Salam semua,lama betul rasa tak ke udara di blogku ini..sebenarnya aku active kat face book cuma kat blog je menyepi seketika..hihi..so sapa2 yg nk tgk aku active tu jemput ler ke face book k!!ni projek semalam punya tak sempat nak masukkan semalam,aku buat mee ni,mee rebus mas des fontaine,ntahla agaknya sama lebih kurang mee jawa kot??ye ke??hihi...ok lah aku lertak resepi kat sini pada sesapa yg nak try ya..mmg sedap banget ni,tak cukup wa cakap lu!!hahaha!!resepi aku ambik dari blog mas des fontaine,thanks sudi share resepi yg sedap ni..
Bahan Untuk Kuah
500g Tulang + Daging
10 biji Bawang Merah
5 biji Bawang Putih
1 inci Halia
1/2 inci Lengkuas
5 btg Serai
50g Udang Kering
25g Rempah Kari
100g Lada Boh
120g Tomato Paste
5 kpg Asam Gelugor
500g Keledek
300g Kacang Tanah
Taucho
Garam dan Gula
Minyak buat menumis
Cara Memasak Kuah
500g Tulang + Daging
10 biji Bawang Merah
5 biji Bawang Putih
1 inci Halia
1/2 inci Lengkuas
5 btg Serai
50g Udang Kering
25g Rempah Kari
100g Lada Boh
120g Tomato Paste
5 kpg Asam Gelugor
500g Keledek
300g Kacang Tanah
Taucho
Garam dan Gula
Minyak buat menumis
Cara Memasak Kuah
- Rebus tulang dan daging untuk dibuat air rebusan.
- Rebus keledek sehingga empuk. Kisar keledek apabila sudah sejuk. Boleh gantikan keledek dengan kentang jika suka.
- Kacang tanah perlu dipanggang atau digoreng tanpa minyak dan dikisar halus.
- Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan udang kering.
- Tumiskan lada boh dan rempah kari sehingga garing dan pecah minyak. Selepas itu, masukkan bahan (4) yang telah dikisar dan tumis sehingga garing. Kemudian, masukkan air rebusan tulang dan daging, tomato paste, asam gelugor, taucho, keledek dan kacang tanah yang telah dikisar. Keledek dan kacang tanah diperlukan untuk memekatkan kuah mee rebus ini. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Masak sehingga kuah nampak agak pekat, pecah minyak dan kacang tanah lembut.
Penyedian Mee Rebus
500g Mee kuning (dicelur). Boleh digantikan dengan mee spagheti.
Tauhu (digoreng dan dipotong-potong kecil)
Telur rebus (dibelah dua)
Taughe (dicelur)
Daun sup, daun bawang (dimayang halus)
Lada hijau, lada merah (dimayang bulat-bulat)
Limau kasturi, Bawang goreng
500g Mee kuning (dicelur). Boleh digantikan dengan mee spagheti.
Tauhu (digoreng dan dipotong-potong kecil)
Telur rebus (dibelah dua)
Taughe (dicelur)
Daun sup, daun bawang (dimayang halus)
Lada hijau, lada merah (dimayang bulat-bulat)
Limau kasturi, Bawang goreng
No comments:
Post a Comment