online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Sunday, November 22, 2009

Banjir!banjir!banjir!

Banjir!banjir!banjir!ujan dok berenti2 ni weh!!!huhu...guane gamok le umah aku ni,jgn ler banjir sampai lam umah..hwaa!!!kalau korang nak tahu,gambar2 ni adalah area umah aku,kat dlm kaw umah aku ni pun dah masuk air tu ha!!bimbang betul kalau ujan berterusan camne la ni..kaw perumahan kat seblah umah aku ni semua dah pindah,air dah naik tinggi woo...

korang doa2kanlah agar umah aku tak dinaiki air,kalu tak kitorang pun kena pindah,tp setakat aku duk kat sini,alhamdulillah tak pernah lagi kena pindah sebab banjir,harap2 tak la ye!!hish!!bimbang neh!!

mee rebus mas des fontaine



Salam semua,lama betul rasa tak ke udara di blogku ini..sebenarnya aku active kat face book cuma kat blog je menyepi seketika..hihi..so sapa2 yg nk tgk aku active tu jemput ler ke face book k!!ni projek semalam punya tak sempat nak masukkan semalam,aku buat mee ni,mee rebus mas des fontaine,ntahla agaknya sama lebih kurang mee jawa kot??ye ke??hihi...ok lah aku lertak resepi kat sini pada sesapa yg nak try ya..mmg sedap banget ni,tak cukup wa cakap lu!!hahaha!!resepi aku ambik dari blog mas des fontaine,thanks sudi share resepi yg sedap ni..


Bahan Untuk Kuah

500g Tulang + Daging
10 biji Bawang Merah
5 biji Bawang Putih
1 inci Halia
1/2 inci Lengkuas
5 btg Serai
50g Udang Kering
25g Rempah Kari
100g Lada Boh
120g Tomato Paste
5 kpg Asam Gelugor
500g Keledek
300g Kacang Tanah
Taucho
Garam dan Gula
Minyak buat menumis

Cara Memasak Kuah
  1. Rebus tulang dan daging untuk dibuat air rebusan.
  2. Rebus keledek sehingga empuk. Kisar keledek apabila sudah sejuk. Boleh gantikan keledek dengan kentang jika suka.
  3. Kacang tanah perlu dipanggang atau digoreng tanpa minyak dan dikisar halus.
  4. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan udang kering.
  5. Tumiskan lada boh dan rempah kari sehingga garing dan pecah minyak. Selepas itu, masukkan bahan (4) yang telah dikisar dan tumis sehingga garing. Kemudian, masukkan air rebusan tulang dan daging, tomato paste, asam gelugor, taucho, keledek dan kacang tanah yang telah dikisar. Keledek dan kacang tanah diperlukan untuk memekatkan kuah mee rebus ini. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak sehingga kuah nampak agak pekat, pecah minyak dan kacang tanah lembut.
Penyedian Mee Rebus

500g Mee kuning (dicelur). Boleh digantikan dengan mee spagheti.
Tauhu (digoreng dan dipotong-potong kecil)
Telur rebus (dibelah dua)
Taughe (dicelur)
Daun sup, daun bawang (dimayang halus)
Lada hijau, lada merah (dimayang bulat-bulat)
Limau kasturi, Bawang goreng

Monday, November 2, 2009

Ayam serai kasturi

Salam semua..menu semalam punya..ayam serai kasturi,ambik resepi kat blog erm..sapa lagi.. CMG..ler....tapi ayam aku ni mcm kurang cili je kan..memang pon!!ahaks!!sbb tu kureng pedas skit,lagipun sian anak2 nak makan,kalu pedas takleh makan lak diorang..ngeh!ngeh! lain kali kena wat kering skit..rasa dia ala2 rendang campur percik..camna tuh???kalu nak tau try la wat...hubby aku pun kata sedap..ye la kalu tak kata camtu ada kang aku tak mo masak..hahahaa....

meh tgk resepi,mcm biasa aku cnp resepi ko mat,mintak izin ek..



BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong ikut suka
2 batang serai, dititik
6 biji limau kasturi, perah jusnya
4 helai daun limau purut
1 cawan susu sejat (mat guna susu sejat "ideal")
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci lengkuas, dibakar*
1 inci halia, dibakar*
3 biji buah keras*
10 biji cili merah*
5 biji cili padi (optional)*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci kunyit hidup, dibakar*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng embal2 (setengah masak), angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai titik dan daun limau purut hingga harum dan terbit minyak (guna api sederhana).
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan tuang susu cair dan air. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat dan tambah jus limau kasturi, gaul rata dan biar masak 1 - 2 minit.
  4. Seimbangkan rasa (harus ada rasa masam2 manis dan haruman serai serta limau kasturi) dan jika semua dah ok, boleh matikan api. Angkat dan hias dengan daun bawang, hidangkan bersama nasi hangat...

Sunday, November 1, 2009

Bulan dikelilingi Pelangi..berlaku sekali lagi!!!Sungguh Menakjubkan...


Salam semua..Di sini ingin aku kongsikan apa yang telah aku lihat malam tadi(31 Oktober 2009), Dalam pukul 9.45pm gitu,kawan aku Ida yang tinggal area berdekatan sini gak call aku cakap suruh pi tengok bln,aku pun apa lagi kuo la tengok kan..ye la peristiwa yg jarang2 berlaku ni mesti lah kita nak tengok sgt!!bila aku tgk je..Subhanallah,sungguh menakjubkan,meremang gak bulu roma aku..haha.. masa tu mybe jiran2 aku pun tak sedar lagi sebab takde sapa pun yg kuo,pastu aku try la ambik gambo..tp sayangnya tak nampak lak pelangi tu,kebetulan hubby lak keje...so aku tak reti la nak ejas camera tu camne..yg aku tahu klik2 je..hihi..(yg kat atas tu bkn gambo aku) kiranya peristiwa ni berlaku agak lama jugak sbb dlm kul 10 lebih gitu aku kuo balik, tgk pelangi masih ada..dan masa tu jiran2 aku pun baru sedar,aku tgk ramai je yang duk ambik gambo gak,tatau la nampak ke tak tu..Kejadian mcm ni kalu tak silap aku baru je berlaku bln lepas,aku tgk dlm blog k.nor KT ,ia terjadi pada 30/9, kira genap sebulan jugak kan..kalau nak tgk bln tu macamana yang aku tgk semalam lebih kurang mcm dlm blog k.nor ni..mintak izin ya k.nor..apapun renung2kanlah..fikir2kanlah..ada jugak aku dengo jiran2 aku cakap nak banjir,wallahuA'lam la kan,mudah2an takde la musibah yg berlaku..itu semua hikmah dari-NYA..Alhamdulillah dapat jugak aku tgk satu keajaiban dari Allah...

*
Thanks to Rob Studdert at Digital Image Studio for the moon corona photo !!!