online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Thursday, April 2, 2009

Kek Lumut

ia


Ni satu lagi resepi yang aku ambik dari umah mat gebu, kebetulan ari ni terlebih mkn vitamin 'R',so terjadilah sebijik kek lumut..sebenonya kan bila tgk je resepi kat blog mat,aku terus salin je,sebab nampak cam sedap dan unik je ..nama pun unik kan??




Resepi macam biasa lah,aku ni kan kenapa ek,kalu bab nak taip resepi..adeh la..bkn malas!tapi tak berapa nak rajin je..sama ke?ke?hahaha...mat aku tahu ko rajin taip resepi,aku pun sama..rajin c n p resepi ko..miahaha...sorry mat ye....tima kasih daun keladi untuk mat,kalu buleh aku c n p lagi ye!!heh!heh!heh!

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mentega
3/4 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan nestum
1/2 cawan seri kaya
1 camca teh esen vanilla
Pewarna hijau secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Satukan tepung, horlicks dan nestum, gaul rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, kacau rata.
  3. Masukkan seri kaya dan susu pekat manis, putar lagi hingga rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan campuran tepung, horlicks dan nestum tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan pewarna hijau, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi. Tutup dengan aluminium foil dan ikat kelilingnya dengan tali rafia, kukus 2 1/2 jam hingga 3 jam. Aku kukus 2 jam lebih je,kalu ikut mat gebu dia kukus 3 jam.
note: tips cikgu masak aku-kalu takde kertas minyak atau kertas untuk lapik kek,korang boleh guna plastik biasa tu,mean plastik yang kita isi barang tu...just ratakan plastik ikut saiz loyang but b4 that kena lengser marjerin pada loyang tu baru letak plastik.selamat mencuba!



Lovely Touch:

1 comment:

kazamaru said...

em...nampak sedap kek lumut nie..kalau mentega tu tukar majerin je boleh ke..

Post a Comment