online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Saturday, February 6, 2010

Ayam pedas madu berempah

Ini menu semalam punya..ayam pedas madu berempah,lgpun lama dah tak mkn masakan yang ada madu,satu kombinasi yang bagus,honey and spice...sodap!!!!

resepi tgk kat umah k.ummi kuantan,mekasih k.ummi,mintak izin kopipes ek..cam tak biasa..hihi..

Bahan:-
6 ketul ayam - sederhana besar
4 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - tumbuk
1 batang serai - ketuk
1 sudu kecil rempah ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar rempah kari daging/ayam
1 sudu besar cuka makan
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar madu
2 sudu besar gula
sedikit garam
4 sudu besar minyak

Cara Memasak:-
Ayam digaul dengan serbuk kunyit, rempah kari dan garam. Goreng kekuningan. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi. Masukkan cili kisar, gaul rata. Masukkan serbuk ketumbar dan jintan manis. Gaul sebentar dan masukkan ayam. Masukkan cuka makan, sos cili, madu, gula dan sedikit garam secukupnya. Masak sebentar dan gaul rata. Tutup api.




Yang ni plk lauk lain yang dimakan bersama ngn ayam tadi,ni request dr my hubby,nak mkn gulai terung ngn bendi,pastu aku letak la jugak ikan kembung untuk menyedapkan lagi gulai tu.hihi...alah sonang keje,aku guna rempah gulai instant yang sememangnya digunakan oleh family aku sejak turun temurun..chewwah..ye ke??huhu...alah rempah gulai yang org kg aku buat tu,dah pernah letak gambo dia dulu..senang,taruk santan je pastu kalu nak pedas tumis cili boh je ..abih cite..hihiyang ni takyah bgtau pun korang mesti dah tau punya kan,homemade banana split, kebetulan ada pisang ngn eskrim kat umah,pastu tabur je ngan almond nibs+chocolate rice,simple je,mls nak ltk coklat cair mcm kat kedai tu..huhu..
sekian..

No comments:

Post a Comment