online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Tuesday, February 10, 2009

Ayam Kurma


ha..ni resepi aku cilok dari mat gebu tu...tapi aku dah 'EDIT' kan mengikut bahan-bahan yang adoo kat dapur aku tu..kalu ikut resepi mat gebu,dia wat guna daging tapi aku ubah jadi ayam..dan rasanya..emm memang macam kurma yang sedappp, hi hi..
resepi, adeh maleh nak taip CP yang matnye la..

BAHAN UTAMA :-)
Ayam
5 biji kentang, kupas, belah 4 setiap biji dan rendam(aku x letak)
2 biji cili merah, belah 2 setiap biji, tapi tak putus
2 biji cili hijau, belah 2 setiap biji, tapi tak putus
1/4 cawan jus asam jawa
2 camca besar kerisik
1 1/2 camca besar gula melaka
4 camca besar rempah kurma
2 camca besar minyak sapi(pun aku xletak)
500 ml pati santan
1000 ml santan cair
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 camca besar lada hitam biji
2 biji cili merah
2 biji tomato

BAHAN TUMIS :-)
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
3 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci daging dan toskan. Bancuh bahan2 kisar dengan rempah kurma hingga rata. Panaskan minyak dalam periuk, tambah minyak sapi dan tumis bahan2 tumis hingga harum. Masukkan rempah+bahan kisar tadi dan tumis hingga garing dan terbit minyak, gunakan api kecil.
  2. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga daging kecut. Tuang santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih. Renih hingga daging lembut. Masukkan kerisik dan kentang. Kemudian tuang santan pekat.
  3. Masak hingga kentang lembut, tambah jus asam jawa, garam dan gula melaka. Biar mendidih dan akhir sekali masukkan belahan cili merah dan hijau. Biar mendidih perlahan hingga kuah sedikit pekat. Rasa dan tambah garam jika perlu. Matikan api dan boleh dihidangkan...
Lovely Touch:

1 comment:

cikla said...

ann, kurma ni feberet ayah mertuaku...ingat lak ko dia...

Post a Comment