online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Wednesday, January 14, 2009

petua@ tips cucur


Petua / Tips Cucur @ Jempu-Jemput :-

Petua Untuk mendapatkan cucur @ Jemput2 yg lembut,
Boleh guna air suam dalam bancuhan tepung tu,dan tambah telur sebijik.

Cengkodok rangup di luar lembut didalam

Gaul kesemua bahan2 asas membuat cucur , kemudian boleh curah air panas..
air mesti cukup panas…biar air yang baru menggelegak.. pas tu gaul.. agak2
sehingga kita boleh bulat2 kan macam nak buat kuih buah melaka. jgn terlalu
lembik. petuanya celup tgn dlam air supaya tak melekat semasa membulatkan
cekodok…

Boleh juga masukkan air suam saja, tak perlu air panas mendidih..ini supaya
cucur tidak terlalu serap minyak.Jemput2 akan serap minyak kalau dalam
bancuhan (batter ada soda bikarbonat). Kemudian goreng sampai timbul.. cicah
sambal belacan, sos atau tumis …

Boleh juga di kombinasikan dengan memasuk semua bahan, sama ada air panas,
sedikit minyak panas, baking /soda , telur etc…kira ikut citarasa
andalah..mana yg rasa sesuai…

and one more thing kita realize, cara menggoreng cucur , jemput2 antarapoint penting untuk dapatkan cucur udang yang crispy…antaranya…guna senduk bulat biasa…panaskan senduk didalam minyak gorengan dahulu,letak sket je minyak panas dalam senduk tu, masukkan adunan cucur,tenggekkan udang, then goreng dlm minyak panas sambil dilenggang2kan sket

senduk tu..tunggu cucur tanggal dari senduk dengan sendiri..InsyaAllah anda akan dapatkan cucur yang ranggup macam biasa jual di pasar malam/kedai makan..

Boleh juga guna petua ni..

Untuk CUCUR BAWANG ..boleh masukkan 2 sudu besar butter..tak perlu telur..fungsi butter sama dengan telur ayam untuk kasi lembut adunan.
If buat cekodok pisang boleh letak 1 biji telur ayam,still lembut hingga ke petang.

Untuk merangupkan cucur udang

Jika puan ingin merangup dan menambah selera cucur udang, caranya ialah masukkan empat sudu besar minyak masak untuk satu kilo tepung gandum. Ketika masak jangan kuatkan api biar sederhana dan untuk melembutkan rasa di dalamnya masukkan serbuk penaik satu sudu teh kecil dan biarkan lima minit.

# Tips di atas hasil forum..semoga manfaat untuk anda..

2 comments:

Anonymous said...

Mohon copy petua

wan julia said...

tq for the tips

Post a Comment