Sebenarnya aku dapat request resepi serunding daging ni dari seseorang,dah lama dia duk mencari resepi serunding ni katanya..so kebetulan masa kelas murtabak ari tu,cikgu aku bagi resepi inti daging,so aku pun nak kongsi la resepi ni...lagipun untuk rujukan diri sendiri jugak!tapi sorry la ek,gambar contoh ndak ada,hanya resepi disertakan..
Resepi serunding daging (boleh cuba setengah daripada bahan2 di bawah dulu)
Bahan2:-
2500 gm daging
250 gm rempah kurma-cap adabi(x perlu bancuh)
1 labu bwg besar-guna bwg india-dikisar
5 labu bwg merah-dikisar
3 inci serai-dikisar
50 gm halia-dikisar
Bahan untuk dikisar kering(x perlu digoreng)
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
2 sudu B kunyit debu
2 cawan gula
2 sudu B (penuh) garam
1 1/2 cawan minyak
Cara2:
Rebus daging bersama halia,bawang putih,dan sedikit garam hingga daging lembut, kemudian kisar hingga lumat. Tumis bahan yang dikisar tadi hingga garing,kemudian masukkan bahan rempah,jintan manis,jintan putih,serbuk kunyit dan masukkan daging yang dikisar lumat tadi. Akhir sekali masukkan garaam dan gula secukup rasa. Panaskan hingga kering.
Kepada adik Topek harap berpuas hati ye..selamat mencuba..kalu dah try jangan lupa inform kat akak tau!!
Lovely Touch:
online users
Awal Kalam...
Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.
Monday, April 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment