online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Friday, January 16, 2009

Tip untuk muffin



Muffin yg sempurna perlu mempunyai kerak yg nipis berwarna coklat di bahagian atasnya, permukaan atas yg sedikit melengkung dengan kelihatan tidak rata dan berpasir-pasir manakala bahgian dalamnya yg lembap. Bahagian atas muffin tidak boleh ada puncah dan bhgn dalam tidak berlorong akibat terlalu membancuh atau terlalu banyak cecair. (adunan muffin tidak seharusnya terlalu cair)


Cara asas membuat muffin adalah mencampurkan semua bahan-bahan basah dlm satu mangkuk dan bahan kering dalam satu mangkuk.. kemudian keduanya dicampurkan. Adakalanya resepi memerlukan cara membuat muffin perlu diadun seperti membuat kek.. ia akan menghasilkan muffin yg lebih lembut berbanding muffin yg bahan basahnya tidak perlu dipukul. Muffin juga akan selalunya diletak banyak bahan utk perasa seperti apple, carrot, chocolate dan lain2 utk menenggelamkan rasa bahan penaik.. ini adalah kerana muffin menggunakan banyak bahan penaik.. 2 cawan tepung - lebih dr 2 sudu teh bahan penaik.


Ini adalah kerana muffin tidak dipukul utk memerangkap udara maka bahan penaiklah ejen penting untuk menaikkan satu-satu muffin.. oleh kerana muffin dibakar berasingan dlm cup maka bahan penaik ... perlu serata dengan tepung.

Membuat muffin agak renyah atau remeh berbanding dengan membuat kek... silap sikit.. ia tidak akan merekah di atas.. ia lembut dan garing bhgn atas tapi tidak merekah.. dan silap mengadunnya ia akan naik senget aje.. rasa memang ok tapi tidak cantik langsung..


Bukan senang utk menjadikan ianya cantik naik dan merekah secara sempurna.. adakalanya dlm satu adunan sebahgian cantik dan sebahgian tak cantik. Tu sebab kalau tenguk dikedai kek ada banyak "muffin mix" malah masa aku belajar hari tu digunakan muffin mix. Bila aku tanya kenapa tak buat muffin dr asasnya.. jawapannya pernah buat tapi tak menjadi... bgmn Chef jugak mengatakan dia buat tak menjadi.. dan adakalanya to be safe supaya bhgn atas npk berpasir.. ada org akan meletakkan struesel (campuran gula perang, mentega dan kayu manis) di bhgn atas muffin.
Cara-cara nak buat muffin:

1. Panaskan oven dulu sebab adunan muffin perlu terus dibakar bila siap diadun sebab dengan menanti lama.. bahan penaik akan kurang kuasanya maka nanti muffin tak naik dengan baik

















2. Jika menggunakan muffin tin tanpa menggunakan muffin cup maka perlu disapu lemak dulu supaya tak melekat.. bukan setakat di bahagian dalam tetapi jugak di bahagian atas, supaya bila muffin naik hingga melimpah di permukaan muffin tin mudah dikeluarkan.






















3. Jika menggunakan paper casing yg lembut maka perlu gunakan muffin tin, kalau tiada muffin tin boleh gunakan soufle cup atau paper case yg keras mcm aku gunakan skrg.



4. Jangan pandai2 nak mengubah adunan jika baru belajar buat muffin dan yg penting jgn terasa-terasa nak menggandakan adunan jika nak lebih.. buat adunan satu persatu iaitu selalunya 2 cawan tepung aje.. jika nak tambah adunan maka kena kurangkan cecair dlm 1/4 dan bukan digandakan
Ini bekas muffin yg keras yg boleh berdiri sendiri atas tray.

.
Ini muffin aku bake dalam soufle cup


5. Jika ada lebihan adunan utk dibakar maka masukkan ke dalam fridge dan jgn terlalu lama sebab agen penaik (leavening agent) akan kehilangan kuasanya... muffin akan naik bulat tapi tidak merekah.



6. TIP PALING PENTING : INGAT BILA MENCAMPURKAN BAHAN BASAH DAN KERING KACAU SEKADAR HANYA UTK MERATAKAN AJE. Ada yg mengatakan kacau kurang dr seminit.. kacau 12 kali aje.. tapi cukuplah kacau sekadar mencampurkan aje. Adunan akan menjadi "lumpy" dan tidak licin.. Jika kita mengacau lebih bermakna akan mengubahkan tepung menjadi gluten.. manakala muffin tidak memerlukan tepung menjadi gluten ...


7. Untuk memudahkan memasukkan adunan muffin dlm cup maka leh guna ice cream scoop senang aje.. dan adunan muffin lebih serata.. kalau tidak boleh menggunakan 2 sudu.. dan masukkan 2/3 dr bekas muffin

8. Jika menggunakan muffin tin.. jika ada petak kosong yg tidak dpt dipenuhi sbb adunan dah habis maka kena masukkan sedikit air dlm petak tersebut utk mengelakkan terlebih haba.

1 comment:

airynur said...

thanks for the info
gluten tu ape ye?

Post a Comment