online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Wednesday, January 14, 2009

Cucur Ayam Ala Pakistan

Bahan-bahan:

2 cawan isi ayam dicincang halus
1 labu bawang besar dicincang
2 biji cili hijau dicincang
1/2 inci halia ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu besar perahan lemon
garam secukup rasa
1 cawan tepung gram (besan)
1 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar daun ketumbar yg dicincang halus
air secukupnya
Minyak utk mengoreng

Cara membuatnya:

Masukkan isi ayam di dlm bekas disertai dgn bawang besar, cili hijau, garam ,air lemon dan halia serta bawang putih. Perap seketika lebih kurang 30 minit.
Didalam bekas lain masukkan tepung gram, tepung beras, minyak masak, daun
ketumbar, garam serta air secukupnya agak2 macam buat cekodok.
Campurkan ayam tadi kedlm adunan tepung, goreng didlm minyak yg banyak
hingga kekuningan.
Hidangkan panas-panas bersama sos.

No comments:

Post a Comment