online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Monday, January 19, 2009

Rosemerry grill chicken

Resepi ni aku ambik dari amal hayati fp, bila tengok ayam tu nampak cam best je, nak buat tapi rosemerry kering pulak takde,karang kalu takcukup bahan tak sedapplak kan! nanti la aku nak cuba jugak resepi ni, terliur tengok ayam tu,emm yumi!




Bahan2nya......
1 ekor ayam sederhana besar
2 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil
20 gm Rosemarry Kering

Cara:

Lemon direbus sehingga empuk..agak agak lembut gitu dalam 15 minit.
Tumbuk bawang putih dan rosemarry sehingga lumat
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu..dan disumbat kedalam perut ayam
Lumurkan ayam tadi dengan bahan yg digaul tadi dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.
Hidangkan..seekor ayam tu boleh bagi 4 mcm kat Kenny Rogers tu..makan dengan Coleslow pergghhh,,, tak caya cubalah..

No comments:

Post a Comment