online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Wednesday, July 21, 2010

Ikan goreng mangga

Assalamualaikum semua...uhuk!uhuk!batuk2..masuk umah yg penuh habuk ni..huhu..lama betul tak menghupdate...seb baik tak jadi pekasam ko blog..nasib ler..huhu...kali ni nak kongsi satu resepi je ,oleh kerana mangga kat umah sdg lebat berbuah,tak bleh thn tgk,so kita watlah ikan masak mangga ni..tapi aku pepandai lak ubah nama ikan goreng mangga ..ampooonn!!!tp best woo,kalu tak caya try la,rasa dia ala2 pecal pun ada,kerabu pun ada,kalu gabung dua2 tu jadi apa eh?hohoho..korang pikir sendirik lah eh..ni salin resepi yg ku ambik dr my resepi,terima kasih pd penyumbang resepi ni' kawan'..mabeles!!selamat mencuba!!


Bahan-bahan ( 2-4 orang )

  • 1 ekor ikan kerapu digoreng dengan tepung-aku guna ikan kembung jew!!
  • 2 biji mangga muda dihiris halus dan panjang-panjang
  • 4 biji cili api dihiris
  • 3 biji cili merah dihiris nipis
  • 4 biji bawang merah dihiris nipis
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 2 cawan santan1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan sos ikan

Cara-cara

  1. Campurkan santan, sos ikan dan gula.
  2. Kemudian masak di atas api yang kecildan biar sehingga ia mendidih.
  3. Padam api dapur,masukkan bawang merah,cili api, cili merah dan daun ketumbar.
  4. Gaul hingga rata.
  5. Letakkan ikan di dalam pinggan dan taburkan mangga yang telah dihiris halusdi atas ikan.
  6. Kemudian tuangkan kuah yang telah dimasak ke atas ikan dan hidangkan.

Tuesday, April 20, 2010

Tuan umah tak sihat!!

Hai ubat hai ubat..mari makan ubat...huhu....Salam semua..ha korang tgk lah ubt2 yang aku kena makan ni..ni ubt dari 2 buah klinik yg aku pergi,masuk kali ni sebenarnya dah 3 buah klinik aku pergi..ubt2 ni ada yang dah nak habih pun,tp sakit tak ilang gak lagi..
Dan bulan ni jugak aku bercuti dari membizikan diri membuat kek..memang kena rehat dulu la ni nampaknya..segala tempahan terpaksa lah ku tolak dulu..sorry ye my beloved customer..hihi..
ok lah,kalu korang nak tahu..lps baik demam ari tu(3 hari demam), aku diserang sakit bahu plk,sakitnya melarat hingga ke telinga dan kepala,semuanya belah kiri..runsing jugak sebab sebelum ni tak pernah sakit camni..sakit dia tu rasa cam sengal2 je kat bahu,kat telinga,kat kepala..huhu..so bila buat check-up,doktor kata saraf, dan aku ni kekurangan kalsium,tulang tak kuat kew??huk!huk!
memang ler kalu aku pusing2 tgn belah kiri ni rasa sakit je,siap berbunyi2 lagi tu...huhu..tapi yang tak thn tu bila sakit ni dia mai skali ngn gastrik aku..huhu...tak bley nak cakap weh..tarik nafas pun sakit kat kedua2 belah bahu...campur ngn senak perut lagi..sabo je la..sebenarnya aku ni memang ada penyakit angin dlm badan,memang penyakit keturunan tu..bila mai angin tu tak tahan..huh....dan untuk pgtahuan semua,dah 2 minggu sakit bahu aku lom ilang lagi..sakit apakah aku ni?..sakit ni akn bertambah sakit bila menjelang malam,agaknya sebab tido lam ekon,doc pun kata kalu kena ekon lagi la sakit,dahla aku ni takde isi tinggal kulit ngn tulang je kat lengan ni ha...huhu..

pastu pagi td plk..rasa kaki ngn tgn belah kiri plk mcm berat je..adeh..melarat plk dah..kalu dah melarat macam ni tak blh dibiarkan lagi..nak kena jumpa ngn pakar jugak ni,baru puah hati kan??apapun korang doa2kanlah kesihatan aku ni yeap..moga2 aku dijauhkan dari penyakit yang tak diingini..amin!!

spagheti bebola daging


resepi:(resepi sdn bhd)

spagheti
1 biji bawang besar(cincang halus)
3 ulas bawang putih(cincang halus)
1 sudu B cili kisar
1 sudu B cili sos
2 sudu B tomato sos
2 biji buah tomato(cincang halus)
spagheti sos(aku guna yg traditional tu-byk mana ikut suka hati ler)
bebola daging
isi udang
cheese(untuk tabur)

cara2:
tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing,then masukkan cili kisar
tumis hingga garing,barulah masukkan segala sos yang ado!!!last masukkan bebola,isi udang dan buah tomato..then bolehlah dihidangkan bersama spagheti dan taburkan cheese ke atasnya..emmm sedapnya!!nyum!nyum!

Salam semua..sihat ke?aku macam ni ler..masih tak sihat sepenuhnya..bila la agaknya nak sihat seperti sedia kala ni yeap...bila bdn tak sihat ni,terasa malasnya lah nak masak2,kemas rumah..segala..maklumlah bdn jadi letih rasa nak tido,tido,tido je keje..huhu...
oklah...walaupun tak berapa sihat tp aku masih mampu lagi nak duk kat dapo tau..bknnya sakit sampai takleh bangun pun..cuma mood je kureng skit..hihi..so spagheti yang korang tgk kat atasa tu menu semalam punya,nak cite sikit,punyalah aku ni lapo,mkn spagheti ni bkn main byk weh..sampai bertambah tp malangnya masuk pinggan yg ke-2 dah takleh nak habiskan,sbbnya,penyakitku tiba2 datang menyerang lak..aduh sakit weh..terpaksalah tinggalkan spaghetiku tu..uhuk!uhuk!adakah aku mkn terlalu byk?huh...
mungkin korang tertanya2 apalah gaknye penyakitku tu..haha...nanti aku cite di lain rancangan okey...by!by!

Saturday, April 10, 2010

Award dari nenek


Salam semua,dah lama rasanya tak terima award dari kengkawan,ye la tuan umah pun asyik takdek kat umah je kan..manalah org nak kasi ..hihi...apapun jutaan terima kasih pada nenek yang sudi kasi award ni kat kita,walaupun dah lama diberi,kawan2 yg lain pun dah lama tayang kat blog memasing..hihi..maap ye nenek lambat bebeno kita menayangkan award ni..thanks again ye nenek...ingt jugak kat cucu ni..ahaks!hai bila lah kita dpt pakai crown tu ek>ada peluang ke>huhu..kalu tekde peluang tu..hmmm berangan je la...hahaha....okes friends...chow lu...

Friday, April 9, 2010

Salam bersiaran

Salam bersiaran semua...hihi...ari ni tuan umah dtg nak bersih kan habuk2 ,sawang2 segala..huhu..lama bebeno tak 'mengemas' kat umah ni...penuh ngn segala mcm benda dah ni...haha...ntah la ek sejak akhir2 ni malas je nak meng'update' blog..skali ingt mcm nak bersara je..tp sayang plk..sbb dengan berblogging ni la aku knl ramai kawan2 cyber,dan ada beberapa org yg dah jumpa pun...suka sgt...
Sebenarnya sejak berkecimpung dalam business baking ni,masa untuk mengupdate blog pun sgt lah kurangnya, kalu masak2 pun jarang sgt nak ambik gambo ,kdg tak sempat,kdg lupa..huhu..lgpun sejak akhir2 ni kesihatan aku plk tak brp nak baik..'sakit' ku ni blm ilang2 lagi..ntah nape lah..dah mkn ubt,dah berurut,tp tak jgk ilangnya...sampai nk wat keje pun takde mood je..huhu...so kwn2 dote blog..aku letaklah menu yg simple2 je yg sempat aku buat...ok layanzz....akan kesihatan ku kembali pulih ok..tq..
so ari ni dah alang2 angin rajin dtg nk mengupdate

Baked Potato and frittata cheese


yg ni menu 2,3 ari lps,saja nk perabihkan kentang yg mertua aku bg..kang kalu bio lelama tak elok plk kentang tu kan..so aku try la buat frittata ni,resepi kak ummi,saya mintak izin kongsi resepinya di sini yeap!!mekasih akakku cayam!hihi

Baked potato and frittata cheese

Bahan-bahan ( loyang bulat 7 in )

  • 4 biji kentang sederhana besar (800 gm)
  • 4 biji telor - dipukul sikit
  • 1/2 cawan daging cincang (hirisan sosej pun boleh)
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • 2 labu bawang besar - hiris nipis/dadu
  • 1 sudu besar hirisan daun parsley (boleh juga letak daun sup)
  • 1 cawan parutan cheddar cheese / mozarella cheese

Cara-cara

  1. Preheat oven pada suhu 180 C dan griskan loyang.
  2. Parut kentang dan perah buang sedikit airnya.
  3. Campurkan semua kentang, telor, sausage, tomato, bawang, daun sup/parsley dan separuh parutan cheese.
  4. Gaul rata dan tuangkan ke dalam loyang. Tabur rata lebihan parutan cheese tadi.
  5. Bakar selama 40 minit atau sehingga kekuningan.
  6. Sejukkan dan potong untuk hidangan bersama sos cili dan mayonis.

Jemput2 kentang


Belen2 kentang yg tinggal tu,aku buatlah jemput2 kentang ni..saja ubah selera skit kan..buat minum petang ok jugak..resepi ni pun ambik kt umah k.ummi..hihi...blh ye kak ummi,dititipkan resepinya disini ya buk!haha..

POTATO FRITTERS

Bahan:
  • 5 - 6 biji kentang (kupas dan basuh bersih)
  • 4 sudu besar tepung jagung (sukatan boleh adjust secukupnya)
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telor - dipukul sedikit
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa

Cara-Cara:-

  1. Kentang diparut hingga habis dalam penapis. Sambil tu, biarkan airnya keluar sekejap sambil ditekan2 sikit parutan. Buangkan airnya.
  2. Masukkan parutan kentang dalam mangkuk sesuai. Tambah tepung jagung, tepung gandum, lada sulah dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan telor dan gaul sebati kesemuanya. (Adunan mmg berair sedikit)
  4. Panaskan minyak dalam kuali secukupnya untuk goreng terendam. Sudukan adunan dan goreng hingga kuning keemasan atau garing lagi sedap. (Balik-balikkan selalu ya, agar rangup)
  5. Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran.