahun perkahwinanku bersama MR syeh al-budin..hihi...hari ni genaplah 6 tahun usia perkahwinan kami..dengan dikurniakan sepasang cahayamata..nur balqis huda 5 thn dan Muhammad ammar muiz 2 thn..alhamdulillah..so sempena hari ulangtahunku ini..inginku titipkan doa cinta kami yang ku ambil dari sebuah website..sungguh indah doanya...


Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan ridha-Mu
Jadikanlah kami Suami & Istri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Amiin…



Wednesday, February 10, 2010

Nasi Arab da....

Wahai orang2 kampung(kg aku ler)mari kita pakat2 mkn nasi arab..hahaha..mcm ler banyak aku buat,pastu mcm ler sedap aku masak...hahaha...tak leh nak challenge tuan punya resepi ni,k.hanieliza,thanks k.liza,sedap sungguh nasi arab ni,mkn saje pun sodap!!!hihi...
ha,kali ni nak bwk korang semua ke negara arab da...(ambik feel ye)sambil gelek2 lagu arab...ahaks!!ya habibi ya maulana..hahaha..ok ler byk lak melalut,ni menu semalam punya,dah lama teringin nak mkn nasi arab,nak mkn yg org masak,sapa ler nak masak tuk kita ek,lgpun kat sini takde plk org jual nasi arab,taktau la kalu ada,sapa tau angkat tgn ye..ngeh!ngeh!
nasi ni tak muak mkn,sedap..kalu tak caya try wat ye..ni aku ltk resepi kat sini..meh tgk..aku kopipes gak,mintak halal ye k.liza..hihi...selamat mencuba!


NASI ARAB

Bahan
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air
500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih

Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori

Ayam tandori

ayam tandori,mkn ngan nasi arab..phewww..takleh nak cakap,nak rasa..buat sendri ek..hihihi..(kijamnya aku!!!)
meh tgk resepi,pun dari k.hanielieza,terima kasih sifu..kita mintak izin kopipes ye..hihi

AYAM TANDOORI GORENG

Bahan

1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 paket rempah tandoori MAGGI
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
5 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] mesin halus
2 inci halia ]
garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.


SAMBAL MERAH

Bahan

200 gm cili kering ]
200 gm bawang merah ] mesin
3 ulas bawang putih ]
2 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
minyak
garam
gula

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan tomato sos dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.

Saturday, February 6, 2010

Ayam pedas madu berempah

Ini menu semalam punya..ayam pedas madu berempah,lgpun lama dah tak mkn masakan yang ada madu,satu kombinasi yang bagus,honey and spice...sodap!!!!

resepi tgk kat umah k.ummi kuantan,mekasih k.ummi,mintak izin kopipes ek..cam tak biasa..hihi..

Bahan:-
6 ketul ayam - sederhana besar
4 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - tumbuk
1 batang serai - ketuk
1 sudu kecil rempah ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar rempah kari daging/ayam
1 sudu besar cuka makan
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar madu
2 sudu besar gula
sedikit garam
4 sudu besar minyak

Cara Memasak:-
Ayam digaul dengan serbuk kunyit, rempah kari dan garam. Goreng kekuningan. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi. Masukkan cili kisar, gaul rata. Masukkan serbuk ketumbar dan jintan manis. Gaul sebentar dan masukkan ayam. Masukkan cuka makan, sos cili, madu, gula dan sedikit garam secukupnya. Masak sebentar dan gaul rata. Tutup api.




Yang ni plk lauk lain yang dimakan bersama ngn ayam tadi,ni request dr my hubby,nak mkn gulai terung ngn bendi,pastu aku letak la jugak ikan kembung untuk menyedapkan lagi gulai tu.hihi...alah sonang keje,aku guna rempah gulai instant yang sememangnya digunakan oleh family aku sejak turun temurun..chewwah..ye ke??huhu...alah rempah gulai yang org kg aku buat tu,dah pernah letak gambo dia dulu..senang,taruk santan je pastu kalu nak pedas tumis cili boh je ..abih cite..hihiyang ni takyah bgtau pun korang mesti dah tau punya kan,homemade banana split, kebetulan ada pisang ngn eskrim kat umah,pastu tabur je ngan almond nibs+chocolate rice,simple je,mls nak ltk coklat cair mcm kat kedai tu..huhu..
sekian..

Thursday, February 4, 2010

Baby bread pudding

Assalamualaikum kwn2...pekabo?aku tak berapa nak ok rini sbb telah dilanda sakit perut,ntah brp kali kuo masuk toilet..adeh..sian kat aku,tp takpe,itu semua tak mematahkan semangat aku untuk menyediakan minum petang buat keluarga terchenta..chewwah!!ayat skema ko...hahaha..ops! sblm tu aku dah cuci tgn bersih2 eh..jgn kata tak bersih plak..heh!heh!

maka dengan sedikit semangat yang ada,terjadilah baby bread pudding ,huhu..skemanya...oklah takyah ckp byk ler,resepi aku ambik dr k.fida myresepi,mmg sedap bread pudding ni..cuma perut aku je masih tak sedap lg..huhu..makanya dengan pantas aku mengkopipeskan resepi ni,mintak izin ye tuan punya resepi,terima kasih kerana berkongsi resepi yg sodap hingga menjilat jari..hihi

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (aku tk tabur pon)
  • mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara

  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur(akububuh kismis ngn almond nibs aje) ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
  7. ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.

Tuesday, February 2, 2010

Puding Susu bersos coklat

Assalamualaikum...apa kabo semua??harap semua sihat2 lah ye..mcm nulih surat plk gayanya..huhu..oklah ari ni angin rajin aku mai lagi..tekak rasa nak mkn puding je..kebetulan belen susu cair plk ada lg lam esbox,so apa tunggu lg kan,buatlah puding yang sonang dan sodap nih..asalnya puding susu koktail,resepi dr umah k.jun,dulu aku dah wat skali,masa bln pose kalu tak silap,yang tu aku ltk ler koktail,tp ari ni koktail lak takde kat umah ,so aku buat plain je la kan...


Untuk takmo bg nampak plain sgt,aku pun siramlah ngn sos coklat nih..sedap gak wes..hihi..anak2 aku suka bebeno,tak sempat simpan lam esbox lagi,keras je terus diorang ngap!!,byk giler..huhu..

Yang ni versi plain je,tp totap sodap!!thanks k,jun sudi kongsi resepi yg mabeles ni..hihi..kalu sapa2 nak try leh klik sini ye..

Monday, February 1, 2010

kerepek ngaku???

Assalamualaikum semua...sebelum tu nak ucapkan tahniah pada farah mommy otai atas kelahiran baby girl pada pukul 3.50 pg tadi,tahniah farah..alhamdulillah selamat semuanya.dpt lg sorang girl girl..hihi..
ok lah berbalik pada cite aku ni,korang pernah mkn kerepek ngaku ke??ni kira first time aku mkn.biasa duk tgk nyonya2 duk beli buah ni,terfikir jugak diorang buat apa mende ni ek??kalu tgk rupa buah ngaku ni ada iras2 mcm bawang je kan..pastu kalau dah kupas kulit dia ada plk rupa sengkuang,kira ni kategori ubi gak kot..ye kot..hihi..


aku pun sebenonya baru tahu dr 'my cousin' tentang ngaku ni..sblm ni aku mmg ngaku ler tak pernah mkn buah ni,cousin aku tu ckp, buah ni sedap kalau goreng..dan biasanya buah ni ada time2 raya cina je,mcm prosperity kt mcD gak ler kan..kalau nak potong buah ni make sure potong betul2 nipis ye baru lah rangup bila digoreng,mcm aku ni ada tebal ada nipis,kalu tebal sgt nnti tak rangup,jd mcm ubi ler pulok!!


memang sedap wes kerepek ngaku ni,rugi plk aku beli sikit,sbb ari tu saja nak terai test je,rupa2nya mmg sedap,rasa lemak2 gitu,bau dia masa goreng tu pun dah membangkitkan selera..wah gitu!!!pasni aku nak cari lg buah ngaku ni..tak puah mkn...ha sapa2 lom terai...blh ler terai..jgn lpskan peluang!!chewwah!!!(bhg promote!!!)

Sunday, January 31, 2010

Kastard Layer

Salam semua..dah tido ke??okes ni n3 lewat mlm aku,time korang2 semua dah krohhhhh...heh!heh!.nak wak canne,time ni aku rasa rajin plk nak buat n3,karang kalu mari penyakit malas,ermmm..maleh nak cite ler....ok ler,ptg td terajin plk nak buat kuih ni,bkn apa,sebenonya ni adalah request dr mr.hubby,dah lama bebeno dia duk suruh aku buat,(mengidam ke apa laki aku nih?huhu)so ari ni aku buat ler spesel utk dia,sbb ari tu ada org order kastard layer,tp aku buat sebijik je utk customer,jd dia duk telan liur je la..,sian pulak aku tgk kan..ha..hari ni aku buat sebijik lg,ambik lah yang oi..mkn puah2 ye...leh abih ke byk2 tu yang??hahaha...takpe2..dpt pahala..jadilah isteri mithali ye puan2!!ngeh!ngeh!

ni ler rupenya....kastard layer,rasa2nya aku dah pernah masukkan resepi dia dulu,masa zaman2 aku masuk kelas dulu ler...kalu nak resepi klik je kat sini ye...

Cuma kali agak kurang sos karamelnya tu dan ada lak rasa paitt2 sikit sebab gula aku tu terhangus pulak..adoyai!!!sorry ye yang!!hihihi...so kalu korang nak buat pastikan api tu kecik masa nak cairkan gula tu ye,kalu idok jd ler rasa paitt mcm aku buat ni..huhu..wokeh..mata pun dah ngntuk ni..aku nak tido dulu ler..good night semua...zzzzzzzzzz

Friday, January 29, 2010

mee soto

Assalamualaikum w.b.t..dan selamat sejahtera semua...(chewwah mcm nak bg speech je gayanya..) ehem!ehem!....lamanya aku tak update blog, apasal ek rasa mls tol nak menghupdate skang ni..uhuk!kekurangan vitamin "R" agaknya..nak kena top-up lg neh...okes lah panjang lak aku duk melalut...ha..mee soto tu sebenonya bkn menu hari ini ye..aku ulang lg sekali "Bukan menu ari ni"..huhu..kalu korang nak tahu,mee soto ni2,3 minggu lps punya menu,ntah brp hb ek aku wat..adeh lupa lak makcik nih..sbb dah agk lama..baru ari ni aku nak publish wes..adoyai!!!!tu lah menunjukkan 'kerajinan' aku yg tak terkira...hihi...
masa gi KL bln lps my cousin yg tokey mee tu bg ler mee kuning ni kat aku..byk jugak ler,blh ler diagih2kan pd org yg berkenaan..so belen2 yg tinggal tu aku buat ler mee soto ni kan...hasil dari mengoogle aku jumpa lah resepi ni kat blog k.hana yg duk kat jipung nung..jauh maa resepi ni mari...huhu...mekasih la pada k.hana yg sudi share resepi yg asalnya juga dr mak dia ...thanks..toce!toce!!
jom kita tgk resepi yang tlh selamat aku kopipes kan...mintak halal ye k.hana cayang!!maaf jugak lah ye pasal kita ada adjust skit2 mengikut bhn yg ado!!

Bahan-bahan
  • mee kuning - celur n ketepikan
  • 1/2 ekor ayam - rebus ngan halia n garam skit - toskan ayam n ketepikan air rebusan.
  • * 1/2 biji bwg besar / 5 biji bwg merah - mayang. nk blend pon bleh tp hana suka mayang.
  • * 3 ulas bwg putih - mayang.nk blend pon bleh sm cam atas.
  • * rempah tumis 4 beradik
  • 2 sudu rempah soto/ rempah sup - + ngan skit air utk jdkan pes(aku tak ltk psl dah abih)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu serbuk pati ayam
  • minyak utk menumis
Bahan utk taburan
  • isi ayam yang di rebus td - diracik2
  • tauhu- digoreng n potong nipis(pun takde)
  • taugeh (ganti ngn sawi)
  • bwg goreng
  • daun sup
  • kacang tanah goreng(tak letak psl tkde kt umah)
  • su'un goreng (aku tak letak gak)
  • limau kasturi/limau nipis
  • sambal kicap
  • begedil
Cara-cara
  • tumis bhn2 yang bertanda * hingga naik bau. masukkan pes soto/sup td n serbuk kunyit.
  • kacau. jgn buka api besar sgt sbb nnti pes akan hangit.
  • masukkan air rebusan ayam n pati ayam.perasakan ngan garam.biarkan mendidih.
  • matikan api.
  • cara hidangan- amik mee masukkan ke dalam mangkuk n taburkan ngan bhn2 taburan then curahkan sup td n sambal kicap skit dan juga begedil!
  • siap! :)
*untuk resepi bergedil ,klik kat sini ,aku dah pernah ltk dulu....bergedil tu mms sedap !!!

Monday, January 18, 2010

Dah setahun ghupenya....


Wahai kawan2 ku yang dikasihi semua..korang tahu ke??ghupe2nya aku ni dah setahun jadi blogger, wallamak,camne aku tak perasan lak ni,seb baik td aku tgk k.intan nya blog,k.intan pun sambut blog anniversary gak ghupenya..hihi...pepun,sepanjang jadi blogger yang baru setahun jagung ni,byk ilmu yg aku dpt,terutamanya ilmu2 masakan yang memang power dari kwn2 blogger,kbykan masakan2 dan resepi2 yang diberi memang da bomb!wa tabik spring sama you all!hehe...namun sepanjang setahun ni juga aku dpt rasakan pahit manis dlm berblog,mengenali kawan2 di alam maya juga satu pengalaman yg menarik walaupun tak pernah bersua(kecuali k.ina kl&farah mommy otai).terima kasih pd kengkawan yg sentiasa sudi singgah ke blogku yg tak seberapa ini,harap korang tak jemu bertandang ke 'rumah'ku ini...kala ada rezeki dan usia yg panjang,InsyaAllah kita jumpa di alam realiti plk!amacam bley ka??hihihi...

Friday, January 15, 2010

Oreo Cheese cake!!

Assalamualaikum w.b.t...yeppaaa!yeppa!i'm back from 'bertapa',setelah tujuh hari tujuh mlm,maka lengkaplah sesi 'bertapa aku tuh!!fuh!letih yang amat rasanya!!baru mlm tadi sampai umah..nnti2 ler aku cite..penat ko!!!ni ha layan je la gambo ciskek yg aku buat sblm gi 'bertapa' ritu..resepi dari k.ummi kuantan,mmg sedap sgt ciskek ni,cuma ciskek aku ni terlebih masak la kat ateh dia,seb baik tak hangus,aku pun heran,tiap kali wat ciskek mesti hasil tak brp nak memuaskan(dari segi rupa ler) tp kalu rasa tu ada ler rasa mcm ciskek tu..kih!kih!kih!niway thanks to k.ummi yg share resepi ni,memang mabeles tol..


resepi?alahai..ponat den!nanti ler,bila aku rajin aku letak lah ek!layan gambo je la dulu!!okes,t kalu aku rajin lagi aku cite katne aku gi bertapa tuh!!hihi..

Thursday, January 7, 2010

Jalan-jalan ke utara!!

Penang Bridge

Makan2 at Padang Kota
Pasembur!!Ambik ko!!byk mana nak mkn..pilih je..



lahai..kakak pun dah letih




Takut siut!!!aku takleh ler!gayat seh!!huhu

bergambar kenangan sblm pulang



diorang masih menggunakan pinggan mangkuk lama,bagusnya...tak lupakan unsur2 traditional

duk ngintai sebalik pokok manggis..hehe
hasil tangkapan dr kolam ikan umah tok anjang!

goreng ikan fresh,mmg sodap!!


kolam ikan keli



kt blkg tu kolam ikan talapia

pokok buah2an sekeliling umah tok anjang


umah tok anjang




Assalamualaikum semua..selamat menyambut tahun baru pada pengunjung blogku ni,walaupun agak terlewat untuk aku ucapkan,hihi..ye la masa awal2 thn baru ni duk asyik gi mkn angin..haha....ok lah kali ni aku nk cite tentang kisah kitorang gi mkn angin belah utara nun!! 30hb dec ritu kitorang tlh bertolak ke penang menuju ke destinasi pertama iaitu ke rumah kakak aku yang duk kat permatang pauh..erm dari terengganu ke penang, it's a long journey...huhu...bertolak dr pagi, malam baru sampai sana,tu pun hubby tak berenti untuk tido..berenti solat dan mkn shj..
keesokan harinya,kitorang gi jln2 kat USM,sbb my father nak pi semayang jumaat kat masjid USM nun,lgpun kitorang mmg dah plan nak ke seberang sana.masa pergi kitorang lalu ikut penang bridge tu ler!
tak byk plk ambik gambo kat USM tu,sbb kitorang duk kat masjid je,tak pi round2 kat lain pun..dr USM kitorang gi makan2 kat padang kota,mak ai ramainya india muslim kat situ duk promote kedai memasing!..dan makanan yg paling femes tak lain tak bkn ,pasemboq ler,depa susun berderet,tinggi gilos sampai tak nampak muka tokey kedai..hahaha...tp aku sempat gak la merasa pasembur tu..
pas mkn je,kitorang terus patah balik melalui feri lak..huhu..aku sempat gak turun,kunun2 nk tgk pemandangan dgn lbih jelas,tp takleh duk lama2 kat luo sbb aku ni gayat sesangat! rasa smcm je,fenin2 pun ada..wakaka..cpt2 aku msuk kete balik,pastu terus drive menuju destinasi seterusnya,ke kedah,umah besan parent aku..tp sblm tu sempat gak singgah umah my cousin yg duk kat lunas, rumah baru diorang,agak luas..cantek!!hihi..
lps smayng maghrib kt umah cousin aku, kitorang terus ke padang serai,kedah,gi umah mertua kakak aku..pas mkn,borak2 kitorang bertolak balik plk untuk zzzzzz...lotih lor!!
esoknya plk kitorang ke destinasi seterusnya,iaitu umah tok anjang(tok angkat kakak aku ni),dia duk kt selama perak!
jauh bebeno umah tok anjang ni,agak letih jgk la..sampai pun dah ptg.seronoknya sebenonya ni kali ke-2 kitorang pergi ke rumah depa,kali pertama ke sana,aku 'still engaged', la ni dah ada anak 2..erm..walaupun agk lama tak ke sana,tp tak byk perubahan kat situ,seronoknya umah tok jang ada kolam ikan keli ngn ikan talapia,masa pestime gi dulu,sempat gak aku mengail ikan kat kolam tok jang,best gilos!kalu mandi kat umah depa,mmg sejuk sgt sbb air dr bukit kan,kalu musim ujan lg ler sejuk gaknye ye..ngeee!!!cuma kali ni tak sempat nak mengail bagai,tak sempat nak gi berkelah kat sungai,sonoknya kalu ingat!sbb kesuntukan masa,tu pun tok jang beberapa kali pujuk suruh kitorang tido kat umah depa,sian tok jang,nak wat camne,sbb kesuntukan masa kitorang terpaksa tolak!nanti lah tok jang ye,kalu dipanjangkan usia,kita jumpa lagi...
pada 2 hb tu kitorang bertolak balik ke trg,sepanjang perjalanan ari tu, my mother pening dan sakit kepala,teruk muntah2,acap jugak berenti sbb my mother tu muntah2,ye la perut masuk angin sbb lambat mkn,sian sgt tgk dia,sampai kat umah pun kul 3 pg,pastu terus urut2 mak sbb teruk sgt keadan dia,alhamdulillah mak dah beransur pulih..
huh..panjang ke karangan aku neh,takpe ler,kalu korang tak larat nak baca toksah la duk baca,tgk gambaq dah la no!!hahaha...

*oh ya,jumaat ni aku nak gi tang KL plk,ada kerja skit..bkn mkn angin lor..hihi...so gantung koli lagi jawabnye!!!