online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Saturday, May 2, 2009

Ikan siakap masak tiga rasa



Ni lauk tengahari tadi, dah abih dah pun tinggal rangka ikan je lagi...muahaha....lauk ni request dari my hubby,so kena lah wat untuk hubby tercintaku ni kan...match ngan lauk tumis air pedas bayam..walla.....resepi ambik dari k.hanielieza fp,cuma time hiasan tu aku tak taruk sbb takde stock..resepi c n p je ngan k.lieza.blh ye kak...keke..

IKAN 3 RASA

Bahan

1 ekor ikan bawal atau siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]
Tepung jagung [untuk salut ikan]
1 labu bawang besar ] mayang
2 ulas bawang putih ]
1 s/b halia
Minyak untuk goring ikan

Bahan Sos
½ cawan sos tomato
3 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
1 s/b sos plum (yg ni aku tambah)
3 s/b air
1 s/k gula

Bahan Hiasan
1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm]
2 biji cili merah ]
2 biji cili hijau ] mayang
2 biji buah tomato [belah 4

Cara
1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dn kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi.
4. Kacau rata sehingga mendideh. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
5. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan.



Lovely Touch:

1 comment:

Anonymous said...

sedap nampak..walau dah wat byk kali..ttp menyelerakan

Post a Comment