online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Sunday, March 14, 2010

gathering wif bloggers at majlis sambut menantu k.hanieliza

kitorang bergambar ngan pengantin n family

yang tudung hijau tu model iklan ubt gigi safi..huhu
ngan k.naemah..
antara tetamu yg hadir

semalam berlangsungnya majlis sambut menantu chef kita yang tersohor iaitu tak lain tak bkn k.hanieliza ler..hihi..memandangkan k.liza di kerteh,aku plk kat paka, dekat sgt la tu,rugi plk tak pergi,lagipun k.liza bgtau ada beberapa org blogger yg turut dijemput ke majlis,so,aku tak lepaskan peluang ni,bila lagi nak jumpa blogger2 lain kan..hihi...
sampai kat dewan majlis k.liza lebih kurang kul 2 lebih sbb sblm tu menghadiri satu lg majlis kahwin kat dungun,pastu terus ke majlis k.liza plk, huh..kenyang pewoott!!skali mkn 2 tempat..hihi..,.
mula2 sampai k.liza bgtau k.nor(secubit garam) dan k.ummi kuantan(home sweet home) dah dtg..seb baik blm balik..k.nor sampai awal lg rupanya,k.liza siap bawak gi jumpa ngn diorang lagi...terharu plk rasanya..huhu...pastu gi jumpa k.nor ngn k.ummi yg tgh ralit bersembang,salam2 peluk cium dulu pastu baru gi mkn, masa sampai tu tgk org dah penuh dewan,ramai betul jemputan k.liza, tp seb baik dpt tempat duduk,kat seblah k.naemah(naemah online bakeri)dah biasa jumpa sebenonya..hik!hik!,sambil mkn sambil pot pet ngn k.naemah..hihi..
pas mkn apa lg,kitorang pun menjalankan tugas sbg blogger,ambik gambo ler..senyum sana,senyum sini..penat bergaya memasing..huhu..pas abih sesi bergambo,kitorang pun memulakan sesi berborak sampai lebamm!!hahhaa..,mcm2 cite lah kuo..diselangi gelak ketawa seme tulah..hik!hik!masing2 ramah tamah betul,lama jugak duk borak2 sampai kering ank tekak,sblm balik kena minum air sirap dulu..dahaga weh..hihi...
ok lah itulah ceritanya,panjang plk aku bercerita yep!mcm wat karangan plk rasanya..hihi..takpe sekali sekala,apapun terima kasih pada tuan rumah,k. hanieliza dan suami kerana sudi menjemput kami sekeluarga,selamayt pengantin baru kepada azlan dan noorashitah,semoga kekal bahagia..dan terima kasih pada k.nor,k.ummi dan k.naemah yang sudi borak2 ngan kita yeap,seronok sgt blh gader2 ngn diorang ni..semua ramah tamah blake..lain kali ada rezeki,panjang umur blh la jumpa lg,kalu dtg paka jgn lupa la kol kita ni yeap!cayang semua!ummuah!

My 6th anniversarry

Assalamualaikum kawan2 semua..huh..lama bebeno tak mengupdate blog..almaklum ler,semenjak dua menjak ni,aku bizi skit..skit je tak banyak..ngeh!ngeh!...sebenarnya aku hari2 online cuma tak aktif kat blog,kalau nak tgk 'kewujudan' aku,korang tgk kat fb je..kat situ aku aktif skit..hihi...
Oklah ,sebenarnya hari ni ialah hari ulangtahun perkahwinanku bersama MR syeh al-budin..hihi...hari ni genaplah 6 tahun usia perkahwinan kami..dengan dikurniakan sepasang cahayamata..nur balqis huda 5 thn dan Muhammad ammar muiz 2 thn..alhamdulillah..so sempena hari ulangtahunku ini..inginku titipkan doa cinta kami yang ku ambil dari sebuah website..sungguh indah doanya...


Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan ridha-Mu
Jadikanlah kami Suami & Istri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Amiin…



Wednesday, February 10, 2010

Nasi Arab da....

Wahai orang2 kampung(kg aku ler)mari kita pakat2 mkn nasi arab..hahaha..mcm ler banyak aku buat,pastu mcm ler sedap aku masak...hahaha...tak leh nak challenge tuan punya resepi ni,k.hanieliza,thanks k.liza,sedap sungguh nasi arab ni,mkn saje pun sodap!!!hihi...
ha,kali ni nak bwk korang semua ke negara arab da...(ambik feel ye)sambil gelek2 lagu arab...ahaks!!ya habibi ya maulana..hahaha..ok ler byk lak melalut,ni menu semalam punya,dah lama teringin nak mkn nasi arab,nak mkn yg org masak,sapa ler nak masak tuk kita ek,lgpun kat sini takde plk org jual nasi arab,taktau la kalu ada,sapa tau angkat tgn ye..ngeh!ngeh!
nasi ni tak muak mkn,sedap..kalu tak caya try wat ye..ni aku ltk resepi kat sini..meh tgk..aku kopipes gak,mintak halal ye k.liza..hihi...selamat mencuba!


NASI ARAB

Bahan
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air
500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih

Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori

Ayam tandori

ayam tandori,mkn ngan nasi arab..phewww..takleh nak cakap,nak rasa..buat sendri ek..hihihi..(kijamnya aku!!!)
meh tgk resepi,pun dari k.hanielieza,terima kasih sifu..kita mintak izin kopipes ye..hihi

AYAM TANDOORI GORENG

Bahan

1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 paket rempah tandoori MAGGI
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
5 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] mesin halus
2 inci halia ]
garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.


SAMBAL MERAH

Bahan

200 gm cili kering ]
200 gm bawang merah ] mesin
3 ulas bawang putih ]
2 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
minyak
garam
gula

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan tomato sos dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.

Saturday, February 6, 2010

Ayam pedas madu berempah

Ini menu semalam punya..ayam pedas madu berempah,lgpun lama dah tak mkn masakan yang ada madu,satu kombinasi yang bagus,honey and spice...sodap!!!!

resepi tgk kat umah k.ummi kuantan,mekasih k.ummi,mintak izin kopipes ek..cam tak biasa..hihi..

Bahan:-
6 ketul ayam - sederhana besar
4 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - tumbuk
1 batang serai - ketuk
1 sudu kecil rempah ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar rempah kari daging/ayam
1 sudu besar cuka makan
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar madu
2 sudu besar gula
sedikit garam
4 sudu besar minyak

Cara Memasak:-
Ayam digaul dengan serbuk kunyit, rempah kari dan garam. Goreng kekuningan. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi. Masukkan cili kisar, gaul rata. Masukkan serbuk ketumbar dan jintan manis. Gaul sebentar dan masukkan ayam. Masukkan cuka makan, sos cili, madu, gula dan sedikit garam secukupnya. Masak sebentar dan gaul rata. Tutup api.




Yang ni plk lauk lain yang dimakan bersama ngn ayam tadi,ni request dr my hubby,nak mkn gulai terung ngn bendi,pastu aku letak la jugak ikan kembung untuk menyedapkan lagi gulai tu.hihi...alah sonang keje,aku guna rempah gulai instant yang sememangnya digunakan oleh family aku sejak turun temurun..chewwah..ye ke??huhu...alah rempah gulai yang org kg aku buat tu,dah pernah letak gambo dia dulu..senang,taruk santan je pastu kalu nak pedas tumis cili boh je ..abih cite..hihiyang ni takyah bgtau pun korang mesti dah tau punya kan,homemade banana split, kebetulan ada pisang ngn eskrim kat umah,pastu tabur je ngan almond nibs+chocolate rice,simple je,mls nak ltk coklat cair mcm kat kedai tu..huhu..
sekian..