online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Saturday, December 19, 2009

Kek Nestum Lemon

Memandangkan hari ni aku pree,duk sesaja je,takde pe nak buat,tambah plk mood rajin datang,apalagi projek menge'Kek' pun bermula,pikir punya pikir nak wat kek apa,at last aku decide nak buat kek nestum lemon,saja nak perabihkan lemon belen buat soft japanese cheesecake yg marbeles tu ari!hihi...kek ni pun aku tgk ramai rakan2 blogger yg dah buat,aku ni slalu ketinggalan bas kew??huhu!!papun kita layan je la!!!

kek ni sepatutnya lagi moist,tp yg ni,aku xmo dia jadi moist sgt sbb aku tak brp nak suka kalu kek yang ada lemon terlalu moist2 sgt!(pelik ke?)ngeh!ngeh! so aku modipy skit spy tak moist sgt,maaf ye tuan empunya resepi.walaubagaimanapun kek ni tetap gak moist sikit dan memang lembut sesangat,kalu tak caya terai ler!!resepi aku kopipes ngn bro rozzan,(sumber : Puan Betty Saw) thanks for sharing this recipe!

Bahan-Bahan
175 gm mentega, didadu
170 gm gula halus (castor)
Kulit daripada 1 biji lemon, diparut
3 biji telur yang besar
Jus daripada 1 biji lemon
100 gm tepung berserbuk penaik (self-raising flour),
diayak bersama 1 sudu teh serbuk penaik
55 gm bijirin Nestum
2-3 sudu besar susu

Cara
Gris bahagian tepi dan lapis dasar acuan kek 18-cm. Pukul mentega dan gula halus sehingga ringan dan gebu. Tambah kulit lemon dan telur, sebiji demi sebji. Masukkan jus lemon. Kemudian, campur bahan yang diayak bersama-sama bijirin Nestum, kaup dan balikkan. Tambah cukup susu sehingga adunan meleleh dengan mudah dari
hujung senduk. Cedok adunan ke dalam acuan dan ratakan permukaannya. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan 175°C selama kira-kira 1 jam sehingga 1 jam 10 minit atau sehingga kek masak.

1 comment:

aman said...

pasnie, bleh suh adik Aman try wat nie. hehe~

Post a Comment