online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Monday, February 23, 2009

Nasi Goreng Tomyam




Satu lagi menu hari ini,nak match ngan ayam goreng berempah tu..ni la dia..satu kelainan..kalu tak balik2 nasi goreng biasa tu je....tapi ubah2 la skit ikut suka ati aku je...hihihi...resepi pun amik dari hana jipunn....

Bahan-bahan
2 mangkuk nasi

5-6 ekor udang segar

1 ekor sotong sederhana - potong ring

200g daging ayam - potong kecil2

4 biji bawang merah - hiris

2 biji bawang putih - ketuk

3-4 biji cili padi - tumbuk@potong2 - klu nk pedas

1 peket perencah tomyam adabi@atau apa2 jenama

kubis - hiris kecil2
carrot - hiris memanjang

tomato - potong dadu

1 batang serai - ketuk

3 helai daun limau purut - racik2

1 biji telur
garam

Cara-cara > tumis bawang merah,bwg putih hingga naik bau. > masukkan perencah tomyam. kalau kering sgt tambah air sedikit. masukkan cili padi skali jika inginkan pedas. > masukkan ayam. biarkan ayam masak sekejap. > masukkan sotong, udang, carrot,tomato,serai dan daun limau purut.gaul rata. > pecahkan telur. gaul. masukkan nasi dan gaul rata. > last skali masukkan kobis. gaul mesra. dan tutup api. hiaskan ngan daun bawang n hirisan lada merah. > hidangkan bersama ayam goreng berempah, dan juga keropok ikan.

Lovely Touch:

1 comment:

Anonymous said...

actually first time dgr pasal nasi goreng tomyam nih, kreatif betul ^^. Terliur sgt tgk gambar tuh.

Post a Comment