online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Wednesday, April 15, 2009

Karipap Pusing

Ini projek yang tergendala....orang lain dah lama buat,tapi aku baru ari ni datang seru...hihi. ye la kena pulak ngan hujan hari ni..pekena ngan karipap ni..syiok gak...yang kat atas tu Karipap yang aku blajo kat kelas ari tu..


Ni pulak karipap yang aku buat ari ni..keh!keh!apsal ropa takde...


Bahan2:

Untuk bahan Luar:
300 gm gandum
55 gm minyak masak panas
120 gm air + ais
1/8 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit garam

Untuk bahan dalam:
75 gm gandum
35 gm mentega@ marjerin

Cara2:
Bahan Luar:
Masukkan gandum dlm bekas,buat sedikit lubang ditengah then masukkan minyak panas, garam dan air yang bercampur dgn ais.gaul kesemua bahan tadi hingga menjadi doh. then bulat2kan doh seberat 40 gm setiap satu.

Bahan dalam:
Campurkan gandum ngan marjerin, gaulkan kedua-2nya hingga sebati. jadikan adunan sehingga boleh dikepal, kepal lebih kurang berat 10 gm setiap satu.

Inti Karipap
1 sudu b minyak
300 gm ubi kentang- dipotong dadu
1 biji bawang besar-dimayang
1 ulas bawang putih-diketuk@ dimayang
50 gm daging-dipotong kecil2
10 gm rempah daging
5 gm serbuk cili
3 gm garam masala
gula perang (secukup rasa)
garam (secukup rasa)
daun kari (ikut suka)

cara2:
Goreng bwg besar dan ubi kentang seketika @stgh masak, angkat dan ketepikan. goreng pula bawang putih dan daun kari hinggaa naik bau, then masukkan daging, rempah kari (x perlu bancuh air), masukkan juga serbuk cili dan garam masala.goreng seketika then masukkan kentang tadi,bolehlah letak air sedikit, last masukkan gula dan garam secukup rasa.siap!

Kat bawah ni aku tunjukkan macammana cara untu buat kulit luar dan dalam.

Bulatkan kedua2 doh..bahan luar dan bahan dalam, masukkan doh dalam ke dalam doh luar, kemudian bulatkan doh tersebut,lps tu canai sehingga nipis,buat belahan separuh seperti gambar diatas,then gulung secara bertingkat2.
Gulung seperti gambar di atas,(bkn antu bungkus tu ye..heh!heh!) then canaikan balik doh tadi secara memanjang,kemudian gulungkan lagi sekali dan belah dua. canai doh yang dibelah tadi hingga nipis, balikkan kebelakang dan bolehlah diletakkan inti.kelim tepi.




Lovely Touch:


2 comments:

Mrs Hardlena said...

mcm best jer buat karipap pusing ni. nnt ble try ni.. nnt masukkan byk2 yer n3 masakan kat cni hehe

Ann said...

halen,memang adventure gilos wat karipap pusing ni..kalu ko minat adventure blh ler try...haha..

Post a Comment