online users

Jom masuk Sini!!!

Awal Kalam...

Salam ukhuwah saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Sudi-sudikanlah menjengah blogku ini selalu. Kepada teman2 yang ingin mengetahui pelbagai resepi masakan, tips2 dan macam2 lagi, insyaAllah carilah disini, saya akan cuba menjelajah dari blog ke blog untuk mencari pelbagai resepi dan juga ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Wednesday, March 18, 2009

Chicken Teriyaki




Aku tengok ramai kawan2 blog yang dah cuba buat ayam teriyaki yang berasal dari negara jepun ni..hari ni datang mood aku nak buat pulak!kalu ikutkan cara k.rinchan dia bakar dalam non stick pan, kalu ikut mat gebu dia panggang atas dapur arang(kan mat??) tapi akunya style aku bako dlm oven je..abih cite..hahaha.....senang kan??aku ni mls kalu bab2 nak naip resepi so skali lagi aku copipes mat gebu punye..sorry mat!



BAHAN-BAHANNYA :-)

3 kepingan besar ayam
3 camca besar madu
4 camca besar kicap manis
1 camca besar gula (aku guna brown sugar ikut mat)
3 inci halia, diparut halus
3 ulas bawang putih, diparut halus
1 camca teh garam halus (atau secukup rasa)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, kelar2. Kemudian gaul dengan semua bahan lain, simpan dalam peti sejuk dan biar perap 1 jam.
  2. Panaskan dapur oven, asingkan ayam dari bahan2 perap dan masak bahan perap tadi dengan suhu 170' selama 30 minit atau hingga sedikit pekat, tambah sedikit air jika perlu.
  3. Sekali sekali letakkan lebihan air perapan tadi ke atas ayam. Panggang hingga masak. Nak tau masak, hiris sikit bahagian paling tebal pada peha ayam tadi, kalau air yang keluar jernih dan daging kelihatan putih, tanda ayam dah masak.
Lovely Touch:

2 comments:

Sis Lin said...

dapur arang ke oven ke...kalau dh bt tu mmg sedap je,dr yg x bt ni...adehhhh

Ann said...

sis lin,haha..betul3x.....try le buat bg abg sabar makan..rasa dia memang sedap!sabo je la....

Post a Comment