online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Sunday, April 5, 2009

Muffin Pandan


Ari ni tiba2 mood rajin datang plak...maghrib tadi rasa cam gatal tgn je nak wat muffin...tapi muffin sgtlah senang dah sekejap je nak buat dia..sesuai untuk org yang kebizian ni..heh!heh!sangat mudah sebab main campur2 je takyah pakai mixer pun...resepi diambil dari dapur k.Ct Delima kita...resepi asal dari Rinnchan fp...

C n P ye k.Ct..tapi saya ubah sikit dari cara mengadunnya tu..leh kan k.ct dan untuk topping,aku just letak icing sugar after muffin masak..erm memang muffin ni sedap dan lembut...

Bahan-Bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri ets

Nota:
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan diatas dan tapis.

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190' mengikut kepanasan oven masing2.sediakan acuan untuk muffin.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar.
3. Campurkan gula halus dan telur then kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan santan,minyak dan esen pandan serta pewarna hijau.kacau hingga sebati. dgn whisker
4.masukkan bahan kering(tepung) ke dalam bahan basah, kacau lagi sehingga semuanya sebati.
4. Isikan adunan ke dalam muffin cup dan taburkan kepingan almond di atasnya.(aku tak letak)
5. Bakar selama 25- 30 minit. Habess!!

No comments:

Post a Comment