online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Thursday, May 14, 2009

Resepi Nasi Dagang Terengganu

sebenonya untuk resepi ni takde gambo ye..just aku ltk resepi je...sebab request dari k.jun yang tgh mengidam nak mkn nasi dagang..ahaks!!(jgn mare k.jun haha..)..ye la baik buat sendiri kan kita lg puas hati..kalu beli tu kdg2 tak menepati citarasa,,kalu duk belah trg ni takpe la..mmg senang nk cari nasi dagang...hihi.....resepi ni adalah resepi family turun temurun....

Untuk nasi:(yg ni sukatan untuk 1 kg beras, bahan2 ikut anggaran shj)


1 kg beras biasa
1 cawan@cetong beras pulut
santan dari 1 biji kelapa(diasingkan santan pekat dan cair)
bawang merah(-agak2 je..dimayang halus)
sedikit halia (dimayang halus memanjang)
sedikit halba-(direndam hingga kembang)
garam
gula

cara2:
campurkan beras biasa dan beras pulut ,gaul sebati dan rendam 7-8 jam @ semalaman. kukus dlm kukusan sehingga beras masak(takyah taruk apa2 just campuran beras tu je)..then bila masak bubuh santan cair dlm nasi tadi, gaul sebati then kukus balik hingga masak. dlm bekas lain, masukkan santan pekat,garam,gula, kacau sebati.bila nasi sudah betul2 masak angkat,curahkan santan pekat tadi biar serata ke atas nasi,masukkan bawang hiris,halia dan halba sekali, then gaul biar semuanya sebati dan serata..bolehlah dihidangkan.

Note: Santan cair juga boleh digantikan dengan air.Pastikan juga gunakan air masak untuk memerah santan pekat.

Untuk Gulai:(bahan2 boleh anggar sendiri)
Bahan kisar:
bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas
cili kering@lada boh

Bahan lain:
Ikan aya@tongkol yang telah dikukus
4@5 sudu rempah mentah cap bunga ros-(ikut byk mana nak buat)
gula melaka@nissan
santan
asam keping
lada jarum(takyah tumbuk)
belimbing buluh
garam
gula
perasa

Cara2:
kukus ikan aya semalaman..lg lama lg sedap.
di dlm periuk lain,masukkan santan, gula melaka dan asam keping ,masak hingga menggelegak, masukkan pula bahan kisar(takyah tumis),bubuh garam,gula dan perasa. biar menggelegak bubuh ikan,masak hingga pecah minyak,last bubuh lada jarum dan belimbing buluh then bolehlah diangkat.

Note:Rempah cap bunga ros kat sini senang nak dpt,kalu kat negeri lain tak pasti lak.. hidangkan bersama acar timun dan carrot...lagi sedap!!selamat mencuba.

Oklah k.jun harap puas hati lah ye..kalu tak paham tu leh tanya saya balik k..buat sedap2 tau..hihi...untuk sesiapa yg ingin mencuba pun boleh..silakanlah..




Lovely Touch:


No comments:

Post a Comment