online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Monday, May 11, 2009

Muffin Strawberry


Muffin strawberry ni sebenonya aku buat masa ari jumaat hari tu,tp tak sempat nak publish dek kebizianku ini..chewwahh..bz sgt ke???hahaha..kalu tengok muffin aku ni togel je kan..mmg tak sempat nak hias..ingat nak hias ngan buah stobery,memandangkan buah stobery kat umah aku ni tak berbuah(tak cukup sejuk kot!!..wakaka..)..so takpe la togel pun togel la.cuma aku letak filling kat atas dan kat dlm muffin tu..


resepi aku c n p yang mat gebu je lah..sbb aku ambik dari blog dia..blh ye mat..mcm tak biasa plak.kekeke..cuma rasa muffin ni manis skit..next time kena kurangkan gula dia...bahaya!!boleh kencing manis ko!!!

Bahan-Bahannya :-)
180 g mentega
140 g gula halus
2 biji telur gred A
100 ml susu segar
220 g tepung gandum)
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh strawberry emulco

Cara membuatnya :-)
  1. Putar mentega bersama gula hingga putih. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis. Gaul rata.
  2. Masukkan strawberry emulco dan gaul hingga sebati. Sudukan adunan ke dalam muffin cup atau paper cup yg dialas dalam acuan muffin sebanyak 3/4 penuh.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 18 - 20 minit (bergantung pada oven masing2). Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidangkan...




Lovely Touch:

No comments:

Post a Comment