online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Thursday, April 30, 2009

Rendang Ayam Serai


Akhirnya..kini pasti..ku merasai...rendang ayam ini..chewwah..siap nyanyi lak tu..huhu..rendang ayam serai..resepi dari mat gebu..mekasih mat sudi share resepi ni..meletooppp ko...

Dan mcm biasa aku c n p je dari CMG..leh ye mat..keke...

Aku buat separuh dari resepi ni..

BAHAN UTAMA :-)
1 ekor ayam anggaran 1.2 kg, potong 12 atau 16
2 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
1300 ml santan
3 camca besar cili kisar
3 helai daun kunyit, dimayang halus
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/3 cawan cili padi
8 batang serai, dihiris halus
3 biji buah keras
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 camca teh lada hitam biji
2 camca besar rempah kari daging

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan2 kisar bersama cili kisar. Masak dengan api sederhana hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut.
  2. Tuang santan dan biar mendidih, masukkan garam, asam gelugor dan juga kerisik, masak dengan api sederhana sehingga hampir kering. Masukkan gula melaka dan hirisan daun kunyit.
  3. Masak dengan api kecil sehingga rendang kering. Bergantung pada individu, jika mahu rendang basah, boleh matikan api dan jika suka kering, masak lagi hingga kering. Kacau selalu dengan berhati2 untuk mengelakkan rendang hangus.

Lovely Touch:

Pulut Kuning


Dah lama rasa nak mkn pulut kuning ngan rendang ayam..ha..ari ni dah terbuat pun....kalu kat trg org panggil nasi kunyit hi hi..pestime wat nasi kunyit ni selalu mkn je reti...tapi akunya ni tawau skit..terkurang garam gaknye..hahaha...pepun mkn ngn rendang ayam ngam jugak...pergh!!


Nak kena letak jugak ke resepi dia...resepi aku main hentam jek..keke...

Bahan2:

Beras pulut-aku tak ikut sukatan pun..
Santan-pandai2 ler
serbuk kunyit
sedikit garam

Cara2:
Cuci beras pulut then rendam dengan serbuk kunyit beberapa jam,(aku rendam 2 jam lebih je),then toskan.kemudian kukus beras pulut td hingga separuh masak gitu..then angkat..gaulkan dgn santan yang dicampur dgn garam.(kalu nk lg kuning bubuh pewarna kuning sikit),kukus balik hingga masak..habes!!!


Lovely Touch:

Simple Choc cupcake


Salam semua...lama tak hupdate blog..keke..bkn tak msk cuma msk yg simple2 je..simple touch cooking..heh!heh!ari ni buat simple choc cupcake ni..sebenarnya td aku pergi umah my friend,dia baru bersalin...dh lama tak jumpa dia..tp dia takleh mkn lak cc ni,takpe la aku bg kt family dia je..cadang nak hias ngn buttercream tp tak sempat sgt....,tu pun masa bwk td panas2 lagi...huhu...


resepi ku ambil dari k.rinnchan fp
kalu nak tgk step by step blhla tgk kat situ ye..kalu ikut resepi ni leh la dapat dlm 38-40 biji cc saiz sederhana mcm yg aku guna tu..tp aku dah bg kat family aku skit,pastu selebihnya semua bg kat kwn aku tu..tak simpan stock kat umah langsung..hihi..takpe..lain kali aku nak buat lagi..sbb simple dan sedap!!tak caya..cuba try test...ngeh!ngeh!

Simple Choc Cupcake

Bahan-bahan A :
2 cwn tepung serbaguna/tepung gandum
1 cwn serbuk koko
2 tsp baking powder
2 tsp soda bikarbonate
3 tsp serbuk instant nescafe
Secubit garam halus

Bahan-bahan B :
2 cwn gula castor
1 cwn minyak jagung/minyak masak
1 cwn susu cair
3 biji telur

Bahan C :
3/4 cwn air panas (*Air dari dalam thermos, ok )

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk pengadun, campurkan semua bahan A yg telah diayak.
2. Di dalam bekas lain, campurkan semua bahan B dan pukul sebati.
3. Putar bahan B perlahan2 sambil dimasukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Lajukan putaran sehingga semua sebati.
4. Tuangkan air panas dan putar sebati.
5. Isikan ke dalam paperliners atau souffler. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 20min-25min bergantung kpd oven masing-masing. Jika membakar dlm bentuk sebiji kek, gunakan suhu 160 darj cel selama 60min atau sehingga masak.


Lovely Touch:

Sunday, April 26, 2009

Daging masam manis ann de' houzze



Daging masam manis ann de' houzze..chewwah.tetiba rasa nak letak nama aku kat situ..haha kowang jgn jeles ye...ni lauk tghari tadi,resepi diri sendiri punya..

Bahan2:

Daging
3 ulas bawang merah-dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
1/2 inci halia-dikisar
bawang besar-dimayang
2 sudu B cili kisar
1 sudu B sos tiram
3 sudu B sos tomato
1 sudu B sos cili
1 sudu B kicap cair
1 sudu K kicap pekat
gula
daun bawang

Cara2:
tumis bawang dan cili kisar hingga garing, masukkan segala sos dan kicap tadi,dan sedikit gula,kalau perlu tambah sedikit garam,masukkan daging,tambah sedikit air,masak hingga kuah pekat dan daging lembut.masukkan pula bawang besar dan hiaskan dengan daun bawang.habess!!


Lovely Touch:

Saturday, April 25, 2009

Kastard Layer


Ari tu dah pernah wat masuk n3 kastard layer,tapi tu yang sifu aku buat, kali ni ank murid dia la pulak yg terai...aku la tuh...dah lama duk peram resepi,seb baik tak jadi pekasam..hahaha...so kali ni leh la aku letak resepi,untuk yang nak menerai..dipersilakan la....


Kalu dilihat pd bhn2,mmg byk gunakan telur,tapi nk buat dia tu taklah susah mana..cuma main campur2 je..hihi.. moh kita intai resepi ye...

Bahan A:
50gm gula pasir
10 biji putih telur
1 sudu k cream of tartar

Bahan B:
50 gm gula pasir
200gm gandum
3 biji telur kuning
1 sudu K baking powder
1/2 cwn minyak mazola/jagung
1/2 cwn air

Bahan C:(puding karamel)
75gm gula pasir
7 biji kuning telur
1 biji telur (putih + kuning)
1 1/2 tin susu cair

Bahan gula hangus:
3 sudu besar gula

Cara2:
Cairkan gula dlm loyang yang berukuran 9 inci,biarkan ia keras seketika.

Untuk Bahan A:
Pukul putih telur hingga kembang dan gebu, them masukkan gula dan cream of tartar, putar hingga sebati.

Untuk Bahan B:
dlm bekas lain,masukkan kuning telur, gandum, b. powder, minyak dan air, kacau hingga sebati dengan senduk kayu.ketepikan.

Untuk Bahan C:
Dlm bekas lain pula,masukkan 7 biji kuning telur tadi,bersama sebiji telur, gula dan susu cair,then kacau hingga sebati dgn whisk, ketepikan.

Cara2:
1. Masukkan adunan A ke dlm adunan B, (A+B)sedikit demi sedikit,dan gaul hingga sebati sampai habis,bahagikan adunan kepada kepada 2 bhg,satu bhg diletakkan pewarna pink dan e.vanila,satu bahg lagi biarkan dgn warna asal.

2. masukkan kesemua adunan C ke dalam loyang yang berisi gula tadi,then masukkan adunan A+B tadi berselang seli mengikut warna hingga habis. bakar secara double boil selama 1 jam pada suhu 180' @ mengikut oven masing2..habess!!



Lovely Touch:

Friday, April 24, 2009

Satay Ayam


Hari ni aku terima tetamu lagi, kali ni my family plak dtg..dah tiga jumaat berturut2, kami menerima tetamu...so tiap kali jumaat kena la msk byk skit,menu ari ni,ikan bakar,gulai ayam kampung serta ada lagi lauk2 sampingan, dan sempat jugak aku buat puding lapis keladi lg sekali hihihi..tapi semua tu tak masuk blog ek..sebab dah abih..huhu..cuma ari ni aku nak wat masuk n3 satay yang aku mkn mlm tadi....jemput ler tengok ye....



Sebenarnya satay ni aku beli...bukan buat sendiri ye..rajin bebeno ler aku kalu nak menyucuk satay tu..makan je la blh harap!!keke...ni terpengaruh dengan si ann wardrobe tu la,dah dua kali dia msk n3 satay...terliur ler ann...hihi..dah la mlm tadi black out,kilat dan guruh yang teramat lah kuatnya...sempat jugak kuo beli satay..rm 10 hengget..dapat la 30 btg..campur ngan nasi himpit 3 hengget...tapi best ler sbb satay dia beso2..heh!heh!

Lovely Touch:

Wednesday, April 22, 2009

Pecal Timun


Menu untuk tengahari,simple tapi sedap dimakan dan mudah untuk membuatnya...biasa kalu mak bonda yang bua, dia buat pecal mangga,tapi oleh kerana mangga aku dah habih buat kerabu, aku pun tuko lah ngan timun, tapi kalu my MIL,bese gak buat pecal timun ni..memang sedap...Pecal ni ala-ala kerabu jugakla cuma gunakan santan dan sedikit berkuah.



Jom tengok bahan2nya:Resepi dari mak bonda.

Bahan2:

Sebatang timun-diparut@dicincang
3 ulas bawang merah-ditumbuk
1 sudu B lada hitam- ditumbuk
santan secukupnya
garam
gula
perasa


Cara2:
Perah santan dengan air masak, masukkan bawang merah dan lada hitam yang ditumbuk sekali dan timun ke dalam santan,gaul sebati,masukkan pula garam,gula dan perasa secukupnya.jika ingin kuah yang banyak letak santan lebih.

Note: Pecal yang siap harus disimpan dalam peti untuk mengelakkan pecal tersebut basi.

Lovely Touch:

Monday, April 20, 2009

Kerabu Mangga



Aii kecur liur nih...dah lama nak mkn kerabu mangga ni,susah betul nak dapat mangga, kebetulan aku balik umah mak semalam, kakak aku bg mangga muda, apa lagi terus wat projek kerabu..huhu...pasni rasa nak buat projek mangga lagi, tapi mangga susah tol nak dapat,so sesapa yang ada mangga kat umah tu lehla tolong poskan kat aku..kwang!kwang!kwang!
kerabu mangga aku ni simple jek....

resepi:

Mangga- diparut@ dicincang halus memanjang
udang kering-tumbuk sikit
cili padi-dimayang
serai-dimayang
kacang tanah-digoreng
garam
gula
cuka
asam limau

Cara2:
bubuh semua bahan-bahan dlm satu bekas dan gaul sebati.senang je kan...



Lovely Touch:

Jemput-Jemput Telur


Jemput2 ni aku buat untuk mkn pg tadi,pikio punya pikio nak bekpes apa,last2 wat jemput2 very da simple ni...ermmm kenyang jugak pewott aku...heh!heh!

Lovely Touch:

Saturday, April 18, 2009

Puding Laici Dangdut


Ni Desert yang aku sempat buat untuk mlm tadi, simple je...tapi kan aku pun tak tahu kenapa org panggil puding ni puding dangdut,agaknya buah laici yang kat atas puding tu yang duk berdangdut kot!ye ke?hahaha....ntah ler.....puding ni sesuai mkn musim panas.sejuk anak tekak...ank aku pun suka sgt mkn puding ni..resepi aku ambik kat blog k.ummi, dan aku cnp sekali.....bleh ye k.ummi...

Bahan:- (aku buat half je)

  • 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula
  • 2 tin laici (asingkan airnya)
  • 1 tin susu cair
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
  3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.
    (*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)
Lovely Touch:

Bluberry Cheese Cake



Ni aku buat untuk tetamu yang dtg mlm tadi..tapi dah tinggal seco'et ni je..dan mcm biasa ropa takde...hihi...resepi dah pernah letak dulu,kalu nak klik sini ye..



Lovely Touch:

Friday, April 17, 2009

Black Pepper Steak


For Dinner last nigt...beef steak......yang ni pun salah satu projek yang dah lama tertangguh, aku belajar masa kelas yang terdahulu, nasib baik tak berkarat lagi..haha...ok lah tu..pasni kalu nak mkn steak takyah gi kedai leh buat sendiri ye..tapi kan kalu mkn kat kedai rasa cam sedap lagi, yelah sebab kat kedai tu kita bayo...tu yang lagi sedap tuh..betul tak??miahaha..apapun layan je la......


Accessories yang lain tu korang leh tambah sendiri , ikut selera masing2 ler...jom tengok resepi:

Bahan2:Untuk steak

2-3 keping daging sirloin (ikut suka)
1 sudu B lada hitam (dikisar kasar)
2 sudu B kicap soya cair @ kicap seasoning
2 sudu B Gula perang
sedikit tyme @ oregano

Cara2:
Perap semua bahan2 diatas dengan daging sekurang-kurangnya 30 minit,(lagi lama lagi sedap).
bakar diatas non stick pan,gunakan sedikit minyak.jangan masak terlalu lama kerana daging akan menjadi keras.boleh juga dibakar dlm oven.

Bahan2: Untuk Black Pepper sauce(blh buat separuh adunan)

1 sudu B mentega
4 sudu B tepung gandum
4 cawan air rebusan daging
1-2 black trackle (kalu takde xyah letak)
4 sudu B sos tiram
2 sudu B whipping cream@ susu ideal
1-2 sudu B sos plum
2-3 sudu B lada hitam (blend kasar)
sedikit garam

Cara2:
Cairkan mentega dlm periuk,masukkan tepung gandum,kacau hingga sebati,(tidak bergentel), then masukkan air rebusan daging diikuti bahan2 lain.kacau hingga pekat.habess!!selamat mencuba!


Lovely Touch:

Mashed Potato



Mashed Potato ni lagi sedap mkn dgn black pepper sauce,sebab bg aku waster sauce dia kureng menyengat skit.....

Bahan2:

Ubi kentang
susu panas@whipping cream

Cara2:
Bersihkan ubi kentang,belah dua dan direbus,bila masak buang kulitnya dan dikisar @ditumbuk halus, campurkan dengan sedikit susu panas, then gaul sebati.bolehlah discop dgn scop ice-cream dan tuang black pepper sauce di atasnya.


Lovely Touch:

Thursday, April 16, 2009

Freindship Award

Firstly Alhamdulillah syukur kerana dianugerahkan the best blogger,mekasih pada hubby tercinta,mak,ayah...hahaha...weii ingat anugerah ABPBH ke ni??kah!kah!..berangan nya lah puan an ni..wakaka....bila lagi aku nak berangan kan??skali-skala wes....lagipun memang rasa bersyukur sebab ada jugak org ingat kat aku ni..huhu...anyway..thank you to puan Dr. Inahar yg menganugerahkan award ini untukku..sgt terharu..sob!sob!...mekasih krn tak lupa pada kita ye kak...lap uuuuu.....muachhh!!



Lovely Touch:

Nasi goreng Tomyam

Menu untuk tghari very da simple touch cooking..keke....wat nasi goreng tomyam je...resepi dah pernah wat masuk dulu..so kali ni takyah letak le..layan gambo je la...

Ha yang ni semestinya kopok goreng yang dimakan bersama nasi goreng tadi...sikit punya beso kopok ni..korang pernah mkn kopok beso camni tak??kena goreng sekeping2, goreng sekeping penuh koli..haha...ni nama dia kopok ikan parang,memang ler beso bappok..org trg kate...wakaka..harga kopok ni pun beso.....seme beso ler....heh!heh!



Lovely Touch:

Wednesday, April 15, 2009

Karipap Pusing

Ini projek yang tergendala....orang lain dah lama buat,tapi aku baru ari ni datang seru...hihi. ye la kena pulak ngan hujan hari ni..pekena ngan karipap ni..syiok gak...yang kat atas tu Karipap yang aku blajo kat kelas ari tu..


Ni pulak karipap yang aku buat ari ni..keh!keh!apsal ropa takde...


Bahan2:

Untuk bahan Luar:
300 gm gandum
55 gm minyak masak panas
120 gm air + ais
1/8 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit garam

Untuk bahan dalam:
75 gm gandum
35 gm mentega@ marjerin

Cara2:
Bahan Luar:
Masukkan gandum dlm bekas,buat sedikit lubang ditengah then masukkan minyak panas, garam dan air yang bercampur dgn ais.gaul kesemua bahan tadi hingga menjadi doh. then bulat2kan doh seberat 40 gm setiap satu.

Bahan dalam:
Campurkan gandum ngan marjerin, gaulkan kedua-2nya hingga sebati. jadikan adunan sehingga boleh dikepal, kepal lebih kurang berat 10 gm setiap satu.

Inti Karipap
1 sudu b minyak
300 gm ubi kentang- dipotong dadu
1 biji bawang besar-dimayang
1 ulas bawang putih-diketuk@ dimayang
50 gm daging-dipotong kecil2
10 gm rempah daging
5 gm serbuk cili
3 gm garam masala
gula perang (secukup rasa)
garam (secukup rasa)
daun kari (ikut suka)

cara2:
Goreng bwg besar dan ubi kentang seketika @stgh masak, angkat dan ketepikan. goreng pula bawang putih dan daun kari hinggaa naik bau, then masukkan daging, rempah kari (x perlu bancuh air), masukkan juga serbuk cili dan garam masala.goreng seketika then masukkan kentang tadi,bolehlah letak air sedikit, last masukkan gula dan garam secukup rasa.siap!

Kat bawah ni aku tunjukkan macammana cara untu buat kulit luar dan dalam.

Bulatkan kedua2 doh..bahan luar dan bahan dalam, masukkan doh dalam ke dalam doh luar, kemudian bulatkan doh tersebut,lps tu canai sehingga nipis,buat belahan separuh seperti gambar diatas,then gulung secara bertingkat2.
Gulung seperti gambar di atas,(bkn antu bungkus tu ye..heh!heh!) then canaikan balik doh tadi secara memanjang,kemudian gulungkan lagi sekali dan belah dua. canai doh yang dibelah tadi hingga nipis, balikkan kebelakang dan bolehlah diletakkan inti.kelim tepi.




Lovely Touch:


Tuesday, April 14, 2009

Kastard Layer


Satu lagi pembelajaran aku hari ini..chewwah..skema je rasa..


Kastard layer..itulah namanya..lapisan atas caramel, lapisan bawah kek apam!(ye la tu kot)kui!kui!


Sungguh sedap!!!yummy!

Lovely Touch:

Puding Tembikai



Kelas hari ni kitaorang belajar wat puding ni,nama dia puding tembikai..korang mesti pernah makan kan?


Tembikai pink.cikgu aku kata tembikai kacuk..wakaka..


Tembikai kuning


Tembikai Merah

Lovely Touch: