online users
Awal Kalam...
Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.
Wednesday, January 7, 2009
Anak-anak zaman sekarang....
Hai anak2 zaman sekarang, senang je nakkan sesuatu, mengamuk sikit dah ibu abah belikan, tak macam zaman kita dulu, susah betul nak dapatkan barang yang kita nak, usah kata gelongsor barang mainan pun takde...maklumlah dulu keluarga bukan orang senang sangat. Tapi anak2 ni jangan terlalu diajarkan dgn kemewahan, kalau bawak gi shopping tu jangan manjakan mereka dgn membeli barang mainan , kalau selalu diajar alamatnya mencari masalahlah! saya sendiri pun tak ajar anak2 macam tu, alhamdulillah, mereka tak meragam nak beli itu ini. Tapi anak kami si nur balqis huda ni, baru2 ni dia buat onar skit, bukannya apa nak suruh abah dia beli kan gelongsor, sebenarnya dah lama dia nak gelongsor tu tapi paham2 jela, gelongsor tu kan ke mahal jugak harganya....tapi dek kerana asyik duk tanya bila nak beli, abah dia pun beli la, kesian jugak...ha lepas ni jangan nakal-nakal lagi tau balqis!tu la anak-anak jame loni!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment