online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Friday, April 9, 2010

Salam bersiaran

Salam bersiaran semua...hihi...ari ni tuan umah dtg nak bersih kan habuk2 ,sawang2 segala..huhu..lama bebeno tak 'mengemas' kat umah ni...penuh ngn segala mcm benda dah ni...haha...ntah la ek sejak akhir2 ni malas je nak meng'update' blog..skali ingt mcm nak bersara je..tp sayang plk..sbb dengan berblogging ni la aku knl ramai kawan2 cyber,dan ada beberapa org yg dah jumpa pun...suka sgt...
Sebenarnya sejak berkecimpung dalam business baking ni,masa untuk mengupdate blog pun sgt lah kurangnya, kalu masak2 pun jarang sgt nak ambik gambo ,kdg tak sempat,kdg lupa..huhu..lgpun sejak akhir2 ni kesihatan aku plk tak brp nak baik..'sakit' ku ni blm ilang2 lagi..ntah nape lah..dah mkn ubt,dah berurut,tp tak jgk ilangnya...sampai nk wat keje pun takde mood je..huhu...so kwn2 dote blog..aku letaklah menu yg simple2 je yg sempat aku buat...ok layanzz....akan kesihatan ku kembali pulih ok..tq..
so ari ni dah alang2 angin rajin dtg nk mengupdate

Baked Potato and frittata cheese


yg ni menu 2,3 ari lps,saja nk perabihkan kentang yg mertua aku bg..kang kalu bio lelama tak elok plk kentang tu kan..so aku try la buat frittata ni,resepi kak ummi,saya mintak izin kongsi resepinya di sini yeap!!mekasih akakku cayam!hihi

Baked potato and frittata cheese

Bahan-bahan ( loyang bulat 7 in )

  • 4 biji kentang sederhana besar (800 gm)
  • 4 biji telor - dipukul sikit
  • 1/2 cawan daging cincang (hirisan sosej pun boleh)
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • 2 labu bawang besar - hiris nipis/dadu
  • 1 sudu besar hirisan daun parsley (boleh juga letak daun sup)
  • 1 cawan parutan cheddar cheese / mozarella cheese

Cara-cara

  1. Preheat oven pada suhu 180 C dan griskan loyang.
  2. Parut kentang dan perah buang sedikit airnya.
  3. Campurkan semua kentang, telor, sausage, tomato, bawang, daun sup/parsley dan separuh parutan cheese.
  4. Gaul rata dan tuangkan ke dalam loyang. Tabur rata lebihan parutan cheese tadi.
  5. Bakar selama 40 minit atau sehingga kekuningan.
  6. Sejukkan dan potong untuk hidangan bersama sos cili dan mayonis.

Jemput2 kentang


Belen2 kentang yg tinggal tu,aku buatlah jemput2 kentang ni..saja ubah selera skit kan..buat minum petang ok jugak..resepi ni pun ambik kt umah k.ummi..hihi...blh ye kak ummi,dititipkan resepinya disini ya buk!haha..

POTATO FRITTERS

Bahan:
  • 5 - 6 biji kentang (kupas dan basuh bersih)
  • 4 sudu besar tepung jagung (sukatan boleh adjust secukupnya)
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telor - dipukul sedikit
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa

Cara-Cara:-

  1. Kentang diparut hingga habis dalam penapis. Sambil tu, biarkan airnya keluar sekejap sambil ditekan2 sikit parutan. Buangkan airnya.
  2. Masukkan parutan kentang dalam mangkuk sesuai. Tambah tepung jagung, tepung gandum, lada sulah dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan telor dan gaul sebati kesemuanya. (Adunan mmg berair sedikit)
  4. Panaskan minyak dalam kuali secukupnya untuk goreng terendam. Sudukan adunan dan goreng hingga kuning keemasan atau garing lagi sedap. (Balik-balikkan selalu ya, agar rangup)
  5. Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran.

No comments:

Post a Comment