online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Wednesday, January 14, 2009

Rojak Mamat

Bahan Cucur (Rangup):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi
doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili.
Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa
membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga
keperangan. Hiris sebelum digunakan.

Bahan Sampingan:
8-10 keping tauhu, digoreng keemasan
450 g taugeh, dicelur 1 minit
300 g sengkuang, dihiris
2 biji timun, dihiris
4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
4 biji telur, direbus & dihiris

Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul

Cara membuatnya:
Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama
1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata.
Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan
sampingan dan kuah.


No comments:

Post a Comment