online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.
Showing posts with label kelas masakan. Show all posts
Showing posts with label kelas masakan. Show all posts

Friday, July 17, 2009

Kelas bersama K.Hanieliza


Assalamualaikum semua...lamanya aku bercuti ye...rindu pulak rasanya nak berbloging ni kan??, sebenarnya aku tak kemana2 pun..cuma berehat seketika dari berblog..hihi...windu tol kat kengkawan.....lama tak singgah blog korang, ha.... sekarang aku dah muncul kembali...dah kembali dari bertapa..hihi.. bertapa ngan sifu hanieliza kita ni...dah lama rasanya nak join kelas k.lieza, akhirnya termakbul jugak hasrat di hati...ye la sifu yang banyak ilmu tentang masakan2 ni kan..kalu ada kelas k.lieza lg, InsyaAllah akanku 'attend' lagi..best woo...


Kelas yang aku join kali ni ialah kelas cheese kek, k.liza ajar dua jenis cheese kek ni, yang kat atas tu kek keju bakar..

Yang ni pulak kek keju chilled (sejuk), best woo kek ni,tapi aku lom sempat nak try lagi, memang meletop kek ni...bestnye...nyum!nyum!!






Lovely Touch:

Tuesday, May 5, 2009

Kelas kuih raya daa....


Yeeehaaa..dah masuk kelas kuih ray..bermul bln mei dn seterusny ni,cikgu ku dah tuko menu masak2,kitorang dah start kelas al-kuih raya dan kelas al-kaqku..hihi kelas kek daa...yang kat atas tu semua org tahu dah..kuih almond london..heh!heh!

Yang munga2 ni pulak nama dia kuih bunga tulip,mak aii memang cerewet gilos wat kuih ni..patutla org jual mahal...kena byk sabo kalu dok..munga lain le yg jadik..keh!keh!tgk yg kat atas tu..yg tak mcm ropa munga tulip pun ada da...


Yang ni pulak pun semua org dah tahu..kuih tart le...tart nenas..yang kat atas dia tu cikgu aku tabur ngan cheeseeeeeeeee....ngeh!ngeh!kuih ni kalu guna mesin mmg sekejap dan mudah je buatnya..sapa2 yg modal dia beso leh le beli mesin tu..tapi tak rugi sebab memang untung..cepat je siapnya..tapi gambo kuih tart yang dah masak tak hengat pulak aku nk snap..amponnn!!hihi..


Lovely Touch:

Tuesday, April 14, 2009

Kastard Layer


Satu lagi pembelajaran aku hari ini..chewwah..skema je rasa..


Kastard layer..itulah namanya..lapisan atas caramel, lapisan bawah kek apam!(ye la tu kot)kui!kui!


Sungguh sedap!!!yummy!

Lovely Touch:

Puding Tembikai



Kelas hari ni kitaorang belajar wat puding ni,nama dia puding tembikai..korang mesti pernah makan kan?


Tembikai pink.cikgu aku kata tembikai kacuk..wakaka..


Tembikai kuning


Tembikai Merah

Lovely Touch:

Saturday, April 11, 2009

Sambungan kelas masakan


apa ni???(before)


Ini dia...(After)`


Ini inti dia

Haha..korang nak tahu apa sebenarnya nama kuih tu...senang je....itulah cream puff namanya..wakaka.....

Lovely Touch:


Kelas Lagi...



Tart Kek..



Ni korang mesti dah tahu kan..tak lain tak bukan tart telur




Ni apa ye??cuba korang teka..???(tiru idea encik kasawari jap!hihi)ada yang bulat,ada yang panjang..ngeh!ngeh!

Sebelum masuk n3 kunjungan tetamu ke rumah ku,aku selitkan dulu apa yang aku belajar kat kelas ari jumaat ritu...jom layan...

Lovely Touch:

Monday, April 6, 2009

Serunding Daging

Sebenarnya aku dapat request resepi serunding daging ni dari seseorang,dah lama dia duk mencari resepi serunding ni katanya..so kebetulan masa kelas murtabak ari tu,cikgu aku bagi resepi inti daging,so aku pun nak kongsi la resepi ni...lagipun untuk rujukan diri sendiri jugak!tapi sorry la ek,gambar contoh ndak ada,hanya resepi disertakan..

Resepi serunding daging (boleh cuba setengah daripada bahan2 di bawah dulu)

Bahan2:-

2500 gm daging
250 gm rempah kurma-cap adabi(x perlu bancuh)

1 labu bwg besar-guna bwg india-dikisar

5 labu bwg merah-dikisar

3 inci s
erai-dikisar
50 gm halia-dikisar

Bahan untuk dikisar kering(x perlu digoreng)

1 sudu kecil jintan putih

1 sudu kecil jintan manis

2 sudu B kunyit debu

2 cawan gula
2 sudu B (penuh) garam

1 1/2 cawan minyak


Cara2:

Rebus daging bersama halia,bawang putih,dan sedikit garam hingga daging lembut, kemudian kisar hingga lumat. Tumis bahan yang dikisar tadi hingga garing,kemudian masukkan bahan rempah,jintan manis,jintan putih,serbuk kunyit dan masukkan daging yang dikisar lumat tadi. Akhir sekali masukkan garaam dan gula secukup rasa. Panaskan hingga kering.

Kepada adik Topek harap berpuas hati ye..selamat mencuba..kalu dah try jangan lupa inform kat akak tau!!


Lovely Touch:

Friday, March 27, 2009

Kelas Chicken Chop

Chicken Chop sauce


Chicken chop siap ngan sos nya...


Black Pepper steak


Black pepper sauce


Untuk Ditapau

Assalamualaikum...minggu lalu aku ada ikut kelas, kelas modul pertama aku ketinggalan,tak dpt attend,atas sebab yg tak dpt dielakkan,.untuk modul 2 kelas murtabak raja dan murtabak mini, kali ni modul 3 aku ikut kelas Chicken Chop n sauce,black pepper steak and black pepper sauce and mashed potatto and sauce.lps ni kalu nak mkn steak ke chicken chop ke,takyah gi kedai western food lagi,dah boleh buat sendiri...hihi....tapi untuk resepinya..tada..kena tunggu aku buat dulu ler dan untuk mashed potatto tu aku tak sempat nak ambik gambonye,nanti lah aku try buat dulu ye..heh!heh!


Note: Minggu lepas ikut kelas puding lapis keladi dan kek coklat kukus...nantikan kemunculannya...

Lovely Touch:

Saturday, March 21, 2009

Kelas Murtabak


Hoyee..aku dah masuk kelas...heh!heh!sukanye.....pestime masuk kelas masak ni..tu yang excited je...hari jumaat lepas, aku ikut kelas wat murtabak raja, murtabak mini dan roti canai segera.rupanya senag sesangat kengkawan..so kat sini aku nak kongsi apa yang telah aku belajar!tapi sorry yer coz gambo murtabak mini ni je yang aku leh tunjuk, sbb yg ni aku buat kat umah, murtabak raja atau murtabak lapis tu aku tak leh nak tunjuk pasal aku lupa bawak camera masa blajo ,cuma aku sempat snap ngan handphone je,malangnya kabel h.phone lak ilang ntah ke mana..adoiii!!!kalu korang nk tahu murtabak raja tu berlapis2 (5 layer) patutlah mahal kalu beli pon!so jom kita layan...



Murtabak mini

Untuk kulit murtabak/ roti canai

(untuk sukatan stgh kilo tepung)
500gm tepung gandum
1 1/2 sudu B gula
1 1/2 sudu B minyak
1 1/2 sudu B susu pekat
1 sudu B marjerin
1/2 B sudu garam
1/2 biji telur
250gm air suam

cara2:
campurkan kesemua bahan,uli hingga menjadi doh.(cukup sekadar semua sebati,xyah uli lelama)

inti
(untuk inti aku buat inti sardin coz senang dan sedap, tapi kalu nak guna serunding daging pun boleh)
1 tin sardin besar
1 labu bawang besar (dimayang)
3 biji lada besar merah (dimayang)
2@ 3 biji telur

Tumis dulu sardin bersama bhn2 tadi kecuali telur.(kalau x mau tumis sardin pun takpe!)hancur2kan ikan sardin tadi, bila masak angkat dan masukkan telur.gaul sebati.
then angkat sebati.ketepikan.

untuk doh roti/kulit, bulat2kan adunan (doh) kecil2 lebih kurang 20gm or 30 gm,then masukkan dalam bekas yang diisi minyak masak..biarkan doh tenggelam sikit.buat sampai habis. then bolehlah dicanai..just gunakan pinggan sederhana kecil utk tarik doh roti tadi..kemudian letakkan inti sardin dan bolehlah dibakar dlm pan.seperti goreng roti canai tu...kalu lebih bolehlah disimpan dlm esbox tapi pastikan goreng sedikit...okesss..habess selamat mencuba.

Note: kalu tak paham sorry le,boleh bertanya kat chatbox k!hari ni pun aku ikut kelas chicken chop,untuk n3 nya...tunggukan kemoncolannye!!!heh!heh!heh!

Murtabak ni boleh simpan dlm peti..macam frozen food,boleh simpan dlm esbox, bila kita nak makan just goreng je..kalu hubby or anak2 nak gi keje n skull, aku syorkan korang try make this murtabak mini, siap diorang boleh bawak bekal lagi...sangatlah senangnye....


Lovely Touch: