online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Saturday, October 10, 2009

Resepi Biskut Tulip

jeng!jeng!jeng!biskut raya ni bukan aku yang buat ye...hihi..ni blajo masa kat kelas ritu, biskut ni memang agak cerewet nak buat, dan biskut nya sangat2 le lembut..so sesapa yang ada kesabaran dalam membuat biskut ni silalah try test ye..sebenarnya resepi ni adalah permintaan dari k.ct delima yang kecik molek tu..hihi..betul kan kak ct??muahaha...ghajin k.ct delima kita ni, so pasni buat byk2,pastu jangan lupa pos kat paka ni ye..hihi...buat sampai jadi ek..

TULIP
(psstt acuan tulip jangan lupa ye!!!)

40 gm gula ising
100 gm butter@marjerin
+- 150 gm tepung gandum-yang ni kena agak2 la
1/2 biji kuning telur
10 gm tepung jagung
15 gm susu tepung
esen vanila

Cara2:

masukkan marjerin @ butter,gula ising, kuning telur, e.vanila. kacau sebati then masuk tepung jagung,susu tepung dan tepung gandum(letak sikit2) then gaul kasi sebati lagi..adunan nya akan menjadi lembut (seperti adunan almond london) .pastu boleh lah terap dengan acuan tulip.

untuk inti tulip: gentel memanjang seperti yang ditunjukkan dalam gambar. letak inti pada doh tulip then lipat kiri dan kanannya. untuk daun, letakkan sedikit pewarna hijau pada doh then bentukkan seperti daun then lekatkan pada tulip (just tiru mcm dalam gambar tu).

hiasan..sapukan kuning telur diatas bunga tulip, taburkan croquont corn dan hundred thousand.

bakar 15-20 minit.sekian..selamat mencuba ye!!

3 comments:

Anonymous said...

nak cuba buat biskut ni tapi mana nak beli auan biskut tulip. boleh dapat resepi biskut bunga seroja tak. harap balas seepat mungkin. terima kasih banyak-banyak.

aizam, kota damansara

ann-dehouzze.... said...

aizam,acuan tu cari kat kedai bakerry,biasanya ada, resepi biskut seroja saya takde plak,tak blajar lg buat biskut tu..nnti kalau ada saya masukkan di sini,takpun aizam boleh try search kat myresepi.

Anis Suraya said...

Di kedai bakerry mana boleh saya temui acuan tulip? Acuan ini boleh ditemuidi KL?

Post a Comment