online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Tuesday, September 1, 2009

Triffle

Salam ramadhan semua...masak apa hari ni ye korang??erm..masak sedap2 ye, leh le aku tumpang 2 kaki..hihi..tumpang tengok ler..ok la, berbalik ke triffle aku ni,sebenonya dah lama wat triffle ni,tak silap aku minggu lepas,untuk buka puasa gak,dapat ler 2 bekas, bawak ke rumah mertua sebekas, aku dan rasa sikit je, tgk2 dah licin, tp siyes cakap la, triffle ni memang sedap rupa2nya, sejuk je anak tekak, sesuai sgt mkn untuk bln pose ni, hihi..terima kasih to my sifu..k.liza yang sudi kongsi resepi ni, so aku kopipes je resepi dia...

TRIFFLES

Bahan-Bahan:

1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.