online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Thursday, April 30, 2009

Simple Choc cupcake


Salam semua...lama tak hupdate blog..keke..bkn tak msk cuma msk yg simple2 je..simple touch cooking..heh!heh!ari ni buat simple choc cupcake ni..sebenarnya td aku pergi umah my friend,dia baru bersalin...dh lama tak jumpa dia..tp dia takleh mkn lak cc ni,takpe la aku bg kt family dia je..cadang nak hias ngn buttercream tp tak sempat sgt....,tu pun masa bwk td panas2 lagi...huhu...


resepi ku ambil dari k.rinnchan fp
kalu nak tgk step by step blhla tgk kat situ ye..kalu ikut resepi ni leh la dapat dlm 38-40 biji cc saiz sederhana mcm yg aku guna tu..tp aku dah bg kat family aku skit,pastu selebihnya semua bg kat kwn aku tu..tak simpan stock kat umah langsung..hihi..takpe..lain kali aku nak buat lagi..sbb simple dan sedap!!tak caya..cuba try test...ngeh!ngeh!

Simple Choc Cupcake

Bahan-bahan A :
2 cwn tepung serbaguna/tepung gandum
1 cwn serbuk koko
2 tsp baking powder
2 tsp soda bikarbonate
3 tsp serbuk instant nescafe
Secubit garam halus

Bahan-bahan B :
2 cwn gula castor
1 cwn minyak jagung/minyak masak
1 cwn susu cair
3 biji telur

Bahan C :
3/4 cwn air panas (*Air dari dalam thermos, ok )

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk pengadun, campurkan semua bahan A yg telah diayak.
2. Di dalam bekas lain, campurkan semua bahan B dan pukul sebati.
3. Putar bahan B perlahan2 sambil dimasukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Lajukan putaran sehingga semua sebati.
4. Tuangkan air panas dan putar sebati.
5. Isikan ke dalam paperliners atau souffler. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 20min-25min bergantung kpd oven masing-masing. Jika membakar dlm bentuk sebiji kek, gunakan suhu 160 darj cel selama 60min atau sehingga masak.


Lovely Touch:

No comments:

Post a Comment