online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Saturday, January 31, 2009

meh pakat blajo bahasa tranung

Hari ni kita blajo serba sedikit bahasa tranung, so mana2 yang dok paham bahasa tranung tu blh rujuk sini!eheh!......

perkataan hari ini:

anguh letung-sangat hangus
amok reng- malas nak tolong
bollok- penuh sesak
beghat nanang- sangat berat
ceroh nerang-sangat terang
cakna- prihatin/ambil perhatian
dokrok cettong/meppeh- tak larat
deccung- sangat laju
erek- heret

setakat ni saje utk hari ni, nak blajo banyok lagi? esok plok! eheh.....


Lovely:





Wednesday, January 28, 2009

Majlis pertunangan adik ipar

Inilah pelamin masa diaorang bertunang tu, pelamin tu adik ipar prmpuan aku yg buat

hantaran pertunangan


Salam semua...ni gambar adik ipar aku bertunang 26hb, tahun baru cina ari tu, so maknanya aku bakal terima biras la tak lama lagi..eheh!tapi gambo masa pertunangan tu tak dapek nak taruk kat sini, maap leerr...


Lovely:

Udang galah masak tiga rasa


Sebenarnya udang galah ni dah 2,3 hari ada dlm peti ais, hubby aku ni pantang tengok udang mesti dia beli, masa beli hari tu memang fresh sesangat, tapi tak sempat nak masak coz nak balik kampung so simpan dlm peti ais tu, hari ni baru kuar. Udang ni resepi mat gebu tapi aku ubah skit ikut bhn2 yg ada kat umah. aku taruk sos plum sikit. anak aku xmkn nasi, mkn udang je....hi!hi!

Tips: Kalu nak masak udang jangan masak lelama coz nanti udang jadi keras dan tak sedap dimakan, cukup sekadar nampak udang tu kemerah-merahan pastu bolehlah diangkat. satu lagi ia boleh mengekalkan rasa manis udang tu, betull...

Bening brokoli


Resepi bening brokoli ni aku ambik dari majalah rasa, kalau ada brokoli kat dlm peti ais, aku msk cara ni la...senang je

Bahan-bahan
Brokoli
3 ulas bwg putih
sebiji telur
1 kiub pati ikan bilis

cara-cara

Masukkan kiub pati ikan bilis dan bwg putih ke dlm sedikit air, biar ia menggelegak, then masuk brokoli dan telur. tak payah masuk garam coz kiub tu dah masin.

Singgang Ikan Tenggiri


Tada.....ha ari ni aku msk simple lagi..hi!hi!...resepi pertama ni aku namakan singgang ikan tenggiri. Singgang ikan ni sangat terkenal dekat negeri terengganu dan kelantan, tapi biasanya org guna ikan aya(tongkol) sbb rasa dia lagi sedap, masakannya pun mudah dan simple lagi sedapp, kalu tak percaya tyr ler...
ni aku letak resepi kat bawah. tapi aku ni tak reti nak letak banyak mana kuantiti bahan2 tu aku main taruk ikut suka ati aku jer...agak2 la kan....hi!hi!

Bahan-bahan

ikan tenggiri (ikut bil org yg nak mkn)
lengkuas (dihiris)
kunyit hidup(dihiris)
bawang putih(dihiris juga)
bawang merah(dihiris-aku guna sebiji je)
asam keping(taruk 4@5 keping)
1 camb lada hitam(takyah tumbuk)
cili padi (ikut suka la nak taruk byk mana pun)
garam
perasa/gula

cara-cara:
masuk semua bahan2 sekaligus dlm periuk, tambah air untuk dijadikan kuah, tunggu menggelegak then baru masuk garam dan serbuk perasa(kalu suka).

tips: kalau nak sedap lagi taruk belacan sikit, halba dan asam keping, lengkuas dan bwg putih tu byk pun takpe...lagi sedap...kalu nak sedap lagi makan ngan sambal belacan dan ikan goreng dah cukup,pergh....

Saturday, January 24, 2009

Nasi ayam simple




Hari ni aku masak nasi ayam simple je..(sentiasa simple hi!hi!), sebenarnya dari semalam lagi aku nak makan nasi ayam, jadi hari ni aku buatla nasi ayam yang ku gelar nasi ayam simple ni. Simple2 nasi ayam aku pun licin jugak! tinggal kerak2nya sahaja...

kat sini aku sertakan rahsia utk buat nasi ayam yan
g lebih soodappp gitu!

Tips: Untuk mendapatkan nasi ayam atau nasi lemak yg sedap, gunakan separuh bahagian beras wangi dan separuh lagi beras biasa. Banyak teknik masakan yg akan menyerlahkan lagi masakan, contohnya, 'menggoreng' beras di dalam minyak (utk nasi ayam) hingga bersalut sepenuhnya atau bila menumis, pastikan bahan tumisan (bawang, halia dll) benar-benar terbit bau/harum dan pastikan api perlahan saja.

Tuesday, January 20, 2009

Kek coklat badam







Minum petang hari ni aku buat pecial skit, rasa nak makan kek coklat la pulak, memandangkan bahan2nya pun dah tersedia ada kat umah, so petang tadi jadilah kek coklat aku yang dicampur dan dihias dengan kepingan badam. Kat sini aku masukkan gambar kek coklat tu, jangan ada yang meleleh air liur udah ler.......

Ikan bakar


Ni lah ikan bakar yang aku buat untuk mkn tghari tadi, aku bakar dlm oven je..senang...hi!hi!, sos dia aku beli yang dah siap cuma taruk je kat atas ikan tu then bakar dlm oven. Emmm lama tak pekena ikan bakar ni best gak, berselera aku mkn, maunya dua pinggan nasi hi!hi!

Udang goreng asam jawa


emmm resepi hari ini ringkas dan mudah tapi menyelerakan. lama duk pikir nak masak mende la hari ni, tengok dlm freeze ada udang ngan ikan, ahhh bolehlah masak udang goreng asam jawa (aku punya family's favourite) dan ikan bakar, pehhh mmg mengancam habis...(bg aku la!hi!hi!).....udang tu kalu nak sedap lagi cicah ngan sambal belacan, makan plak ngan nasi panas! huh,memang habis 2 pinggan nasi la jawabnya....

Monday, January 19, 2009

Rosemerry grill chicken

Resepi ni aku ambik dari amal hayati fp, bila tengok ayam tu nampak cam best je, nak buat tapi rosemerry kering pulak takde,karang kalu takcukup bahan tak sedapplak kan! nanti la aku nak cuba jugak resepi ni, terliur tengok ayam tu,emm yumi!




Bahan2nya......
1 ekor ayam sederhana besar
2 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil
20 gm Rosemarry Kering

Cara:

Lemon direbus sehingga empuk..agak agak lembut gitu dalam 15 minit.
Tumbuk bawang putih dan rosemarry sehingga lumat
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu..dan disumbat kedalam perut ayam
Lumurkan ayam tadi dengan bahan yg digaul tadi dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.
Hidangkan..seekor ayam tu boleh bagi 4 mcm kat Kenny Rogers tu..makan dengan Coleslow pergghhh,,, tak caya cubalah..

Friday, January 16, 2009

Tip untuk muffin



Muffin yg sempurna perlu mempunyai kerak yg nipis berwarna coklat di bahagian atasnya, permukaan atas yg sedikit melengkung dengan kelihatan tidak rata dan berpasir-pasir manakala bahgian dalamnya yg lembap. Bahagian atas muffin tidak boleh ada puncah dan bhgn dalam tidak berlorong akibat terlalu membancuh atau terlalu banyak cecair. (adunan muffin tidak seharusnya terlalu cair)


Cara asas membuat muffin adalah mencampurkan semua bahan-bahan basah dlm satu mangkuk dan bahan kering dalam satu mangkuk.. kemudian keduanya dicampurkan. Adakalanya resepi memerlukan cara membuat muffin perlu diadun seperti membuat kek.. ia akan menghasilkan muffin yg lebih lembut berbanding muffin yg bahan basahnya tidak perlu dipukul. Muffin juga akan selalunya diletak banyak bahan utk perasa seperti apple, carrot, chocolate dan lain2 utk menenggelamkan rasa bahan penaik.. ini adalah kerana muffin menggunakan banyak bahan penaik.. 2 cawan tepung - lebih dr 2 sudu teh bahan penaik.


Ini adalah kerana muffin tidak dipukul utk memerangkap udara maka bahan penaiklah ejen penting untuk menaikkan satu-satu muffin.. oleh kerana muffin dibakar berasingan dlm cup maka bahan penaik ... perlu serata dengan tepung.

Membuat muffin agak renyah atau remeh berbanding dengan membuat kek... silap sikit.. ia tidak akan merekah di atas.. ia lembut dan garing bhgn atas tapi tidak merekah.. dan silap mengadunnya ia akan naik senget aje.. rasa memang ok tapi tidak cantik langsung..


Bukan senang utk menjadikan ianya cantik naik dan merekah secara sempurna.. adakalanya dlm satu adunan sebahgian cantik dan sebahgian tak cantik. Tu sebab kalau tenguk dikedai kek ada banyak "muffin mix" malah masa aku belajar hari tu digunakan muffin mix. Bila aku tanya kenapa tak buat muffin dr asasnya.. jawapannya pernah buat tapi tak menjadi... bgmn Chef jugak mengatakan dia buat tak menjadi.. dan adakalanya to be safe supaya bhgn atas npk berpasir.. ada org akan meletakkan struesel (campuran gula perang, mentega dan kayu manis) di bhgn atas muffin.
Cara-cara nak buat muffin:

1. Panaskan oven dulu sebab adunan muffin perlu terus dibakar bila siap diadun sebab dengan menanti lama.. bahan penaik akan kurang kuasanya maka nanti muffin tak naik dengan baik

















2. Jika menggunakan muffin tin tanpa menggunakan muffin cup maka perlu disapu lemak dulu supaya tak melekat.. bukan setakat di bahagian dalam tetapi jugak di bahagian atas, supaya bila muffin naik hingga melimpah di permukaan muffin tin mudah dikeluarkan.






















3. Jika menggunakan paper casing yg lembut maka perlu gunakan muffin tin, kalau tiada muffin tin boleh gunakan soufle cup atau paper case yg keras mcm aku gunakan skrg.



4. Jangan pandai2 nak mengubah adunan jika baru belajar buat muffin dan yg penting jgn terasa-terasa nak menggandakan adunan jika nak lebih.. buat adunan satu persatu iaitu selalunya 2 cawan tepung aje.. jika nak tambah adunan maka kena kurangkan cecair dlm 1/4 dan bukan digandakan
Ini bekas muffin yg keras yg boleh berdiri sendiri atas tray.

.
Ini muffin aku bake dalam soufle cup


5. Jika ada lebihan adunan utk dibakar maka masukkan ke dalam fridge dan jgn terlalu lama sebab agen penaik (leavening agent) akan kehilangan kuasanya... muffin akan naik bulat tapi tidak merekah.



6. TIP PALING PENTING : INGAT BILA MENCAMPURKAN BAHAN BASAH DAN KERING KACAU SEKADAR HANYA UTK MERATAKAN AJE. Ada yg mengatakan kacau kurang dr seminit.. kacau 12 kali aje.. tapi cukuplah kacau sekadar mencampurkan aje. Adunan akan menjadi "lumpy" dan tidak licin.. Jika kita mengacau lebih bermakna akan mengubahkan tepung menjadi gluten.. manakala muffin tidak memerlukan tepung menjadi gluten ...


7. Untuk memudahkan memasukkan adunan muffin dlm cup maka leh guna ice cream scoop senang aje.. dan adunan muffin lebih serata.. kalau tidak boleh menggunakan 2 sudu.. dan masukkan 2/3 dr bekas muffin

8. Jika menggunakan muffin tin.. jika ada petak kosong yg tidak dpt dipenuhi sbb adunan dah habis maka kena masukkan sedikit air dlm petak tersebut utk mengelakkan terlebih haba.

Bluberry Cheese tart


Sumber : kak mas

Pastry (as basis for all tart pastry)
250g butter
125g icing sugar
1 'B' egg
440g plain flour (maklang campur skit ngan susu tepung, garam skit, esen vanila)

Filling
250g Philadelphia cream cheese
60g gula caster
20g butter
1 'B' egg

Blueberry/stroberi filling

Cara:
1. Pukul butter dgn icing sugar sampai kembang.
2. Masukkan telur, pukul sampai sebati (well mixed).
3. Masuk tepung, gaul hingga rata.
4. Cubit sikit dan tekan dalam tart mould yang telah digris. Tekan dalam mould dengan fork.
5. Bakar 180C untuk 10-12 minit (3/4 masak). Keluar dan ketepikan

Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg. Picitkan cream cheese di dlm tat shell & kemudian bubuhkan 1/2 sudu kecil blueberry keatasnya.

Nota:
Pastry tu biar nipis pasal bila bakar ia kembang (tebal), tak sedap pasal tak crunchy.
Utk decoration bubuh sikit filling atas cheese dan swirlkan dengan lidi sebelum bakar.
Selalunya I buat banyak dan simpan dalam air tight container, tahan 1 bulan.
Banyak mana blueberry tu actually ikut citarasa masing2.Blueberry boleh diganti dengan strawberry atau kiwi filling.

Nota mklang : bila dah masuk filling, guna api bawah jer, baru nampak smooth jer chis tu, jangan lama sangat nanti chis tu berkerepot jer..
Resepi di atas dapat banyak, maklang buat setengah adunan dapat <> 40 ketui.

Cake decoration

Aku ni memang minat sangat2 mendeco kek ni, terutamanya bila tengok cupcake yang cute miut, tapi setakat ni belum berkesempatan lagi nak attend kelas, cuma baru intai-intai kelas yang sesuai, tapi kat sini aku jumpa resepi macammana nak buat ising untuk deco cake, sumber dari damira fp.

FONDANT PASTE / SUGAR PASTE

Kita gunakan fondant ini untuk membentuk sesuatu corak dengan tangan atau pun pencetak.

BAHAN-BAHANNYA:-
Bahan A
15 gm gelatin powder yang halal
70 ml air

Bahan B
1 kg gula icing yang telah diayak
1 biji putih telur
50 gm glucose ( liquid) cecair yang sangat likat

15 gm tepung jagung.

Cara-caranya.
1. Campurkan bahan A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu untur mencairkan gelatin tersebut.

2. Campurkan kesemua Bahan B dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut. Sapukan tangan dengan tepung jagung (bukan dari sukatan di atas) dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk.

Sekiranya tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak terdedah pada udara yang boleh membuatkan ianya keras. Jangan simpan didalam peti sejuk. Ianya tahan untuk jangkamasa lebih kurang seminggu.Sekiranya doh telah menjadi keras sedikit, ulilah semula untuk melembutkan doh tersebut. Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant tersebut letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant tersebut hinggalah warnanya sekata. Canai nipis dan cetaklah dengan corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan. Bagi mencantumkan kepingan kepingan fondant ini kita kena gunakan royal icing supaya kepingan2 tersebut boleh melekat. Fondant yang telah dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak boleh disimpan lama lebih kurang setahun. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.

ROYAL ICING
Kita gunakan royal icing untuk piping. Selepas piping, jika dibiarkan dalam 1 jam dia akan jadi keras.Oleh itu ianya tidak tahan disimpan lama. Bancuh royal icing ini semasa kita hendak menggunakannya sahaja

BAHAN2NYA:
Bahan A
280-300gm gula icing yang telah di ayak.

Bahan B
1 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon

Cara2nya:
1. Campurkan bahan B dan pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana lebih kurang 2 minit.
2. Tambahkan Bahan A sedikit demi sedikit dan pukul dengan mixer hingga adunan nampak cantik.

Kepekatan icing ini bergantung pada jenis nozzle yang kita hendak gunakan. Sekiranya kita menggunakan nozzle yang halus, cairkanlah sedikit icing tersebut dengan mengurangkan jumlah gula icing yang digunakan. Jika hendak pekat maka lebihkanlah gula icing. Doh tersebut telah sedia untuk digunakan. Terpulanglah pada kita untuk membahagikan mengikut warna yang dikehendaki.Cara mewarnakan: Tambah setitik dua warna yang kita kehendaki dan kacau dengan sudu atau spatula hingga warna menjadi sekata. Jangan dedahkan royal icing pada udara jika tidak digunakan. Nanti ia menjadi keras.

BUTTER CREAM (1)
Bahan2nya:
200gm butter
150gm gula ising
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu.
Adunan ini siap sedia untuk digunakan. Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.


BUTTER CREAM (2)
Bahan-bahanya:
600gm butter
400gm krimwell
500 gm syrup

Cara2 membuat syrup:
1 kg gula pasir
600ml air
2 slice lemon ( tidak perlu diperahkan)

Campurkan gula,air dan lemon dan masakkan hinnga mendidih. Biarkan sejuk dan sukatlah untuk 500gm syrup.

Cara2 Membuat Butter Cream:
Pukul butter dan krimwell hingga kembang dan masukkan syrup sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga kembang dan gebu.


CREAM CHEESE ICING

Bahan2nya:
200gm cheese Cream
100gm butter
80 gm icing sugar
1/2 sudu makan jus lemon

Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga kembang dan gebu. Siap sedia untuk digunakan.


CHOCOLATE PIPING
Kalau kita hendak menggunakan coklat untuk mendeco cake kita dengan cara piping bolehlah gunakan resepi ini. Coklat ini tahan disimpan sebulan di luar peti ais.

Bahan2nya:
200gm cooking chocolate
60 gm cooking oil

Cara-caranya:
Cairkan chocolate dengan cara double boil. Selepas coklat cair campurkan minyak dan kacau hingga sebati. Simpan dalam bekas bertutup. Coklat ini akan menjadi likat tetapi dia tidak akan menjadi beku.

SELAMAT MENCUBA....!

Chocolate Banana Cake











Dah lama cari resepi banana choc ni, sebelum ni duk tengok gambar dekonya saje, last2 jumpa gak resepi ni dari Damira fotopage. Nampak pun macam sedap, apatah lagi kalau buat sendiri. kalu tak percaya moh la try, memang tak menyesal.

[b]Chocolate Sponge cake:[/b]

Bahan A 3 biji kuning telur size A ( atau 4 biji kuning telur size sederhana)
100 gm. gula kastor
120 gm. tepung naik sendiri
1/2 tsp. Baking powder
1/2 tsp. Bicarbonate of Soda
50 gm. minyak jagung ( saya guna minyak masak biasa aje)
1 teasp. vanilla essence

Bahan B
30 gm. serbuk koko + 120 gm. air panas - kacau hingga rata dan hancur semua serbuk koko.

Bahan C

3 1/2 biji putih telur size A (atau 4 1/2 biji putih telur size sederhana)
1/4 tsp Cream of Tartar
60 gm. gula kastor


Cara-caranya:

(1) Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun dan kacau dengan senduk kayu hingga sekata.
(2) Campurkan Bahan B ke dalam adunan tadi dan kacau hingga sekata.
(3) Kemudian pukul putih telur dan cream of tartar dari Bahan C selama 2 min. Selepas itu, tuangkan gula sedikit demi sedikit ke dalam putih telur dan pukullah sehingga kembang dan gebu .( Perhatian: Semasa mengasingkan putih telur dan kuning telur, pastikan kuning telur tidak pecah dan tidak termasuk ke dalam putih telur walaupun sedikit. Pemukul telur juga kena pastikan ianya kering dan tidak berminyak).
(4) Campurkan campuran kuning telur ke dalam campuran putih telur. Kaup balikkan adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.Selepas itu tuangkan ke dalam acuan kek yang bulat 9" dan bakar.
(5) Bakar pada suhu 175C lebih kurang 50 mins atau sehingga masak.
(6) Sejukkan kek di wire rack dan belah kepada 3 lapisan.


Chocolate mousse:

250 gm. Non-Dairy Whip Cream
150 gm. Dairy whip cream
1 tsp. essence vanila
1 sudu makan rata serbuk gelatin yang halal.Campurkan bersama 4 sudu makan air dan microwavekan untuk 20 saat .(Bagi yang tak mahu menggunakan gelatin, boleh gantikan dengan agar-agar serbuk dan sekiranya tidak mempunyai microwave, double boilkan gelatin sehingga hancur)
50 gm. serbuk koko } ( serbuk koko dan gula ising di ayak bersama)
80 gm. gula ising }
1 1/2 sudu makan Nescafe } ( Campurkan nescafe bersama air panas)
1 1/2 sudu makan air panas }
1 sudu makan "Kahlua" atau "Tia Maria" coffee liquer ( Saya gunakan chocolate emulco aje)
2 - 4 biji pisang Del Monte atau pun pisang berangan - dihiris tebal

Cara-cara membuat chocolate mousse:

(1) Pukul kedua-dua whipping cream secara berasingan. ( Untuk dairy whipping cream, pukul sehingga ia menjadi pekat sahaja. Sebaik sahaja ia menjadi pekat terus berhenti dari memukulnya. Sekiranya terus memukul ia akan menjadi cair. Untuk non dairy whipping cream, kita boleh terus memukul sehingga ia menjadi lebih kurang tiga kali ganda kembangnya.)
(2) Kemudian campurkan kesemua bahan untuk mousse termasuklah kedua-dua whipping cream yang telah dipukul tadi. ( Pastikan campuran gelatin atau agar-agar serbuk tadi tidak sejuk. Sekiranya telah sejuk ia akan menjadi beku dan bergentel2. Sebaik-baiknya campuran gelatin ini disediakan setelah kesemua bahan untuk mousse telah dicampurkan)
(3) Sapukan 1/3 dari chocolate mousse ke atas lapisan pertama sponge kek. Susunkan hirisan pisang di atas chocolate mousse dan letakkan lapisan kedua dia atas susunan pisang tadi. Lakukan perkara yang sama untuk lapisan kedua. Kemudian letakkan pula lapisan kek yang ketiga.
(4)Tutupkan keseluruhan kek tadi dengan chocolate mousse dan simpan di dalam peti sejuk sehingga chocolate mousse keras.
(5) Selepas itu tuangkan pula chocolate coating yang dah sejuk ke atas kek ayng disalut chocolate mousse tadi. Biarkan campuran chocolate tadi mengalir ke bawah secara perlahan.
(6) Hiaslah kek tersebut mengikut citarasa dikehendaki dan simpan dalam peti sejuk hingga coating keras.
(7) Potonglah menggunakan pisau yang telah direndam dengan air panas untuk dihidangkan.

Chocolate Coating

35 gm serbuk koko
50 gm gula kastor
150 gm. Dairy whipping cream ( saya gunakan non dairy whipping cream sebab kehabisan dairy whipping cream)
80 gm. chocolate masakan - dihiris-hiris.
30 gm. Butter

Cara membuat Coating untuk kek:
Letakkan bahan-bahan ke dalam mangkuk dan double boilkan sehingga campuran tadi menjadi pekat. Sejukkan dahulu sebelum tuang ke atas kek.

Tips membuat kek untuk orang baru



Ada terdapat berbagai jenis kek seperti kek mentega, kek span , kek sifon, kek keju dan lain-lain. Kek yang berlainan jenis ini mempunyai kaedah membuatnya yang berlainan. Sebagai orang yang baru hendak belajar membuat kek, anda hendaklah tahu beberapa perkara penting dalam pembuatan kek ini. Antaranya ialah :

1. Mengenali bahan membuat kek.
Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah tepung kek, gula kastor, mentega/majerin, telur, serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk koko dan sebagainya. Anda boleh pergi ke pasaraya atau kedai menjual bahan kek dan mengenali bahan-bahan ini.

2. Peralatan membuat kek
Peralatan yang penting ialah mixer(pengadun). Buat permulaan anda boleh gunakan pengadun tangan untuk membuat kek mentega, kek span dan lain.Peralatan lain ialah pemukul telur (whisk), scrapper, mangkuk pengadun, senduk dan lain-lain. Ketuhar juga sangat penting. Untuk menghasilkan kek yang cantik dan masak dengan rata, sebaiknya gunakan ketuhar bersaiz besar seperti Europa, Zanussi ,Elba dan lain-lain yang berharga dalam lingkungan RM1000.

3. Kaedah Asas
Untuk membuat kek mentega, kaedah yang digunakan ialah kaedah mengkerim. Kaedah mengkerim ialah memukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.Kemudian barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain. Untuk membuat kek span pula, kaedah membuih (foaming) pula digunakan iaitu memukul telur dan gula hingga betul-betul kembang dan gebu, barulah dimasukkan bahan-bahan lain.

Lain-lain perkara yang perlu diketahui ialah :
(a). Setengah jam sebelum memulakan kerja, keluarkan mentega dan telur dari peti sejuk supaya berada dalam suhu bilik. Jika guna mentega yang keras, agak sukar untuk memukulnya. Telur yang sejuk pula lambat kembang. Sediakan bahan-bahan lain di atas meja.

(b). Panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan kek kedalamnya. Adunan kek akan bertindakbalas lebih cepat dalam ketuhar yang panas.

(d) Jangan buka pintu ketuhar sebelum kek set. Dalam 30 minit pertama , kek sedang naik dan mengembang.Jika dibuka ketuhar,haba akan keluar dan proses mengembang akan terbantut. Kek akan jadi mendap.

(e) Baca arahan dalam resipi dengan teliti untuk menentukan kaedah yang digunakan.

(f) Bahan-bahan kering seperti tepung kek, serbuk penaik, soda atau koko hendaklah diayak bersama.

(g) Buat resipi yang mudah dulu seperti Kek Mentega Vanila, Kek Mentega Oren dan lain-lain.

Kesimpulannya, jangan takut untuk bereksperimen. Tidak mengapa jika percubaan pertama anda tidak menjadi kerana anda mungkin membuat kesilapan di sana-sini.Tetapi anda perlu belajar dari kesilapan pertama itu dan memperbaikinya pada masa akan datang. Good Luck!

tips ini di ambil dari resepinoraini.blogspot

Tips for Muffin


Teknik asas membuat muffin adalah mudah. Bahan-bahan basah dicampurkan dalam bekas dan kemudian bahan-bahan kering dicampurkan untuk mendapat adunan yang sebati ratanya. Minyak atau mentega digunakan untuk mendapatkan muffin yang mempunyai texture coarse dan crumbly. Dalam sesetengah resipi, mentega dan gula dipukul untuk mendapatkan texture yang lebih lembut.

Campuran bahan-bahan cecair seperti susu, yoghurt dan jus buah-buahan juga membuat muffin lembut dan lembab. Bahan seperti oats dan bijiran direndam dan dilembutkan dalam bahan cecair sebelum dicampurkan kepada adunan muffin.

Bahan cecair dan bahan kering dicampurkan untuk mendapatkan adunan yang dapat disatukan rata. Mengacau adunan muffin selalu tidak lebih dari 15 saat. Adunan yang bergumpal dan tidak rata adalah biasa sewaktu membuat muffin. Adunan muffin yang terlalu dikacau akan menjadi liat, mendap dan tidak sedap. Diana selalu menggunakan spatula sewaktu mengacau muffin untuk lebih senang dapat mengagak consistency adunan muffin berbanding dengan menggunakan mesin bancuhan yang agak sukar kita mengagak kerana terlalu cepat.
Gunakan tepung serbaguna (tepung gandum) kecuali sekiranya resipi mengatakan yang berlainan. Pastry dan tepung cake selalunya tidak suai digunakan kerana muffin akan menjadi terlalu lembut dan bentuknya akan berubah.

Isikan mangkuk cup muffin hanya tiga suku penuh untuk adunan yang ringan dan untuk adunan yang berat isikan adunan hingga penuh. Gunakan sudu, senduk kayu ataupun ice-cream scoop untuk mengisikan adunan kedalam mangkuk muffin.

Bila membakar muffin gunakan rak tengah dalam ketuhar untuk mendapatkan muffin yang cantik. Muffin boleh dikatakan masak bila permukaannya naik dan kering bila dipegang dan tepi muffin senang terkeluar dari loyang. Boleh juga menggunakan lidi untuk test muffin, jika lidi keluar bersih bermakna muffin sudah pun masak. Muffin sedap dimakan pada hari ia dibakar, dan ia juga boleh dibekukan dalam peti sejuk.
TIPS PENTING: JANGAN GAUL MUFFIN LEBIH DARI 15 SAAT APABILA SUDAH CAMPURKAN DENGAN BAHAN KERING. JIKA TERLALU DIGAUL ADUNAN, MUFFIN AKAN MENJADI LIAT, MENDAP DAN TIDAK SEDAP

Cara Kedudukan Dulang Oven(tray) dan suhu api, mengikut jenis kek.( not 100%)


Basically kalau convection oven reduce temperatures 25 to 50 degrees; trial and error…..

Untuk:

KEK BIASA, CUPCAKES,CHEESECAKES,CREME CAREMEL,TARTS

- middle tray, api atas bawah

BUTTERCAKE

- tray bawah sekali, api atas bawah

KEK SARANG SEMUT

- tray bawah sekali, api bawah (I think! - have to check lagi)

COOKIES

- kalau pakai 2 trays, simpan 1/3 dari atas dan 1/3 dari bawah, if 1 tray - simpan middle tray saja

KEK LAPIS

- middle tray, untuk lapis bawah - api atas or atas bawah, lapisan seterusnya api atas saja….

p/s.
- untuk bread and sponge cakeI’ve to check my notes sebab jarang buat…….

TIPS LAIN

* kalau kek cepat hangus atasnya, boleh simpan baking pan di tray atas, or tutup dengan foil towards
the end….
tepinya, just pusing-pusing macam buat cookies…… dan kalau ada oven thermometer boleh check
temperature oven untuk mecalibrate temp.
- ada oven yang boleh bakar 2 or more cakes dalam satu masa, simpan tray di mana saja still ok,
just simpan satu atas, satu bawah, satu kiri, satu kanan ……check occassionally, untuk pusing-pusing
pans; if necessary.
basically kalau convection oven reduce temperatures 25 to 50 degrees; trial and error…..
how besar is the oven? kalau kecil reducekan temperature, for example from 180C, boleh turunkan
to 160C to 170C ikut oven……
ada yang pakai bwh saja tapi selalu guna api atas bawah……

SUHU KEPANASAN
Tentang temperature oven tu boleh check pakai oven thermometer, ada jual di kedai kek, selalunya
bentuk bulat…..paling safe buat kek ni ikut temperature dalam recipe, if ada.
selalunya temperature ni tapi susah sikit sebab campuran kek, biskut dan banyaknya
lain-lain; yang common (hopefully tak mabuk baca sebab panjang):

COOKIES: 150C – 190C, masa 9 – 25 minit, middle rack or 1/3 atas and 1/3 dari bawah
Kek sarang: 175C – 180C, api atas bawah, rack bawah – 50 – 55 mins or 1 hour
Cheese slices (cheese 250g): 180C, if deep pan 19cm/20cm, around 35 mins, middle rack

MUFFIN: 175C/180C/200C; 20 – 30 minutes (ikut besar dan ingredients), middle rack
Cupcakes: 160C – 180C, roughly 15 – 25 minutes (ikut saiz juga), middle rack
Kek biasa (like Kek Marble yang ringan): 180C, if pan 20cm, 35 minutes
Crème caramel: 160C if untuk pan 20cm, 40 minutes or more; if 180C; pakai cups yang kecil,
bake around 30 minutes.


p/s.From experience dan baca buku: Catitan by chempaka_ku Fnr.

- for muffin kalau nak membukit simpan di rack yang paling panas.
- Paling senang untuk buat drop cookies pakai ice-cream scoop yang kecil.
- Untuk masukkan ke papercups buat muffin dan cupcakes pun senang pakai ice-cream scoop.
- Crispy cookies especially cookies yang cara canai, buat nipis.
- Kalau dough cookies terlalu lembut, boleh simpan dalam fridge sebentar.
- Ratakan base cookies untuk cheesecakes pakai bontot measuring cups.
- Kalau cheesecakes (or slices) yang bawahnya pakai dough, better process dalam food processor
butternya masih keras dan jangan terlebih process.

KEK2 YANG PERLU DI ALAS DENGAN KERTAS MINYAK;- dARI KERO-KERO fnr

Kek yg perlu dialas dgn kertas minyak tu bergantung dgn jenis kek yg dibuat & bahan2 yg
digunakan.
Jenis kek yg mesti dialas dgn kertas minyak tu:

1)
Kek yg guna air @ susu dlm bancuhan batter nya.

2)Kek yg guna method dgn mengasing kuning & putih telur. Putih telur yg dipukul sampai gebu &
dimasukkan last skali.
cth: American sponge cake, chiffon cake, carrot cake, fruit cake & moist chocolate cake.
Utk resepi yg guna cara biasa dgn pukul butter sampai kembang, masukkan telur & lastly masukkan
tepung,” JUST” sapu butter kat dlm tin tu.
Kalo ada kek yg berminyak sgt kat bwh, maybe sbb terlebih pukul butter tu.
Kero tau sikit je ni dr buku & dr experience jugak sbb my first carot cake melekat kat loyang sbb x
letak kertas minyak..
My 1st try in baking was a swiss roll yg bertukar jd lempeng bcoz of my lack of understanding in
baking..lagipon masa tu wa baru skolah rendah..X pe laa, kita blajar dr kesilapan jugak.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

TIPS MEMBELI MICROWAVE

Apakah ciri-ciri yang sesuai untuk membeli sebuah microwave yang boleh digunakan untuk jangka

masa panjang? Saya keliru ada yang mengatakan bahawa microwave tidak sesuai untuk masak kek,

biskut. Sukar untuk selaraskan suhunya. Boleh puan berikan tipsnya. Sekian terima kasih.
Jika microwave ada ciri convection oven, maka ia sesuai utk membuat kek dan biskut
seperti oven biasa. Lazimnya microwave jenis ini agak mahal harganya tetapi pelbagai fungsi
lain hanya boleh dijelaskan secara terperinci di dalam buku manual microwave atau dari penjual
tersebut.

Ini adalah kerana, microwave mempunyai pelbagai Power dan ciri berbeza bergantung
kepada jenama/model. Jika microwave itu jenis yg tiada oven, hanya sesetengah resepi biskut atau
kek saja yg dapat dibakar di dalamnya. Anda perlu dapatkan buku khusus tentang masakan
microwave supaya dapat mencubanya sendiri. Utk mendapatkan suhu tepat di dalam microwave,
perlu menggunakan penyukat suhu khas yg diletak pada lantai microwave.

Bila membuat biskut atau kek berpandukan resepi yg khusus utk microwave, akan dicatatkan
ciri seperti standing time bilamana kek itu tidak kelihatan masak (masih basah/lembab) tetapi bila
dibiar selama 10 min (di luar microwave), ia akan ‘masak’ sempurna. Ada juga sesetengah kedai
menjual microwave yg mengadakan kelas-kelas masakan utk memahirkan pembeli. Seni Memasak
dengan Microwave memerlukan penjelasan terperinci dan saya kira, ruang
di sini agak terhad. Setakat ini saja yg dapat saya bantu.

Decorating with piping gel

Decorating with piping gel….Source By http://bakingproject.com

Piping gel is another ingredient that you can use to make interesting pictures on cakes. Most of my visitors who are in the cake business is already an expert in this technique. However, for the sake of some newbies, I?ve decided to document my project this morning using piping gel. Take note that I am also still learning, so forgive me if the end result is not that good.

Ok, first of all decide what you want to draw on the cake. You can pipe directly on the cake or like me, trace it. I take a baking sheet and trace the picture that I like.

pic1.JPG

Then I transfer the paper onto my cake. Before that I have covered the cake with fondant and leave it to dry overnight. You can also cover the cake with icing but make sure it is cool in the fridge and the icing has hardened a little.

pic2-paper-on-cake.JPG

To trace the picture, I use a toothpick and prick some holes along the pencil line. Remove the paper and you will see the dotted lines on your cake. Now, draw the outline. I use melted chocolate for this and pipe it using a paper piping bag. You need a steady hand for this.

pic3-pipe-with-chocalate.JPG
Leave that to dry.

Colour your clear piping gel. I use my gel colouring, you can also use the usual liquid colouring. This is how the clear gel looks like.

pic4-jelly.JPG

Spoon the coloured gel into the paper piping bag, snip the end and fill in the outlines.

pic5-piping-jelly.JPG

That?s all there is to it, actually. Apart from the paper piping bag, I also used a small artist brush to touch up and blend the colours together. My finished picture :

pic6-close-up.JPG

I?m using a dummy cake here, so for the finishing touch, I just tied a ribbon at the bottom of the cake.

cakefinal1.jpg
I think this is one of the easiest cake decorating technique. I?m hoping with a little more practice I can make finer piping for the outline. The important thing is the consistency - you have to make sure the icing or melt chocolate you are using is soft, if it is too thick the lines will break and you will have big bulbs. It has to be smooth and thin so you can glide easily to trace the outline. Filling in the gel is easy and I?m sure you will not encounter any problem.

Wednesday, January 14, 2009

Cekodok Pisang

KUIH BOM PISANG BY wesite Alaf21…pic by Noormasri

BAHAN2

600 g pisang ranum
1 biji telur
120 ml susu segar/santan
60-70 g gula pasir
210-230 g tepung gandum
1 camt soda bikarbonat
sed garam
minyak utk menggoreng

Lecek pisang kemudian masukkan telur, susu dan gula. Ayak tepung, soda dan garam ke dalam adunan. Kacau rata. Adunan hendaklah agak keras; jika lembik,
bentuknya tidak akan bulat. Biar adunan selama 2 jam kemudian barulah
dibentukkan bulat dan digoreng di dalam minyak yg panas hingga keemasan.
Toskan minyaknya.

Nota:
Sukatan tepung bergantung pada kelembapan pisang kerana pisang yg terlalu

ranum memerlukan tepung yg lebih.

Rojak Mamat

Bahan Cucur (Rangup):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi
doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili.
Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa
membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga
keperangan. Hiris sebelum digunakan.

Bahan Sampingan:
8-10 keping tauhu, digoreng keemasan
450 g taugeh, dicelur 1 minit
300 g sengkuang, dihiris
2 biji timun, dihiris
4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
4 biji telur, direbus & dihiris

Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul

Cara membuatnya:
Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama
1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata.
Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan
sampingan dan kuah.


Cucur Ayam Ala Pakistan

Bahan-bahan:

2 cawan isi ayam dicincang halus
1 labu bawang besar dicincang
2 biji cili hijau dicincang
1/2 inci halia ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu besar perahan lemon
garam secukup rasa
1 cawan tepung gram (besan)
1 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar daun ketumbar yg dicincang halus
air secukupnya
Minyak utk mengoreng

Cara membuatnya:

Masukkan isi ayam di dlm bekas disertai dgn bawang besar, cili hijau, garam ,air lemon dan halia serta bawang putih. Perap seketika lebih kurang 30 minit.
Didalam bekas lain masukkan tepung gram, tepung beras, minyak masak, daun
ketumbar, garam serta air secukupnya agak2 macam buat cekodok.
Campurkan ayam tadi kedlm adunan tepung, goreng didlm minyak yg banyak
hingga kekuningan.
Hidangkan panas-panas bersama sos.

petua@ tips cucur


Petua / Tips Cucur @ Jempu-Jemput :-

Petua Untuk mendapatkan cucur @ Jemput2 yg lembut,
Boleh guna air suam dalam bancuhan tepung tu,dan tambah telur sebijik.

Cengkodok rangup di luar lembut didalam

Gaul kesemua bahan2 asas membuat cucur , kemudian boleh curah air panas..
air mesti cukup panas…biar air yang baru menggelegak.. pas tu gaul.. agak2
sehingga kita boleh bulat2 kan macam nak buat kuih buah melaka. jgn terlalu
lembik. petuanya celup tgn dlam air supaya tak melekat semasa membulatkan
cekodok…

Boleh juga masukkan air suam saja, tak perlu air panas mendidih..ini supaya
cucur tidak terlalu serap minyak.Jemput2 akan serap minyak kalau dalam
bancuhan (batter ada soda bikarbonat). Kemudian goreng sampai timbul.. cicah
sambal belacan, sos atau tumis …

Boleh juga di kombinasikan dengan memasuk semua bahan, sama ada air panas,
sedikit minyak panas, baking /soda , telur etc…kira ikut citarasa
andalah..mana yg rasa sesuai…

and one more thing kita realize, cara menggoreng cucur , jemput2 antarapoint penting untuk dapatkan cucur udang yang crispy…antaranya…guna senduk bulat biasa…panaskan senduk didalam minyak gorengan dahulu,letak sket je minyak panas dalam senduk tu, masukkan adunan cucur,tenggekkan udang, then goreng dlm minyak panas sambil dilenggang2kan sket

senduk tu..tunggu cucur tanggal dari senduk dengan sendiri..InsyaAllah anda akan dapatkan cucur yang ranggup macam biasa jual di pasar malam/kedai makan..

Boleh juga guna petua ni..

Untuk CUCUR BAWANG ..boleh masukkan 2 sudu besar butter..tak perlu telur..fungsi butter sama dengan telur ayam untuk kasi lembut adunan.
If buat cekodok pisang boleh letak 1 biji telur ayam,still lembut hingga ke petang.

Untuk merangupkan cucur udang

Jika puan ingin merangup dan menambah selera cucur udang, caranya ialah masukkan empat sudu besar minyak masak untuk satu kilo tepung gandum. Ketika masak jangan kuatkan api biar sederhana dan untuk melembutkan rasa di dalamnya masukkan serbuk penaik satu sudu teh kecil dan biarkan lima minit.

# Tips di atas hasil forum..semoga manfaat untuk anda..

Kek lobak merah

Cara2:

180 gm mentega
150 gm gula kastor
3 biji telur
240 gm tepung naik sendiri
150 gm lobak merah, dikisar
30 gm walnut, dikisar
Parutan kulit 1 biji oren
60 ml jus oren
3 camca besar susu segar

Cara membuatnya:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, kacau rata.
3. Bubuh tepung naik sendiri diselangseli dengan jus oren dan susu.
4. Akhir sekali masukkan lobak merah, walnut dan parutan oren.
5. Ratakan di dalam tin 20 cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilengser marjerin.
6. Bakar pada 190 C selama 1 jam atau hingga masak.

Cheesecake

Bahan2
225 gm biskut marie, dikisar halus
80 gm gula kastor
75 gm mentega cair
350 gm krim keju (Philadelphia)
2 biji telur
100 gm gula kastor
1/2 camt vanila
2 camb serbuk koko

Cara2:

Satukan 3 bahan pertama, tekan ke dalam tin berukuran 18 cm yg boleh ditanggalkan kelilingnya. (Atau alas tin dengan kertas foil supaya kek mudah keluar).
Pukul 4 bahan berikutnya hingga kembang. Ambil anggaran 1/2 cawan, campurkan dengan koko. Tuangkan adunan biasa dan berkoko berselangseli ke dalam tin. Lorekkan dgn hujung pisau menjadi corak marble.
Bakar pada 180 C selama 45 min. Biar sejuk di dalam oven kemudian keluarkan dan simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum disajikan.

kek kukus prun

Bahan2
8 biji kuning telur
3 biji putih telur
50 ml susu cair
1 sudu besar Quick 75/ovalette
225 g gula kastor
100 ml susu pekat
220 gm tepung serbaguna
125 ml minyak jagung
200 gm prun, dihiris halus

Cara membuatnya:
1. Pukul kuning telur, putih telur, susu cair, vanila, Quick 75, gula kastor, garam, susu pekat dan tepung hingga gebu dan kembang.
2. Masukkan pula minyak dan prun, gaul rata-rata dengan senduk kayu. 3. Alas tin 20 sm dengan kertas kalis minyak, lengserkan.
4. Tuangkan adunan dan tutup (longgar dengan foil).
5. Kukus selama 1 jam atau hingga masak.
6. Biar kek sejuk atas redai sebelum dihiris.


Cucur Udang Berkentang by Noorhannah

Bahan2:
Senduk sebagai acuan
udang - jgn kecil sgt
tepung gandum
kentang - di potong dadu kecil2
bawang besar - hiris halus2 (optional)
daun kucai
sedikit serbuk kunyit
telur
air panas
sedikit garam
bawang kecik + udang kering yg di tumbuk
cili padi - (jika suka) di gunting2

*resipi ni tidak menggunakan soda atau baking powder

CARA:
Gaulkan kesemuanya, kecuali udang. Adunan biar agak cair. Masak macam
biasalah, letak udang kat atas tu. Cuma, kalau guna kentang ni, api jgn
besar sgt, sebab nanti kentang tak masak.
Udang tu saja biar dgn kepala2nya… cun sikit. Anak2 kak hannah kalau
jenis2 cekodok ni mesti ada kentang. Sebab senduk kak hannah tu agak besar
sikit, so kak hannah taklah buat penuh senduk tu.. tu psl nampak leper sikit
cucur tu. Kalau senduk tu kecil sikit, tentu cun sikit.
Kalau nak guna udang kecik2 yg dijual siap kopek tu pun boleh gak… masuk
sekali dlm adunan, dan goreng, so, udang dia bukan dia ataslah… tapi
selalu beli udang ni macam berpasir je lah…
Sos:
1. Arwah emak selalu buat camni - dia tak pernah suka cili or tomato sos
dlm botol tu:

Blender semua bahan ini dan masak didihkan:
cili merah
bawang putih
cuka / air limau
garam
gula

2. Ini style org maleh:

Sos cili + air panas = kacau2

3. Cili sos saja - takyah bancuh2

4. sambal kacang macam maklang cakap tu.

SELAMAT MENCUBA


Cucur Udang

Resepi Aneka Cucur @ Jemput-Jemput.

CUCUR UDANG..By Noormasri

Bahan-bahan:

4 cawan tepung gandum
250 g udang kasar
30 sen tauge
40 sen daun kucai (dipotong)
3 cawan air
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
MSG secoet jika suka
minyak utk menggoreng

Cara membuat:

Bersihkan tauge, daun kucai dan udang.
Campurkan tepung dgn tauge, kucai, serbuk kunyit dan garam
Kemudian bancuh dgn air sehingga sebati
Panaskan minyak dlm kuali
Sendukkan adunan bubuh sekor udang di atasnya dan goreng hingga masak.

Monday, January 12, 2009

Oghang tranung nok balik raye...

Adala sebuah keluarga ni dari terengganu nak balik beraya di kampung mereka, masalahnya mereka cuma ada sebuah Kancil je untuk memuatkan tujuh orang ahli keluarga tersebut...

Maka si ibu pun berkata.."Guane nih? Penuh kete. Dok muak ayoh mung wey!

Ayahnya lak jawab..."Betol jugok.Guane nok buat nih? Lamo dok sapa kampong...Tujuh oghang dokleh sumak masuk kete kancil nih. Kecik do 'oh."

Mereka pun memerah otak untuk menyetelkan problema tersebut.

Tiba2 anak mereka yang paling kecil berkata..."Ayoh..Mok...Awang tau doh guane nok buak. Kiter sekarang ada tujuh oghang. Ayoh ngan mok tamboh la sorang lg, bru jadi 'LAPANG'..."

Mari belajar bahaso kelate

Ha...sape2 yang rase nok blajo bahasa kelate...meh blaja sini...

Kali Arung - Sekaligus

Air Geh - Air Berkabonat

Jauh Sapok - Teramatlah Jauhnya

Panah Terik - Panas Yang Teramat Sangat

Comel Lote - Comel Yang Amat

Sejuk Ketta - Sejuk Yg Sangat?

Ite Lettung - Tersangatlah Hitamnya

Punoh Jahne - Rosak

Gura Bewok - Gurauan Yang Menyebabkn Pergaduhan

Taik Aye Muna - Tahi Ayam Yang Masih Hangat

Kona Lepe - Corner Lipat

Kelecak - Terpelanting

Nakuk Paik - Penakut Yang Amat Tinggi

Lonjong - Tinggi Sangat

Tinggi Nya - Yuk Sama Macam Di Atas

Masing Pekkok - Teramat Masin

Nipih Nayyang - Sangat Nipis

Maknga - Cuai

Babei - Degil (Tak Tau Nak Eja Camne)

Jabir / Supek - Plastic Bag

Koghok - Tengkorak

Kehek - Muntahkan Semula

Puahsang - Boring

Meppeh - Tak Larat

Kepeh Blepeng - Sangat Kempis

keghah kekong -keras yg teramat

koho/selo - perlahan/slow

kettuk heghek -kentut tarik

blana kokna - banyak yang amat

samah - 50 sen

duo amah -singgit

kekoh -gigit

toksoh -jangan / tak usah

bakpo -kenapa

guano / belah mano -macam mana

gapo / gapo dio -apa / apa dia

ghoyak -bgtau

blago -berlanggar

mokte- rambutan

woh kekoh caa -kuih buah melaka

ccongek -tejungkit

kupik hangik -kedekut nak mampos

woh tteghe-buah gajus

nnetting- melantun

deghah -deras / laju

manih letting -manis yg amat

pok-e-dèng -pepatung

Sunday, January 11, 2009

kawan-kawan lama

Semalam aku terima message dari kawan lama, kawan masa belajar dulu, aku dapat message tu dari friendster aku, elok jugak ada friendster ni boleh contact ngan kawa2 lama, blh tahu perkembangan masing2, sesekali rindu jugak kat kawan-kawan, kalau dapat buat reunion best gak.....kepada kawan2 lama yang ingat lg kat aku ni harap2 dapatlah contact aku. windunya kat korang!

Friday, January 9, 2009

Udang goreng asam jawa

Bahan-bahan

600 gm udang
2 camb asam jawa(ikut suka sebenarnya)
garam secukup rasa
sedikit lada sulah(kalau suka)

Cara-cara

Perapkan udang dgn bahn2 td selama 15 minit,
lepas tu goreng je udang tadi, bila masak toskan sebentar sebelum dihidang.


Cerita tentang udang ni, sebenarnya hubby aku ni suka sangat beli udang, aku ni pun jenuh la memikirkan mcam mana nak pelbagaikan masakan udang ni, ye la asyik2 masak lemak, pastu udang masak merah, boring jugak asyik resepi sama je, lagipun mudah lagi sedap...hi!hi!. Udang goreng asam jawa ni aku dapat resepi dari Sheila Rusli, ala..ingat tak masa bulan ramadhan tahun lps rancangan dia ketuk2 ramadhan, ha memula ragu2 gak nak try, takut tak sedap, tapi aku cuba jugak tak sangka pulak hubby ngan anak aku suka makan, memang sedap dan tak jemu, makan macam tu je pun sedappppp...betul! la ni kalu beli udang, aku goreng asam jawa je, ye la mudah dimasak sedap dimakan, macam mi maggi...kalau tak caya jom try....

Butter prawn


Bahan-bahan

500gm udang sedang di belah belakang
minyak untukmenggoreng
4biji kuning telur
1 cmb susu cair
5 cmb mentega atau marjerin
1 pelepah daun kari
cili padi dicincang
garam, gula sedikit serbuk pati ayam

Cara-cara

Panaskan minyak banyak, goreng udang (yang diperap 1/2 jam dgn garam dan gula)
sehingga keemasan dan masak, angkat dan toskan. satukan kuning telur dan susu (kacau sebati, panaskan kuali, cairkan mentega dengan api perlahan, tuangkan cairan telur, kacau satu arah sahaja, hingga campuran bertali halus, masukkan daun kari, cili padi, serbuk ayam dan garam.
campukan dengan udang, angkat dan toskan.

Thursday, January 8, 2009

Cara membuat Buttercream Rose-Part 3

Cara membuat Buttercream Rose-Part 2

Kek Coklat Lembap

Bahan-bahan

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A

1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air (campur dgn 2 sudu nescaffe)

Bahan B

2 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan serbuk koko} diayak
1 sudu kecil baking powder} diayak
2 cawan tepung gandum} diayak

Topping

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara
Pukul telur hingga kembang, masukkan gula dan pukul lagi. kmdian masukkan minyak masak, lepas tu masuk bhn2 yang diayak tadi selang selikan dengan bahan A tadi. Gaul hingga sebati. Bakar suhu 170'c sampai masak la...



Cara membuat buttercream rose-part 1



Dah lama nak masukkan video cara nak buat buttercream rose ni, kebetulan buka youtube tadi jumpala video ni, tapi tak tahu pulak macammane nak masukkan, nasib baik ada hubby yang tolong, thanks a lot sayang...jomla kita tengok video ni sesama, harap2 dapat bagi panduan pada sesapa yang berminat nak mencuba.

CEKODOK KENTANG + IKAN BILIS BY NORHANNAH fNr

Bahan2:

Tepung gandum
kentang - potong dadu - banyak2 lagi syok
ikan bilis kopek (biasa beli yg dah siap… )
bawang besar - hiris halus2 - banyak pun sodap
daun kucai
cili padi gunting2 (optional)
telur
air panas
garam
CARA MEMASAK:

Bancuh dan ramas semua sekali… goreng comei2… kak hannah suka garing2, tapi suami tak suka pulak…

Cekodok ni kalau masak, api biasa je lah, tak payah nak slow2kan cam masak cucur udang tu, kentang dia senang masak. Kalau kak hannah buat, mmg bahan2
dia tu sengaja bubuh banyak2.. mewah gitu… maklumlah makan sendiri…
rumah kak hannah, kalau hari2 minum petang ngan cekodok ni pun laju je… tak muak2… berbanding kuih2 manis lain…

Wednesday, January 7, 2009

Anak-anakku......

tak dapat handphone sikat pun jadi la....

apsal masam tu????????

Balqis makan apa tu????comotnya......

adik senyumla ciketttt........


Nur Balqis Huda dan adiknya Muhammad Ammar Muiz

Anak-anak zaman sekarang....

Balqis dan gelongsor kesayangannya

adik pun nak interpreme jugak...


Hai anak2 zaman sekarang, senang je nakkan sesuatu, mengamuk sikit dah ibu abah belikan, tak macam zaman kita dulu, susah betul nak dapatkan barang yang kita nak, usah kata gelongsor barang mainan pun takde...maklumlah dulu keluarga bukan orang senang sangat. Tapi anak2 ni jangan terlalu diajarkan dgn kemewahan, kalau bawak gi shopping tu jangan manjakan mereka dgn membeli barang mainan , kalau selalu diajar alamatnya mencari masalahlah! saya sendiri pun tak ajar anak2 macam tu, alhamdulillah, mereka tak meragam nak beli itu ini. Tapi anak kami si nur balqis huda ni, baru2 ni dia buat onar skit, bukannya apa nak suruh abah dia beli kan gelongsor, sebenarnya dah lama dia nak gelongsor tu tapi paham2 jela, gelongsor tu kan ke mahal jugak harganya....tapi dek kerana asyik duk tanya bila nak beli, abah dia pun beli la, kesian jugak...ha lepas ni jangan nakal-nakal lagi tau balqis!tu la anak-anak jame loni!

Friday, January 2, 2009

Selamat Tahun Baru semua......

Tup tap,tup tap 2009 dah pun menjelmakan dirinya, meninggalkan 2008 yang penuh dengan kenangan pahit manis,suka dan duka. Terasa sekejap je masa berlalu, macam baru semalam aku melahirkan anak keduaku. Hari ini anakku dah makin membesar,yang sulong nur balqis huda tahun ni dah 4 tahun, puteraku muhammad ammar muiz bakal melangkah 1tahun, tak sangka dah besar anak-anak ibu.semoga kalian dapat menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat insyaAllah. Tanggal 14 mac ni genaplah 5 tahun usia perkahwinanku dengan suami tercinta. semoga keluarga kita bahagia hingga akhir hayat insyaAllah...