online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Thursday, February 12, 2009

Blueberry cheese cake




jangan di pandang pada rupa

yeh!akhirnya terbuat jugak kek ni, dah lama aku mencari resepi ni, yang betul-betul mcm kat kedai kek nya, akhirnya kutemui juga..chewwah mcm lagu plak rasanya...hi hi, ini pes time aku buat kek ni , tak sangka leh jadik cam tu..cuma satu je aku tak suka, time nak menghiasnya tu..mak oii commotnya..lotih aku meng'ejas'nya, last2 jadi la ropa gitu..ops! jgn pndg rupanya..pandang pada rasanya..ni aku nak cite skit, memula malu nk bwak gi majlis mlm td, coz ropa xbrp cantek!uwaa..tp hubby ckp bwk je ..ermm..masa tu hubby aku dh puji rasanya..so aku pun bwk je le..rupa-rupanya sekelip mata je habis, aku igt nak rasa gak tapi tgk dah licin..masing2 duk puji gak...jadi korang agak2 sendiri lah rasanya macammana..aku maleh nak cerita...ha ha ha...

resepi asalnya adalah dari k.norzailina(thank you k.norz)

bahan-bahan:
350gm krim keju (philadelphia)

80 gm mentega

180gm krim
putar(whipping cream)
20gm tepung jagung

20gm tepung superfine

4 biji kuning telur
4 biji putih telur

80gm gula kastor

1/2 sudu kecil garam


lapisan bawah/crust
100gm biskut disgestive/oreo/marrie(dikisar halus)

60gm mentega (cairkan)


utk hiasan
200gm krim putar(whipping cream)-pukul smpai gebu, tapi jgn terlalu lama coz cream akn jadi cair balik.

250gm inti blueberry


cara-cara:

gaul serbuk biskut dan mentega cair, tekan dlm acuan dan masukkan dlm peti sejuk selama 10 minit. pukul krim keju shg licin dan masukkan maentega,pukul hingga sebati.Then masukkan krim putar dan kuning telur sebiji demi sebiji,pukul hinga sebati lagi.. masukkan pula kedua2 jenis tepung tadi dan kacau sebati.ketepikan. pukul telur putih,gula dan garam sehingga gebu spt teknik marique. akhir sekali kaup balik putih telur dlm adunan krim keju tadi sehingga sebati lagi..then masukkan dlm acuan tadi. bakar selama 150' c selama 1 jam 10 minit. sejukkan kek yg sdh masak sebelum disimpan dlm peti ais selama 2 jam,then bolehlah dihias.

tips: kek ni memang sedikit rumit tapi memang sgt sedap, sebenonya kalu letak topping coklat lagi sedap sbb kalu aku beli kt kedai aku lbih suka yang ada topping coklat, tapi mahal wehh..rm5.60 per slice.dok tahu takut harga dia berubah doh...

Lovely Touch:

No comments:

Post a Comment