online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Thursday, May 7, 2009

Award Warna Warni


Firstly nak mintak maaf sgt2 kat akak kirana coz lama sgt duk peram award ni..ambiknya dah lama tp ari ni baru publish..maaf ek akak..dan tima kasih sgt2 sudi bg award ni walaupun kita baru kenal....semoga perkenalan kita ni kekal berpanjangan ye k.kirana...memang ceria tol award ni..kekeke...

Lovely Touch:

Tuesday, May 5, 2009

Kelas kuih raya daa....


Yeeehaaa..dah masuk kelas kuih ray..bermul bln mei dn seterusny ni,cikgu ku dah tuko menu masak2,kitorang dah start kelas al-kuih raya dan kelas al-kaqku..hihi kelas kek daa...yang kat atas tu semua org tahu dah..kuih almond london..heh!heh!

Yang munga2 ni pulak nama dia kuih bunga tulip,mak aii memang cerewet gilos wat kuih ni..patutla org jual mahal...kena byk sabo kalu dok..munga lain le yg jadik..keh!keh!tgk yg kat atas tu..yg tak mcm ropa munga tulip pun ada da...


Yang ni pulak pun semua org dah tahu..kuih tart le...tart nenas..yang kat atas dia tu cikgu aku tabur ngan cheeseeeeeeeee....ngeh!ngeh!kuih ni kalu guna mesin mmg sekejap dan mudah je buatnya..sapa2 yg modal dia beso leh le beli mesin tu..tapi tak rugi sebab memang untung..cepat je siapnya..tapi gambo kuih tart yang dah masak tak hengat pulak aku nk snap..amponnn!!hihi..


Lovely Touch:

Saturday, May 2, 2009

Ikan siakap masak tiga rasa



Ni lauk tengahari tadi, dah abih dah pun tinggal rangka ikan je lagi...muahaha....lauk ni request dari my hubby,so kena lah wat untuk hubby tercintaku ni kan...match ngan lauk tumis air pedas bayam..walla.....resepi ambik dari k.hanielieza fp,cuma time hiasan tu aku tak taruk sbb takde stock..resepi c n p je ngan k.lieza.blh ye kak...keke..

IKAN 3 RASA

Bahan

1 ekor ikan bawal atau siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]
Tepung jagung [untuk salut ikan]
1 labu bawang besar ] mayang
2 ulas bawang putih ]
1 s/b halia
Minyak untuk goring ikan

Bahan Sos
½ cawan sos tomato
3 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
1 s/b sos plum (yg ni aku tambah)
3 s/b air
1 s/k gula

Bahan Hiasan
1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm]
2 biji cili merah ]
2 biji cili hijau ] mayang
2 biji buah tomato [belah 4

Cara
1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dn kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi.
4. Kacau rata sehingga mendideh. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
5. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan.



Lovely Touch:

Friday, May 1, 2009

Apam Marmar


Hari ni sakit kepala plk..agaknya cuaca panas sgt kot...hihi..tp sempat lagi aku buat apam marmar ni..dah tgn ni mcm gatal je nak wat kue..so terjadilah kue apam ni, dulu dah pernah wat apam ni,pestime buat tu..aku tak letak ovallate,so apam aku tu macam segan je nak lembut..wakaka...tapi ni second time buat..erm dah jadi lembut gebus...saja aku wat bentuk kecik2,senang nak ngap!!berkaler-kaler lak apam aku ni..miahaha...


Baru masak je tadi anak aku dah kebas 5,6 biji..suka plk dia..lapo gaknye...erm katanya apam ni dari indon..kalu nak tgk resepi klik kat sini..

Lovely Touch:

Sayur PedasUmbut Kelapa Sawit


Korang pernah mkn tak umbut kelapa sawit??aku pun pestime dengo dan pestime mkn ni..bese mkn umbut kelapa je...yang ni ada tambah sawit plk kat bakang..hahaha....tp rasa dia lebih kurang umbut kelapa la cuma yg ni lebih lembut...ayah aku kata umbut kelapa sawit lg sedap...ntahla...

Sebenonya lauk ni kakak aku yg buat..ada org bgumbut tu kat dia..so dia bg la kat aku skit..kbtulan plk aku gi umah dia smlm,dah ada rezeki aku..miahaha...tp kt sini aku letaklah jugak resepi dia sebab aku dah pernah masak lauk ni tp guna nangka muda..ngeh!ngeh!

Bahan2:

umbut kelapa @ umbut kelapa sawit @ nangka muda} dipotong memanjang
bawang merah} ditumbuk
bawang putih} ditumbuk
halia} ditumbuk
lengkuas} ditumbuk
kunyit hidup} ditumbuk
lada hitam} ditumbuk
sedikit ikan bilis
sedikit cili padi } ditumbuk
santan secukupnya
garam
gula

Cara2:

Masukkan umbut kelapa sawit bersama2 ngan santan, bahan2 yang ditumbuk dan ikan bilis, masak atas dapur hingga menggelegak, masukkan garam dan gula..biarkan umbut lembut dan bolehlah dihidangkan.habess!!

Lovely Touch: