online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Saturday, March 28, 2009

Apam Marmar



Hari tu gi blog kak ummi nampak dia buat apam,cantik je apam tu..nampak gebus je..so aku pun nak try lah jugak kan..alkisahnya aku pun wat lah apam pagi tadi,celik mata terus teringat nak wat apam tu..wakaka...inilah hasilnya,rupanya dah cantik dah..tapi apam aku tak nampak lembut cam apam k.ummi,sebabnya,hihi..bahan tak cukup..ngeh!ngeh!takpe..aku takkan putus asa,akan ku praktikkan lagi sehingga apam tu jadi lembut dan gebus...heh!heh!apepun apam aku ni buleh cicah ngan air..sebabnya...tak berapa nak lembut..wakaka...resepi aku c n p k.ummi lah...resepi asal dari mat gebu..

Bahan-bahan:- ( Tin berukuran 10 inci )
  • 250 gm tepung berserbuk penaik
  • 200 ml santan-aku guna susu
  • 200 gm gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 camca teh vanila esen
  • 1 camca makan ovallate-aku tak letak
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)
Cara-Cara:-
  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
  2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
  3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
  4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
  5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.



Lovely Touch:

No comments:

Post a Comment