online users
Awal Kalam...
Friday, January 15, 2010
Oreo Cheese cake!!
Monday, December 28, 2009
Chocolate Banana Cake
Chocolate Banana Cake Recipe(aku guna pan (9")
- 2 cups (400 grams) granulated white sugar
- 1 3/4 cups (245 grams) all-purpose flour
- 3/4 cup (75 grams) cocoa powder
- 1 1/2 teaspoons baking powder
- 1 1/2 teaspoons baking soda
- 1/2 teaspoon salt
- 2 large eggs
- 1 cup mashed ripe bananas (about 2 medium sized bananas)
- 1 cup (240 ml) warm water
- 1/2 cup (120 ml) milk
- 1/2 cup (120 ml) safflower or canola oil
- 1 1/2 teaspoons vanilla essence
- Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place rack in the center of the oven.
- Butter, or spray with a non stick vegetable spray, a 9 x 13 inch (23 x 33 cm) pan. Set aside.
- In a large bowl whisk together the sugar, flour, cocoa powder, baking powder, baking soda, and salt. Set aside.
- In another large bowl, whisk together the eggs, mashed bananas, water, milk, oil, and vanilla extract.
- Add the wet ingredients to the dry ingredients and stir, or whisk, until combined. You will notice that the batter is quite thin.
- Pour the batter into the prepared pan and bake for about 35 to 40 minutes or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean.
- Remove from oven and let cool on a wire rack.
Saturday, December 19, 2009
Kek Nestum Lemon
175 gm mentega, didadu
170 gm gula halus (castor)
Kulit daripada 1 biji lemon, diparut
3 biji telur yang besar
Jus daripada 1 biji lemon
100 gm tepung berserbuk penaik (self-raising flour),
diayak bersama 1 sudu teh serbuk penaik
55 gm bijirin Nestum
2-3 sudu besar susu
Cara
Gris bahagian tepi dan lapis dasar acuan kek 18-cm. Pukul mentega dan gula halus sehingga ringan dan gebu. Tambah kulit lemon dan telur, sebiji demi sebji. Masukkan jus lemon. Kemudian, campur bahan yang diayak bersama-sama bijirin Nestum, kaup dan balikkan. Tambah cukup susu sehingga adunan meleleh dengan mudah dari
hujung senduk. Cedok adunan ke dalam acuan dan ratakan permukaannya. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan 175°C selama kira-kira 1 jam sehingga 1 jam 10 minit atau sehingga kek masak.
Cotton soft ja[anese cheese cake & Bake makaroni
140g/5 oz. fine granulated sugar
6 egg whites
6 egg yolks
1/4 tsp. cream of tartar
50g/2 oz. butter
250g/9 oz. cream cheese
100 ml/3 fluid oz. fresh milk
1 tbsp. lemon juice
60g/2 oz. cake flour /superfine flour
20g/1 oz. cornflour (cornstarch)
1/4 tsp. salt
Instructions:
1. Melt cream cheese, butter and milk over a double boiler. Cool the mixture. Fold in the flour, the cornflour, egg yolks, lemon juice and mix well.
2. Whisk egg whites with cream of tartar until foamy. Add in the sugar and whisk until soft peaks form.
3. Add the cheese mixture to the egg white mixture and mix well. Pour into a 8-inch round cake pan (Lightly grease and line the bottom and sides of the pan with greaseproof baking paper or parchment paper).
4. Bake cheesecake in a water bath for 1 hours 10 minutes or until set and golden brown at 160 degrees C (325 degrees F).
Makes 1 (8-inch) cheesecake, 12 servings.
Monday, June 15, 2009
Kek Marble Trio
Kek ni adalah antara kek yg plg kerap aku buat,mmg puas hati dan tersangatlah lembut gebunya...mekasih sgt2 kat mat gebu sbb sudi kongsi resepi ni...memang power you!!
Monday, May 11, 2009
Moist Choc Cake For Mother's Day
Wakaka...korang mesti gelak habess tgk kek aku ni..kek ni aku bawak ke kelas masak semalam sempena hari ibu..ye la kat kelas tu kan ramai ibu-ibu...kunun2nya nak tulis la kt atas kek aku tu,mls nk bancuh cream..aku bantai je ngn white choc..sudahnya..mmg hampeh tol..sampai kt kelas mmg dah tak nmpok apa yg aku tulih..seme dah sebati..dah la tulisan tu huduh yg amat...hihihi...takpe la..janji dah licin diorang ngap!!
Saturday, April 18, 2009
Bluberry Cheese Cake
Ni aku buat untuk tetamu yang dtg mlm tadi..tapi dah tinggal seco'et ni je..dan mcm biasa ropa takde...hihi...resepi dah pernah letak dulu,kalu nak klik sini ye..
Thursday, April 2, 2009
Kek Lumut
Ni satu lagi resepi yang aku ambik dari umah mat gebu, kebetulan ari ni terlebih mkn vitamin 'R',so terjadilah sebijik kek lumut..sebenonya kan bila tgk je resepi kat blog mat,aku terus salin je,sebab nampak cam sedap dan unik je ..nama pun unik kan??
Resepi macam biasa lah,aku ni kan kenapa ek,kalu bab nak taip resepi..adeh la..bkn malas!tapi tak berapa nak rajin je..sama ke?ke?hahaha...mat aku tahu ko rajin taip resepi,aku pun sama..rajin c n p resepi ko..miahaha...sorry mat ye....tima kasih daun keladi untuk mat,kalu buleh aku c n p lagi ye!!heh!heh!heh!
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mentega
3/4 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan nestum
1/2 cawan seri kaya
1 camca teh esen vanilla
Pewarna hijau secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan kukusan, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Satukan tepung, horlicks dan nestum, gaul rata. Ketepikan.
- Putar mentega dengan gula halus hingga putih, tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, kacau rata.
- Masukkan seri kaya dan susu pekat manis, putar lagi hingga rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan campuran tepung, horlicks dan nestum tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
- Akhir sekali masukkan pewarna hijau, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi. Tutup dengan aluminium foil dan ikat kelilingnya dengan tali rafia, kukus 2 1/2 jam hingga 3 jam. Aku kukus 2 jam lebih je,kalu ikut mat gebu dia kukus 3 jam.
Lovely Touch:
Tuesday, March 17, 2009
Kek Marble Trio
resepi c n p..matnye....
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate-(aku tak letak)
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence
CARA MEMBUATNYA :-)
- Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
- Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
- Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
- Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
Lovely Touch:
Sunday, March 15, 2009
Saje nak cite...
Banana split lagi...anak tekak rasa cam nk mkn banana split je...aku wat je la..yg simple2..tak la mcm yang kat kedai tu....yang ni aku buat sendiri..sempoi!!!!!
Ari tu ank aku gi majlis besdey anak sedara aku punya kawan..tapi oleh kerana aku nak balik cepat,tak sempat ank aku ni nak mkn kek besdey tu..so sian gak kat dia kan..abah dia pun pi la bwk dia gi kedai kek..alih2 kek ni jugak yg dia nak!siap ada kete tu!adoila anak aku ni..mainan org laki plk dia pilih...adeh!!!
Dah anak beli kek,ibu dia pun nak jugakk!!!huhu...cheese chocholate moist lagi...tu ari stobery..ni ari chocholate plop!ni lah kek peberet aku kalu nak tahu..kalu gi kedai kek..mmg kek ni kira tahap wajib beli tu...wajib???sedap wooooo.....sila jamu mata ye..jgn lupa telan liur sekali..kah!kah!kah!
Lovely Touch:

Sunday, March 1, 2009
Strawberry cheese cake
Hahaha..cantik tak kek aku ni...erm..korang jangan tertipu ye...sebenarnya kek tu aku beli kat kedai..kwang!kwang!kwang!hari ini rasa nak mkn ciss cake je..nak buat brg plk takde,so tadi masa kuo beli barang singgah kedai kek terus beli kek ni..ingat nak beli cheese chocolate moisse tapi takde plk..terus sambar stoberi cis kek ni..nyum!nyum!hihihi..jgn mara.....
Lovely Touch:
Thursday, February 12, 2009
Blueberry cheese cake
resepi asalnya adalah dari k.norzailina(thank you k.norz)
bahan-bahan:
350gm krim keju (philadelphia)
80 gm mentega
180gm krim putar(whipping cream)
20gm tepung jagung
20gm tepung superfine
4 biji kuning telur
4 biji putih telur
80gm gula kastor
1/2 sudu kecil garam
lapisan bawah/crust
100gm biskut disgestive/oreo/marrie(dikisar halus)
60gm mentega (cairkan)
utk hiasan
200gm krim putar(whipping cream)-pukul smpai gebu, tapi jgn terlalu lama coz cream akn jadi cair balik.
250gm inti blueberry
cara-cara:
gaul serbuk biskut dan mentega cair, tekan dlm acuan dan masukkan dlm peti sejuk selama 10 minit. pukul krim keju shg licin dan masukkan maentega,pukul hingga sebati.Then masukkan krim putar dan kuning telur sebiji demi sebiji,pukul hinga sebati lagi.. masukkan pula kedua2 jenis tepung tadi dan kacau sebati.ketepikan. pukul telur putih,gula dan garam sehingga gebu spt teknik marique. akhir sekali kaup balik putih telur dlm adunan krim keju tadi sehingga sebati lagi..then masukkan dlm acuan tadi. bakar selama 150' c selama 1 jam 10 minit. sejukkan kek yg sdh masak sebelum disimpan dlm peti ais selama 2 jam,then bolehlah dihias.
tips: kek ni memang sedikit rumit tapi memang sgt sedap, sebenonya kalu letak topping coklat lagi sedap sbb kalu aku beli kt kedai aku lbih suka yang ada topping coklat, tapi mahal wehh..rm5.60 per slice.dok tahu takut harga dia berubah doh...
Lovely Touch:
Wednesday, February 11, 2009
kek coklat lembap
Kek coklat ni dah banyak kali aku buat, resepi dia pun aku dah letak dlm kepala aku ni...sebelum ni aku pernah cuba byk resepi kek coklat, semuanya tak memuaskan hati..tapi resepi kek ni..memang betul2 menjadi dan betul2 moist. kalu korang tak caya..cuba lah wat sendiri....hi hi!sebenonya kek ni aku buat untuk majlis jamuan group hubby aku mlm tadi, fuhh memang dpt pujian wa cakap lu...kembang habislah aku yg tak kembang2 ni..eheh!heh!jom kita tengok resepi nak?
bahan-bahan:
2oo gm mentega (kira buttercup saiz biasa tu korang buang suku je)
2 cawan tepung gandum(diayak)
1 cawan serbuk koko(1/2 cwn pun boleh dan diayak)
2 cawan air panas
1 3/4 cawan gula(kalu suka manis skit guna 2 cawan dan diayak juga)
4 biji telur
1 sudu esen vanila
1 sudu teh baking powder
untuk ganache(topping)
175gm coklat nasakan(dicincang halus)
75ml krim putar(whipping cream)
1 camb mentega tanpa garam
cara-cara:
pukul gula dan mentega hingga kembang, pastu masuk lak telur sebiji demi sebiji,masukkan e.vanila, then satukan serbuk koko dan air panas tadi,jadikan paste, tunggu hingga ia suam sikit baru campurkan dengan bahan2 tadi dan diselang selikan dengan tepung.kalu nak sedaplagi masukkan serbuk badam.then masukkan dlm loyang dan bakar suhu 170'c selama 1 jam.
untuk topping:
letak coklat masakan ,krim putar dan mentega dlm periuk atau mangkuk.masak secara double boiler dgn api yang perlahan hg hmpir mndidih. kacau coklat sehingga sebati dan tidak bergentel.biarkan sejuk seketika sebelum dihiaskan di atas kek.habessss!
Lovely Touch:
Tuesday, January 20, 2009
Kek coklat badam
Minum petang hari ni aku buat pecial skit, rasa nak makan kek coklat la pulak, memandangkan bahan2nya pun dah tersedia ada kat umah, so petang tadi jadilah kek coklat aku yang dicampur dan dihias dengan kepingan badam. Kat sini aku masukkan gambar kek coklat tu, jangan ada yang meleleh air liur udah ler.......
Friday, January 16, 2009
Chocolate Banana Cake
|
|
| ||||||
[b]Chocolate Sponge cake:[/b]
Bahan A 3 biji kuning telur size A ( atau 4 biji kuning telur size sederhana)
100 gm. gula kastor
120 gm. tepung naik sendiri
1/2 tsp. Baking powder
1/2 tsp. Bicarbonate of Soda
50 gm. minyak jagung ( saya guna minyak masak biasa aje)
1 teasp. vanilla essence
Bahan B
30 gm. serbuk koko + 120 gm. air panas - kacau hingga rata dan hancur semua serbuk koko.
Bahan C
3 1/2 biji putih telur size A (atau 4 1/2 biji putih telur size sederhana)
1/4 tsp Cream of Tartar
60 gm. gula kastor
Cara-caranya:
(1) Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun dan kacau dengan senduk kayu hingga sekata.
(2) Campurkan Bahan B ke dalam adunan tadi dan kacau hingga sekata.
(3) Kemudian pukul putih telur dan cream of tartar dari Bahan C selama 2 min. Selepas itu, tuangkan gula sedikit demi sedikit ke dalam putih telur dan pukullah sehingga kembang dan gebu .( Perhatian: Semasa mengasingkan putih telur dan kuning telur, pastikan kuning telur tidak pecah dan tidak termasuk ke dalam putih telur walaupun sedikit. Pemukul telur juga kena pastikan ianya kering dan tidak berminyak).
(4) Campurkan campuran kuning telur ke dalam campuran putih telur. Kaup balikkan adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.Selepas itu tuangkan ke dalam acuan kek yang bulat 9" dan bakar.
(5) Bakar pada suhu 175C lebih kurang 50 mins atau sehingga masak.
(6) Sejukkan kek di wire rack dan belah kepada 3 lapisan.
Chocolate mousse:
250 gm. Non-Dairy Whip Cream
150 gm. Dairy whip cream
1 tsp. essence vanila
1 sudu makan rata serbuk gelatin yang halal.Campurkan bersama 4 sudu makan air dan microwavekan untuk 20 saat .(Bagi yang tak mahu menggunakan gelatin, boleh gantikan dengan agar-agar serbuk dan sekiranya tidak mempunyai microwave, double boilkan gelatin sehingga hancur)
50 gm. serbuk koko } ( serbuk koko dan gula ising di ayak bersama)
80 gm. gula ising }
1 1/2 sudu makan Nescafe } ( Campurkan nescafe bersama air panas)
1 1/2 sudu makan air panas }
1 sudu makan "Kahlua" atau "Tia Maria" coffee liquer ( Saya gunakan chocolate emulco aje)
2 - 4 biji pisang Del Monte atau pun pisang berangan - dihiris tebal
Cara-cara membuat chocolate mousse:
(1) Pukul kedua-dua whipping cream secara berasingan. ( Untuk dairy whipping cream, pukul sehingga ia menjadi pekat sahaja. Sebaik sahaja ia menjadi pekat terus berhenti dari memukulnya. Sekiranya terus memukul ia akan menjadi cair. Untuk non dairy whipping cream, kita boleh terus memukul sehingga ia menjadi lebih kurang tiga kali ganda kembangnya.)
(2) Kemudian campurkan kesemua bahan untuk mousse termasuklah kedua-dua whipping cream yang telah dipukul tadi. ( Pastikan campuran gelatin atau agar-agar serbuk tadi tidak sejuk. Sekiranya telah sejuk ia akan menjadi beku dan bergentel2. Sebaik-baiknya campuran gelatin ini disediakan setelah kesemua bahan untuk mousse telah dicampurkan)
(3) Sapukan 1/3 dari chocolate mousse ke atas lapisan pertama sponge kek. Susunkan hirisan pisang di atas chocolate mousse dan letakkan lapisan kedua dia atas susunan pisang tadi. Lakukan perkara yang sama untuk lapisan kedua. Kemudian letakkan pula lapisan kek yang ketiga.
(4)Tutupkan keseluruhan kek tadi dengan chocolate mousse dan simpan di dalam peti sejuk sehingga chocolate mousse keras.
(5) Selepas itu tuangkan pula chocolate coating yang dah sejuk ke atas kek ayng disalut chocolate mousse tadi. Biarkan campuran chocolate tadi mengalir ke bawah secara perlahan.
(6) Hiaslah kek tersebut mengikut citarasa dikehendaki dan simpan dalam peti sejuk hingga coating keras.
(7) Potonglah menggunakan pisau yang telah direndam dengan air panas untuk dihidangkan.
Chocolate Coating
35 gm serbuk koko
50 gm gula kastor
150 gm. Dairy whipping cream ( saya gunakan non dairy whipping cream sebab kehabisan dairy whipping cream)
80 gm. chocolate masakan - dihiris-hiris.
30 gm. Butter
Cara membuat Coating untuk kek:
Letakkan bahan-bahan ke dalam mangkuk dan double boilkan sehingga campuran tadi menjadi pekat. Sejukkan dahulu sebelum tuang ke atas kek.
Wednesday, January 14, 2009
Kek lobak merah
180 gm mentega
150 gm gula kastor
3 biji telur
240 gm tepung naik sendiri
150 gm lobak merah, dikisar
30 gm walnut, dikisar
Parutan kulit 1 biji oren
60 ml jus oren
3 camca besar susu segar
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, kacau rata.
3. Bubuh tepung naik sendiri diselangseli dengan jus oren dan susu.
4. Akhir sekali masukkan lobak merah, walnut dan parutan oren.
5. Ratakan di dalam tin 20 cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilengser marjerin.
6. Bakar pada 190 C selama 1 jam atau hingga masak.
Cheesecake
225 gm biskut marie, dikisar halus
80 gm gula kastor
75 gm mentega cair
350 gm krim keju (Philadelphia)
2 biji telur
100 gm gula kastor
1/2 camt vanila
2 camb serbuk koko
Cara2:
Satukan 3 bahan pertama, tekan ke dalam tin berukuran 18 cm yg boleh ditanggalkan kelilingnya. (Atau alas tin dengan kertas foil supaya kek mudah keluar).
Pukul 4 bahan berikutnya hingga kembang. Ambil anggaran 1/2 cawan, campurkan dengan koko. Tuangkan adunan biasa dan berkoko berselangseli ke dalam tin. Lorekkan dgn hujung pisau menjadi corak marble.
Bakar pada 180 C selama 45 min. Biar sejuk di dalam oven kemudian keluarkan dan simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum disajikan.
kek kukus prun
Bahan2
8 biji kuning telur
3 biji putih telur
50 ml susu cair
1 sudu besar Quick 75/ovalette
225 g gula kastor
100 ml susu pekat
220 gm tepung serbaguna
125 ml minyak jagung
200 gm prun, dihiris halus
Cara membuatnya:
1. Pukul kuning telur, putih telur, susu cair, vanila, Quick 75, gula kastor, garam, susu pekat dan tepung hingga gebu dan kembang.
2. Masukkan pula minyak dan prun, gaul rata-rata dengan senduk kayu. 3. Alas tin 20 sm dengan kertas kalis minyak, lengserkan.
4. Tuangkan adunan dan tutup (longgar dengan foil).
5. Kukus selama 1 jam atau hingga masak.
6. Biar kek sejuk atas redai sebelum dihiris.
Thursday, January 8, 2009
Kek Coklat Lembap
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air (campur dgn 2 sudu nescaffe)
Bahan B
2 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan serbuk koko} diayak
1 sudu kecil baking powder} diayak
2 cawan tepung gandum} diayak
Topping
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
Pukul telur hingga kembang, masukkan gula dan pukul lagi. kmdian masukkan minyak masak, lepas tu masuk bhn2 yang diayak tadi selang selikan dengan bahan A tadi. Gaul hingga sebati. Bakar suhu 170'c sampai masak la...

