online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Wednesday, January 28, 2009

Singgang Ikan Tenggiri


Tada.....ha ari ni aku msk simple lagi..hi!hi!...resepi pertama ni aku namakan singgang ikan tenggiri. Singgang ikan ni sangat terkenal dekat negeri terengganu dan kelantan, tapi biasanya org guna ikan aya(tongkol) sbb rasa dia lagi sedap, masakannya pun mudah dan simple lagi sedapp, kalu tak percaya tyr ler...
ni aku letak resepi kat bawah. tapi aku ni tak reti nak letak banyak mana kuantiti bahan2 tu aku main taruk ikut suka ati aku jer...agak2 la kan....hi!hi!

Bahan-bahan

ikan tenggiri (ikut bil org yg nak mkn)
lengkuas (dihiris)
kunyit hidup(dihiris)
bawang putih(dihiris juga)
bawang merah(dihiris-aku guna sebiji je)
asam keping(taruk 4@5 keping)
1 camb lada hitam(takyah tumbuk)
cili padi (ikut suka la nak taruk byk mana pun)
garam
perasa/gula

cara-cara:
masuk semua bahan2 sekaligus dlm periuk, tambah air untuk dijadikan kuah, tunggu menggelegak then baru masuk garam dan serbuk perasa(kalu suka).

tips: kalau nak sedap lagi taruk belacan sikit, halba dan asam keping, lengkuas dan bwg putih tu byk pun takpe...lagi sedap...kalu nak sedap lagi makan ngan sambal belacan dan ikan goreng dah cukup,pergh....

1 comment:

Post a Comment