online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Saturday, March 7, 2009

Muffin Coklat

muffin ni mmg rasa coklat lebih...mmg lembab dan sgt sedap dr kek yg aku pernah buat sblm ni...harus dicuba....


Huh....cuaca hari ni mendung dan sejuk je...mmg kena kalu mkn muffin coklat ni...ari tu gi blog k.zai tgk dia buat muffin ni..senang je..takyah pakai mixer pun...oleh krn mixer aku yg rosak tu blm diganti baru,so sesuai sgtlah aku try resepi ni..mmg sgt sedap..kebetulan plk ptg tadi kakak2 ngn adik2 hubby aku datang, so sempat gak diaorang rasa skit..ermm..mmg depa puji kata sedap!!haha..kombang lobang idung den!!siap diorang mintak resepi lagi tu....oleh krn aku malas so aku c n p je la resepi dia..blh kan k.zai???

Bahan

200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara
Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kala
u lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Lovely Touch:



No comments:

Post a Comment