online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Friday, February 13, 2009

Choc Cheese Muffin




Selamat petang semua..jemput minum petang ngan choc cheese muffin ni...ha ha..ari terajin lak nak wat muffin..kebetulan belen cheese ari tu masih ada so aku pun mencari-cari idea nak wat ape ngan cheese tu...kebetulan aku singgah blog mat gebu tgk resepi muffin dia, terjumpa lah dgn resepi ni..mmg kena sgt coz seme bhn2 dah ada kt umah aku ni.....mekaseh eh mat....
nak buat muffin ni teramat-amatlah mudah..senang dan sgt cepat...tapi rasanya..ermmm mmg best sgt....jom tgk resepi.

Bahan-Bahannya :-)
140 g coklat masakan, dipotong kecil
100 g cream cheese
80 g mentega
2 biji telur gred A*(aku guna 3 biji)
1 camca teh esen vanilla*(*dicampur dan pukul rata dgn garfu)
60 g gula halus
100 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
Sedikit kepingan badam utk hiasan (optional)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau gunakan muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Masukkan coklat masakan, cream cheese dan mentega dalam bekas tahan panas, cairkan dengan cara "double-boiler" (dengan meletak mangkuk yang berisi bahan2 tadi di atas air mendidih), kacau hingga semua cair dan sebati. Angkat.
  3. Masukkna gula dan telur, kacau menggunakan whisk (kalau benda ni tak de juga, boleh guna senduk) hingga sebati.
  4. Masukkan tepung dan gaul hingga rata dan mesra. Sudukan ke dalam muffin cup tadi 3/4 penuh, tabur dengan sedikit kepingan badam. Buat hingga siap. Bakar 20 - 25 minit atau hingga masak mengikut oven masing2. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.....


Lovely Touch:

No comments:

Post a Comment