Bahan-bahan
600 gm udang
2 camb asam jawa(ikut suka sebenarnya)
garam secukup rasa
sedikit lada sulah(kalau suka)
Cara-cara
Perapkan udang dgn bahn2 td selama 15 minit,
lepas tu goreng je udang tadi, bila masak toskan sebentar sebelum dihidang.
Cerita tentang udang ni, sebenarnya hubby aku ni suka sangat beli udang, aku ni pun jenuh la memikirkan mcam mana nak pelbagaikan masakan udang ni, ye la asyik2 masak lemak, pastu udang masak merah, boring jugak asyik resepi sama je, lagipun mudah lagi sedap...hi!hi!. Udang goreng asam jawa ni aku dapat resepi dari Sheila Rusli, ala..ingat tak masa bulan ramadhan tahun lps rancangan dia ketuk2 ramadhan, ha memula ragu2 gak nak try, takut tak sedap, tapi aku cuba jugak tak sangka pulak hubby ngan anak aku suka makan, memang sedap dan tak jemu, makan macam tu je pun sedappppp...betul! la ni kalu beli udang, aku goreng asam jawa je, ye la mudah dimasak sedap dimakan, macam mi maggi...kalau tak caya jom try....
online users
Awal Kalam...
Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.
Friday, January 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment