online users
Awal Kalam...
Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.
Monday, September 28, 2009
Makan2 kat pizza hut...
Sunday, September 27, 2009
Kisah raya ke-3
Al-kisahnya,raya ke-2 pulak aku dah kena balik umah aku kat paka..seb baik kampung dekat je kan..hihi..oleh kerana nak kena siapkan kek hantaran pertunangan adik ipar aku dan pihak perempuan jugak,,so kena lah balik awal sikit,nasib baik ada 'pembantu' yang tolong aku..terima kasih pada 'pembantuku' itu heh!heh!
Raya ke-3 tu,after zohor , bergeraklah rombongan meminang dari pihak lelaki, (pihak kami la tu) , ke umah pihak perempuan, pun dekat je, sekampung..so meh layan gambo2 kat bawah ni..
Raya ke-3 tu,after zohor , bergeraklah rombongan meminang dari pihak lelaki, (pihak kami la tu) , ke umah pihak perempuan, pun dekat je, sekampung..so meh layan gambo2 kat bawah ni..
Suasana hari raya...
Selamat hari raya, hari untuk bersuka ria...selamat kami ucapkan untuk kita hingga sampai tahun depan!!hihi..nyani jgn tak nyanyi...
selamat hari raya maaf zahir batin pada semua kawan2...amacam raya??mesti meriah kan? ye la seme berkumpul ramai2, yang jauh yang dekat semua balik kampung..aku pun balik kampung gak..ahaks!!walaupun kampung dekat je..hari2 pun boleh balik kampung..haha..raya pertama ritu kitorang raya kat umah mertua..tengok tu ramai kan keluarga kami, tu tak masuk semua..ada lagi yang tak balik tu..apapun meriah sangat bila dapat kumpul ramai2, tambah pulak hari raya..macam2 hidangan ada..nyum!nyum!tapi tak ambik gambo plak tang makanan tu..ngeh!ngeh!..
Monday, September 14, 2009
Kad Raya dari kawan2..

Salam semua...ni musin tempek kad 2 raya yang di beri oleh kawan2 cyber..terima kasih sgt2 pada k.inahar, k.norli dan k.ayu, coz sudi bagi kad raya pada kita..ingat jugak kat kita ye..uhuk!!nanti kalau datang terengganu jgn lupa koling2 kita tau, leh kita bg kopok lekor pree..hihi...sayang korang semua!!niway..dah dekat2 nak raya ni aku nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin pada semua pengunjung2 blog aku nih, terima kasih kerana setia mengunjungi blog aku...jgn jemu2 berkunjung ke sini lagi ye!!sorry jugak sbb tak sempat nak tempek kad raya untuk diberi pada kawan2..tp yang penting korang sentiasa di hatiku...tv9 ahaks!!dah dekat2 nak raya ni, aku dah mula membizikan diri dalam dunia membaking! chewwah!!!betolll!!aku bz sgt nih..sampai nak wat kuih raya pun tergendala..adeh!!beli gak nampaknya nih!..la ni nak kena siapkan tempahan orang...sepanjang bln pose ni pun byk rezeki datang,Alhamdulillah sgt2, sbb tu aku tak ter'update' masakan2 yang dihidangkan di bln pose kat umah aku nih..bz wes!!so penat jugak..hihi..InsyaAllah, lepas raya plk ler main masak2 k!haha...panjang lebar lak celoteh acik an kali ni..mekasih le pada yang sudi baca..ngeh!ngeh!ampun maaf dipinta pada semua..selamat beraya!!!
Friday, September 11, 2009
Majlis Berbuka Puasa di Rumbia
Semalam kitorang berbuka puasa di luar anjuran tempat hubby kerja, kitorang sampai agak awal jugak,org pun tak ramai lagi,sebenonya saja gi awal sikit coz tak mau jadi mcm thn lepas, kitorang gi lambat sgt, dahla masa tu hujan lebat, sampai2,mknn lak dah habih..mknla apa yg ado!!cedih..dh takde rezeki kan nak wat canne..so smlm kitorang 'decide' gi awak skit ler,leh pilih2 tempat strategik skit..heh!heh!byk woo mknn..seme cedap2 belaka,kalu ikut ati seme nak pulun,tp pewot lak takleh nk terima byk..ahaks!!
kenyang sangat, Alhamdulillah...
Overall, tahun ni puas hati la, makanan pun banyak, rasa2nya semua cukup..rasa pun boleh tahan, memenuhi citarasa dan membuka selera..terima kasih pada Petronas Ammonia...
Monday, September 7, 2009
Puding susu koktail
anak aku kata sedap sgt..agaknya betol2 sedap ni..tak sabo lak nak tunggu berbuka..ngeh!ngeh!
1 paket serbuk agar2 (11gm)
2 biji telur
1/2 tin susu cair
4 cawan air
1 cawan gula
2-3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail
masak agar2, air dan gula hingga larut.
sementara itu pukul telur, campurkan dengan tepung kastad, kacau rata n ketepikan.
bila agar2 mendidih, masukkan campuran telur dan fruit cocktail. masukkan kedalam loyang/acuan dan sejukkan. hidangkan.
Sunday, September 6, 2009
menu bulan pose....
Yang ni pulak, pun resepi biasa2 gak..percik ikan kembung, salah satu lauk peberet aku masa bulan pose, kalu sahur makan lauk nih..pergh..amatlah berseleranya...Alhamdulillah..hihi...
4 @ 5 keping tauhu- potong 2(segitiga)
isi ayam@ isi ikan tenggiri-cincang
2 ulas bawang merah-potong dadu halus
2 ulas bawang putih-potong dadu halus
daun bawang-hiris halus
1 btg carrot-parut halus
tauge-jika suka le...
sedikit lada putih
garam
gula
sedikit tepung campur ngan sedikit air-(biar pekat)untuk tutup isi tauhu.
cara2:
Goreng sekejap tauhu yang tlh dipotong dua, jgn samapai garing lak!pastu korek isi dia kat tgh2, campurkan dengan isi ayam atau ikan tadi.campurkan pula carrot dan tauge serta daun bawang.tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan isi ayam@ikan yang tlh dicampur ngn bhn2 lain tadi, masukkan garam,serbuk lada putih dan gula..
ambik sekeping tauhu, sumbat isi yang di goreng tadi dan tutup ngan gandum pekat tadi di atasnya supaya isi tauhu tadi tak keluar..pastu bolehla goreng sehingga garing..buat sampai habis. angkat dan bolehlah dihidangkan dan dimakan dengan cili padi.(aku makan ngan sos) pun sedap!!cubalah!!!!
Tuesday, September 1, 2009
Triffle
TRIFFLES
Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar
Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.
Subscribe to:
Posts (Atom)