online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Tuesday, March 17, 2009

Kek Marble Trio


gebus memang gebus..satu kelainan pada cara membuatnya..memang betul kata mat gebu..memang lembut kek ni...tima kasih mat...

Semalam kakak aku yang duk penang balik ke sini..maklumlah cuti sekolah ni..so ari ni aku nak balik umah mak..jumpa diorang..terfikir plak nak wat kek..mula2 tu ingat nak wat kek cekelat..tapi pikir punya pikir...wat kek marble je la..resepi ni aku ambik dari blog tiffin biru..sapa lagi chef mat gebu tu la...

resepi c n p..matnye....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate-(aku tak letak)
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
  4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.

Lovely Touch:

No comments:

Post a Comment