online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Wednesday, January 14, 2009

Cucur Udang Berkentang by Noorhannah

Bahan2:
Senduk sebagai acuan
udang - jgn kecil sgt
tepung gandum
kentang - di potong dadu kecil2
bawang besar - hiris halus2 (optional)
daun kucai
sedikit serbuk kunyit
telur
air panas
sedikit garam
bawang kecik + udang kering yg di tumbuk
cili padi - (jika suka) di gunting2

*resipi ni tidak menggunakan soda atau baking powder

CARA:
Gaulkan kesemuanya, kecuali udang. Adunan biar agak cair. Masak macam
biasalah, letak udang kat atas tu. Cuma, kalau guna kentang ni, api jgn
besar sgt, sebab nanti kentang tak masak.
Udang tu saja biar dgn kepala2nya… cun sikit. Anak2 kak hannah kalau
jenis2 cekodok ni mesti ada kentang. Sebab senduk kak hannah tu agak besar
sikit, so kak hannah taklah buat penuh senduk tu.. tu psl nampak leper sikit
cucur tu. Kalau senduk tu kecil sikit, tentu cun sikit.
Kalau nak guna udang kecik2 yg dijual siap kopek tu pun boleh gak… masuk
sekali dlm adunan, dan goreng, so, udang dia bukan dia ataslah… tapi
selalu beli udang ni macam berpasir je lah…
Sos:
1. Arwah emak selalu buat camni - dia tak pernah suka cili or tomato sos
dlm botol tu:

Blender semua bahan ini dan masak didihkan:
cili merah
bawang putih
cuka / air limau
garam
gula

2. Ini style org maleh:

Sos cili + air panas = kacau2

3. Cili sos saja - takyah bancuh2

4. sambal kacang macam maklang cakap tu.

SELAMAT MENCUBA


No comments:

Post a Comment