Awal Kalam...
Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.
Bergedil ni pun sama aku buat untuk mkn ngan soto,tapi diorang makan skali ngan bakso, sedap jugak ko...sampai tak cukup bergedil aku ni...tapi korang try la memang tak mengecewakan..aku ambik dr my resepi from Diana A
bahan2:(30 biji)
1 kilo kentang (kupas kulitnya dan potong nipis bulat)
300 gm daging cincang
2 biji telur(asingkan kuning & putih)
3/4 cwn bwg goreng
secekak daun sup(dicincang)
2 ulas bwg putih
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukupnya.
Cara2:
1- Panaskan kuali dan goreng kentang yg tlh dipotong bulat,bila masak,angkat dan toskan.then tumbuk lumat.
2-Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. then tumis dgn sedikit minyak,bila dah garing bolehlah masukkan daging cincang tadi,masak hingga daging bertukar warna dan airnya kering.
3- Campurkan daging yg tlh masak tadi kedlm kentang yg ditumbuk lumat,masukkan juga 2 biji kuning telur,bwg goreng dan daun sup.gaul rata adunan.then bentukkan seperti bergedil.
4- Panaskan minyak,biar betul2 panas,kalu tak bergedil senang pecah.celup ke dlm 2 biji telur putih then goreng dlm minyak panas.
Tips: Untuk mengelakkan bergedil pecah,jgn balik bergedik sehingga ia betul2 garing.ok..habess!!
Lovely Touch:
Puding lapis keladi ni aku buat masa keluarga mertua datang tempoh ari,puding ni aku blajo masa dalam kelas masak aku tu ler..kau mkn puding ni kan,rasa cam takmo berenti je..heh!heh!...tu la aku ingat puding ni bakal dikomersialkan nanti(nak business nih),sebab puding ni sesuai untuk sebarang majlis.. ada sesapa nak order ke??hihi..
kat sini aku letaklah resepi untuk yang rajin nak mencubanya....harap leh paham lah ye dgn penerangan aku tu..miahaha..
Bahan2:
Lapisan A:
13 gm agar2 serbuk
220 gm gula pasir
1000 gm air
1 sudu pewarna purple dan perisa keladi
Lapisan B:
6gm agar2 serbuk
500gm air
250gm susu pekat
1 biji kuning telur(pukul)
1 sudu tepung jagung(bancuh ngn sedikit air)
Lapisan C:
22gm agar-agar serbuk
1000gm air
500 gm susu pekat
1 biji kuning telur
1 sudu B tepung jagung
250gm isi keladi@ubi kentang yang telah direbusdan diblend(aku guna ubi kentang)
cara2;
masak semua lapisan A hingga larut dan mendidih,kacau dgn whisk,then tuang dlm loyang yang bersaiz 12x12 @ 9x9(dpt dua adunan).biarkan suam2 sikit.
masak pula lapisan B,masak agar2 hingga betul2 larut,then masuk susu pekat,tepung jagung dan last masuk kuning telur,masak hingga mendidih.biarkan adunan sedikit sejuk.
rasa adunan A dgn jari,biar sedikit bergetah then boleh dituangkan lapisan B scr perlahan-lahan.
masak lapisan C,seperti lapisan B tadi then last masuk ubi yg tlh diblend td,rasa adunan B dgn jari,biarkan sedikit bergetah,bolehlah masukkan adunan C perlahan-lahan.tak perlu tunggu adunan sejuk.siap!Selamat mencuba!
Note:tunggu adunan betul2 sejuk dulu baru letak dlm esbox.
Lovely Touch: