online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Friday, May 22, 2009

Sorry Kawan2...

Salam semua....firstly nak mintak maaf pada semua kwn2 sebab lately agak2 jarang meng'update' n3,ini kerana aku sedikit busy dan lepas ni pun aku lagi2 lah bizi,maklumlah aku ni kan baru nak berjinak2 dgn dunia busines gitu..hihi..InsyaAllah korang doakan lah kejayaan aku ye...so kalu aku lama tak buat n3 tu korang paham2 la..tp aku cuba sedaya upaya untuk mengupdate n3 baru bila ada kelapangan...dan Untuk pengetahuan semua, aku akan ke KL, 24hb ni,dan akn stay kat sana 2,3 hari..so cuti berblog lagi...hihihi..., see you guys, love you all.. i'll be right back and update new n3...by!by!

Tuesday, May 19, 2009

Kerabu Mangga Sotong


Ha..yang ni memang aku tak tahan..kalu tengok mesti tangkap leleh punya..wakaka..semalam hubby balik keje dia bawak balik buah pelam epal 2 biji...kawan dia bg..huh boleh tahan beso gak..lam kepala aku ni takde lain dah,ingat kat kerabu mangga je... sotong pun ada kat lam esbox,apa lagi sebiji pelam dah selamat jadi kerabu..kui!kui!campur ngan sotong plk..pergh takleh nak ckp(masuk bakul angkat sendirik) haha..bahagian ratah je sepinggan ko...kalu dah mkn memang rasa xmo berenti...adeh ler...tak hengat donia!!!

Resepi sama je ngan resepi kerabu mangga sebelum ni cuma kali ni aku tambah ngn sotong..buah pelam epal ni lagi sedap rasa dia sebab lemak2 masam gitu..haha..bukan lemak manis ye!!hahaha...ada lagi sebijik..ngah pikir nak buat apa lak!!kerabu lagi ka??

Lovely Touch:

Ayam Masak Lemak cili Api


Yang ni lauk semalam,tak dan nak publish..bz ngn apa ntah ek??hihi..ayam masak lomak cili api ni memnag akunya peberet,cuma yang ni aku masak guna susu cair,dah aku suruh hubby aku beli kelapa parut dia kata mengantuk,maklumlah dia baru balik keje mlm, so aku bantai je la ngn susu cair,erm best jugak,bagus untuk kesihatan apa!kebetulan ada plk daun kunyit kat lam esbox,so aku taruk skali la...lagi menambahkan rasa dia..len kali leh la cuba guna susu lagi..hihi..

Lovely Touch:

Fruit Tartlet


Sapa nak mkn fruit tart??angkat mouse masing2..hihi..sebenonya fruit tartlet ni bkn aku yg buat,tapi kawan aku yang bagi,bila ek?2 hr lps kot..lambat skit aku publish,duk peram dlm folder dulu..heh!heh!niway..mekasih Ida..ida ni dia pregnant..hari tu lg duk ckp ngn aku nak mkn fruit tart..akhirnya terbuat jugak ida ek??ye la sian kt baby lam perott tu,nnti meleleh plk liuq dia..hahaha...

Lovely Touch:

Monday, May 18, 2009

Anakku Punya keje....


Haha..tengok lah anak bertuah aku ni...abih serbuk koko aku dikojekannya...habih satu satu badan dia mandi koko...nak cantik kan kulit kot!wakaka..weii...anak aku boy la ...hahaha...sebenonya tu lebihan koko yang aku buat kek semalam,kwn hubby yg tempah..camne aku tak tersedar plk anak aku ambik bekas tu..dah tu apa lagi..mandi serbuk koko la jawabnya..abah dia terus snap gambo sblm mandikan dia..Muiz oo Muiz..macam2 la dia ni..huhu...

Lovely Touch:

Sunday, May 17, 2009

Asparagus bersos tiram


asparagus ni sebenonya request hubby aku, tiap kali tgk asparagus mesti dia nak beli punya...aku masak ngn sos tiram campur ngn ikan bilis je skit..takyah resepi lah ye..bese2 je..mls tol nak naip ni..huhu...


Lovely Touch:




Ketam Bercili


Lahai..maap le ye..dah lama tak masuk n3 bergambo,asyik masuk n3 tak bergambo je,hihi...ari ni aku masak ketam bercili ni,semalam gi pasar malam tgk ketam sikit punya besar,aku pun apa lg beli lah 3 ekor..iskh tapi kan kalu ketam ni kena mkn kedian takleh mkn ngn nasi le...sbb payah skit nak mkn kan??tapi sbb dah lama tak pekena ketam aku bantai jugak la..heh!heh!kalu ketam ni bese2 masak cili je la yg aku suka,resepi takyah la kot,sbb sama je ngn sesetengah n3 aku yg lain,cuma kali ni tuko ketam jek...okes!!

Lovely touch:

Align Center

Thursday, May 14, 2009

Resepi Nasi Dagang Terengganu

sebenonya untuk resepi ni takde gambo ye..just aku ltk resepi je...sebab request dari k.jun yang tgh mengidam nak mkn nasi dagang..ahaks!!(jgn mare k.jun haha..)..ye la baik buat sendiri kan kita lg puas hati..kalu beli tu kdg2 tak menepati citarasa,,kalu duk belah trg ni takpe la..mmg senang nk cari nasi dagang...hihi.....resepi ni adalah resepi family turun temurun....

Untuk nasi:(yg ni sukatan untuk 1 kg beras, bahan2 ikut anggaran shj)


1 kg beras biasa
1 cawan@cetong beras pulut
santan dari 1 biji kelapa(diasingkan santan pekat dan cair)
bawang merah(-agak2 je..dimayang halus)
sedikit halia (dimayang halus memanjang)
sedikit halba-(direndam hingga kembang)
garam
gula

cara2:
campurkan beras biasa dan beras pulut ,gaul sebati dan rendam 7-8 jam @ semalaman. kukus dlm kukusan sehingga beras masak(takyah taruk apa2 just campuran beras tu je)..then bila masak bubuh santan cair dlm nasi tadi, gaul sebati then kukus balik hingga masak. dlm bekas lain, masukkan santan pekat,garam,gula, kacau sebati.bila nasi sudah betul2 masak angkat,curahkan santan pekat tadi biar serata ke atas nasi,masukkan bawang hiris,halia dan halba sekali, then gaul biar semuanya sebati dan serata..bolehlah dihidangkan.

Note: Santan cair juga boleh digantikan dengan air.Pastikan juga gunakan air masak untuk memerah santan pekat.

Untuk Gulai:(bahan2 boleh anggar sendiri)
Bahan kisar:
bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas
cili kering@lada boh

Bahan lain:
Ikan aya@tongkol yang telah dikukus
4@5 sudu rempah mentah cap bunga ros-(ikut byk mana nak buat)
gula melaka@nissan
santan
asam keping
lada jarum(takyah tumbuk)
belimbing buluh
garam
gula
perasa

Cara2:
kukus ikan aya semalaman..lg lama lg sedap.
di dlm periuk lain,masukkan santan, gula melaka dan asam keping ,masak hingga menggelegak, masukkan pula bahan kisar(takyah tumis),bubuh garam,gula dan perasa. biar menggelegak bubuh ikan,masak hingga pecah minyak,last bubuh lada jarum dan belimbing buluh then bolehlah diangkat.

Note:Rempah cap bunga ros kat sini senang nak dpt,kalu kat negeri lain tak pasti lak.. hidangkan bersama acar timun dan carrot...lagi sedap!!selamat mencuba.

Oklah k.jun harap puas hati lah ye..kalu tak paham tu leh tanya saya balik k..buat sedap2 tau..hihi...untuk sesiapa yg ingin mencuba pun boleh..silakanlah..




Lovely Touch:


Tuesday, May 12, 2009

I Feel Better

Assalamualaikum semua...seperti yang korang tahu semalam mood aku down sikit..perlu ruang untuk berfikir...untuk menenangkan diri, untuk membaikpulihkan hatiku yang tak berapa nak ok ni..biasa la kan..kita ni ada hari bergumbira..ada hari bersedih-sedih-an...tp ari ni dah ok..takmo simpan lelama..tak bagus untuk kesihatan dan kecantikan..wakaka..(perasan cantekkk!!)...so drpd memikirkan sesuatu yg sedih..baik kita pikir yg mendatangkan pekdah skit kan..ok la kengkawan..aku nak pikir camane nak menambahkan pendapatan ni..huhu...hrp2 apa yg dirancang akan berjalan dengan lancar selancar-lancarnya..muehehehehe....korang doakanlah semoga aku berjaya ye...


Note: Projek masih dlm pembikinan...heh!heh!

Lovely Touch:



Monday, May 11, 2009

Bad Day....Sad Day.....



Aku yang tgh sedih:

Moist Choc Cake For Mother's Day

Akhir2 ni kerap bebeno wat kek cekelap..sampai dah terasa muak dah nak makan,tapi buatnya tak muak..suka...hihi...sampai cik hubby pun dah naik muak dengo aku nak buat kek cekelat ni..muak2 pun bantai jugak sekeping dua..hahaha...


Wakaka...korang mesti gelak habess tgk kek aku ni..kek ni aku bawak ke kelas masak semalam sempena hari ibu..ye la kat kelas tu kan ramai ibu-ibu...kunun2nya nak tulis la kt atas kek aku tu,mls nk bancuh cream..aku bantai je ngn white choc..sudahnya..mmg hampeh tol..sampai kt kelas mmg dah tak nmpok apa yg aku tulih..seme dah sebati..dah la tulisan tu huduh yg amat...hihihi...takpe la..janji dah licin diorang ngap!!

Lovely Touch:

Muffin Strawberry


Muffin strawberry ni sebenonya aku buat masa ari jumaat hari tu,tp tak sempat nak publish dek kebizianku ini..chewwahh..bz sgt ke???hahaha..kalu tengok muffin aku ni togel je kan..mmg tak sempat nak hias..ingat nak hias ngan buah stobery,memandangkan buah stobery kat umah aku ni tak berbuah(tak cukup sejuk kot!!..wakaka..)..so takpe la togel pun togel la.cuma aku letak filling kat atas dan kat dlm muffin tu..


resepi aku c n p yang mat gebu je lah..sbb aku ambik dari blog dia..blh ye mat..mcm tak biasa plak.kekeke..cuma rasa muffin ni manis skit..next time kena kurangkan gula dia...bahaya!!boleh kencing manis ko!!!

Bahan-Bahannya :-)
180 g mentega
140 g gula halus
2 biji telur gred A
100 ml susu segar
220 g tepung gandum)
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh strawberry emulco

Cara membuatnya :-)
  1. Putar mentega bersama gula hingga putih. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis. Gaul rata.
  2. Masukkan strawberry emulco dan gaul hingga sebati. Sudukan adunan ke dalam muffin cup atau paper cup yg dialas dalam acuan muffin sebanyak 3/4 penuh.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 18 - 20 minit (bergantung pada oven masing2). Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidangkan...




Lovely Touch:

Saturday, May 9, 2009

Happy Mother's Day...

Happy Mother's Day Today!!10 Mei 2009..Mekasih to all my friend yang sudi bagi kad dan wish hari ibu untuk aku..Selamat hari Ibu Untuk semua yang bergelar Ibu..Hargailah ibu2 kita kerana mereka amat bermakna buat kita..hapyy Mother's Day to my Mom..and also to my Mother In Law..love U so muahhhhhh!!!!!muahhhh!!!

Ini kad dari shay...terima kasih sangat2 kat shay sbb sudi bg kad ni kat kita..shay ni rajin mencantikkan blog dia..kalu tak caya korang jenguk la blog dia..memang cantik..kan shay..hihi


kad yang atas dan bawah ni diberi oleh k.zai yang memang terrer memasak..ghajin betul ibu sorang ni..blh dinobatkan ibu mithali gitu..ye dok k.zai..bila lah leh rasa masakan k.zai ni ye...ngeh!ngeh!mekasih k.zai..





Kad yang kat atas ni pulak dari k.Ina kl..ibu kepada 5 org anak..k.ina pun memang rajin masak..semoga K.Ina terus menjadi Ibu yang Mithali ye kak...hihi..mekasih k.ina..aii possing kat masjid terapung ye kak ina??


Ni pulak kad dari si Farah..mommynya si Cha..hihi..selamat hari ibu farah..cepat2 le tambah bilangan ahli koge tu..si Cha dok sabo2 doh nok adik tu wes..hahaha...mekasih ye farah..

Friday, May 8, 2009

Ikan Kerapu Stim Limau


Ni menu tghari..resepi letak kedian....tak sempat ler..nak balik kg sat..see u oll tomorrow...heh!heh!


Sebenarnya resepi dah pernah letak..cuma kali ni ni lebihkan jus asam limau bio rasa masam tu lebih skit dan taruk lada putih skit..resepi klik sini ok..btw..ikan aku ni takde ropa ikan kan?presentation mmg fail la...miahaha...

Lovely Touch:

Sambal Bilis Berapi


Layan gambo dulu ye..tak sempat nak cite ni..aku letak resepi kedian...sedap ni..berasap idung.telinga seme..ngeh!ngeh!
Sebenonya aku mkn sambal ni masa aku balik umah mak bonda ritu..wat mkn ngn bubur..mmg sedap woiii..letak cili byk2 bio berasap telinga..wakaka...


Resepi:

Bahan2:
Ikan bilis
bawang merah kisar
bawang putih kisar
cili kisar
cili padi

Cara2:
Goreng ikan bilis hingga garing angkat,toskan dan tumbuk dgn cili padi,ketepikan.goreng bhn kisar hingga garing,tambahkan sedikit gula dan gaulkan dgn bilis yg ditumbuk td..pergh..mmg sedap,kalu mkn ngn nasi panas atau bubur mmg sesuai sesangat!!


Lovely Touch:

Bak Choy Bersos Tiram


Nama aja sayur bak choy,tapi yang banyaknya kat situ tauge..hihi...layan je la...

Lovely Touch:

Thursday, May 7, 2009

Award Warna Warni


Firstly nak mintak maaf sgt2 kat akak kirana coz lama sgt duk peram award ni..ambiknya dah lama tp ari ni baru publish..maaf ek akak..dan tima kasih sgt2 sudi bg award ni walaupun kita baru kenal....semoga perkenalan kita ni kekal berpanjangan ye k.kirana...memang ceria tol award ni..kekeke...

Lovely Touch:

Tuesday, May 5, 2009

Kelas kuih raya daa....


Yeeehaaa..dah masuk kelas kuih ray..bermul bln mei dn seterusny ni,cikgu ku dah tuko menu masak2,kitorang dah start kelas al-kuih raya dan kelas al-kaqku..hihi kelas kek daa...yang kat atas tu semua org tahu dah..kuih almond london..heh!heh!

Yang munga2 ni pulak nama dia kuih bunga tulip,mak aii memang cerewet gilos wat kuih ni..patutla org jual mahal...kena byk sabo kalu dok..munga lain le yg jadik..keh!keh!tgk yg kat atas tu..yg tak mcm ropa munga tulip pun ada da...


Yang ni pulak pun semua org dah tahu..kuih tart le...tart nenas..yang kat atas dia tu cikgu aku tabur ngan cheeseeeeeeeee....ngeh!ngeh!kuih ni kalu guna mesin mmg sekejap dan mudah je buatnya..sapa2 yg modal dia beso leh le beli mesin tu..tapi tak rugi sebab memang untung..cepat je siapnya..tapi gambo kuih tart yang dah masak tak hengat pulak aku nk snap..amponnn!!hihi..


Lovely Touch:

Saturday, May 2, 2009

Ikan siakap masak tiga rasa



Ni lauk tengahari tadi, dah abih dah pun tinggal rangka ikan je lagi...muahaha....lauk ni request dari my hubby,so kena lah wat untuk hubby tercintaku ni kan...match ngan lauk tumis air pedas bayam..walla.....resepi ambik dari k.hanielieza fp,cuma time hiasan tu aku tak taruk sbb takde stock..resepi c n p je ngan k.lieza.blh ye kak...keke..

IKAN 3 RASA

Bahan

1 ekor ikan bawal atau siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]
Tepung jagung [untuk salut ikan]
1 labu bawang besar ] mayang
2 ulas bawang putih ]
1 s/b halia
Minyak untuk goring ikan

Bahan Sos
½ cawan sos tomato
3 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
1 s/b sos plum (yg ni aku tambah)
3 s/b air
1 s/k gula

Bahan Hiasan
1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm]
2 biji cili merah ]
2 biji cili hijau ] mayang
2 biji buah tomato [belah 4

Cara
1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dn kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi.
4. Kacau rata sehingga mendideh. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
5. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan.



Lovely Touch:

Friday, May 1, 2009

Apam Marmar


Hari ni sakit kepala plk..agaknya cuaca panas sgt kot...hihi..tp sempat lagi aku buat apam marmar ni..dah tgn ni mcm gatal je nak wat kue..so terjadilah kue apam ni, dulu dah pernah wat apam ni,pestime buat tu..aku tak letak ovallate,so apam aku tu macam segan je nak lembut..wakaka...tapi ni second time buat..erm dah jadi lembut gebus...saja aku wat bentuk kecik2,senang nak ngap!!berkaler-kaler lak apam aku ni..miahaha...


Baru masak je tadi anak aku dah kebas 5,6 biji..suka plk dia..lapo gaknye...erm katanya apam ni dari indon..kalu nak tgk resepi klik kat sini..

Lovely Touch:

Sayur PedasUmbut Kelapa Sawit


Korang pernah mkn tak umbut kelapa sawit??aku pun pestime dengo dan pestime mkn ni..bese mkn umbut kelapa je...yang ni ada tambah sawit plk kat bakang..hahaha....tp rasa dia lebih kurang umbut kelapa la cuma yg ni lebih lembut...ayah aku kata umbut kelapa sawit lg sedap...ntahla...

Sebenonya lauk ni kakak aku yg buat..ada org bgumbut tu kat dia..so dia bg la kat aku skit..kbtulan plk aku gi umah dia smlm,dah ada rezeki aku..miahaha...tp kt sini aku letaklah jugak resepi dia sebab aku dah pernah masak lauk ni tp guna nangka muda..ngeh!ngeh!

Bahan2:

umbut kelapa @ umbut kelapa sawit @ nangka muda} dipotong memanjang
bawang merah} ditumbuk
bawang putih} ditumbuk
halia} ditumbuk
lengkuas} ditumbuk
kunyit hidup} ditumbuk
lada hitam} ditumbuk
sedikit ikan bilis
sedikit cili padi } ditumbuk
santan secukupnya
garam
gula

Cara2:

Masukkan umbut kelapa sawit bersama2 ngan santan, bahan2 yang ditumbuk dan ikan bilis, masak atas dapur hingga menggelegak, masukkan garam dan gula..biarkan umbut lembut dan bolehlah dihidangkan.habess!!

Lovely Touch: