online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Sunday, April 12, 2009

Puding Lapis Keladi

Puding lapis keladi ni aku buat masa keluarga mertua datang tempoh ari,puding ni aku blajo masa dalam kelas masak aku tu ler..kau mkn puding ni kan,rasa cam takmo berenti je..heh!heh!...tu la aku ingat puding ni bakal dikomersialkan nanti(nak business nih),sebab puding ni sesuai untuk sebarang majlis.. ada sesapa nak order ke??hihi..


kat sini aku letaklah resepi untuk yang rajin nak mencubanya....harap leh paham lah ye dgn penerangan aku tu..miahaha..

Bahan2:
Lapisan A:
13 gm agar2 serbuk
220 gm gula pasir
1000 gm air
1 sudu pewarna purple dan perisa keladi

Lapisan B:
6gm agar2 serbuk
500gm air
250gm susu pekat
1 biji kuning telur(pukul)
1 sudu tepung jagung(bancuh ngn sedikit air)

Lapisan C:
22gm agar-agar serbuk
1000gm air
500 gm susu pekat
1 biji kuning telur
1 sudu B tepung jagung
250gm isi keladi@ubi kentang yang telah direbusdan diblend(aku guna ubi kentang)

cara2;
masak semua lapisan A hingga larut dan mendidih,kacau dgn whisk,then tuang dlm loyang yang bersaiz 12x12 @ 9x9(dpt dua adunan).biarkan suam2 sikit.
masak pula lapisan B,masak agar2 hingga betul2 larut,then masuk susu pekat,tepung jagung dan last masuk kuning telur,masak hingga mendidih.biarkan adunan sedikit sejuk.
rasa adunan A dgn jari,biar sedikit bergetah then boleh dituangkan lapisan B scr perlahan-lahan.
masak lapisan C,seperti lapisan B tadi then last masuk ubi yg tlh diblend td,rasa adunan B dgn jari,biarkan sedikit bergetah,bolehlah masukkan adunan C perlahan-lahan.tak perlu tunggu adunan sejuk.siap!Selamat mencuba!

Note:tunggu adunan betul2 sejuk dulu baru letak dlm esbox.





Lovely Touch:

No comments:

Post a Comment